sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, May 22, 2012

Monday, May 21, 2012

Ujian

Apakah kita sudah diuji. Setakat mana kita tahan diuji. Berserahlah pada Qada dan Qadarnya.

Mengadulah pada TuhanMU

Ia sebaik-baik tempat mengadu

Ilmu Tauhid

Alangkah bagusnya jika kita berkesempatan mendalami ilmu tauhid. Dalam usia kita yang sudah mula merangkak menuju puncak ini seeloknya buatlah sedikit kira-kira. Kira-kira itu bukan kira-kira matematik yang rumit, tapi kira-kira tentang ilmu tauhid yang kita pernah pelajari. Dengan siapa kita belajar, takat mana kita belajar dan takat mana pula kita faham, tambah sikit lagi berapa banyak yang dapat kita amalkan. Janganlah apa yang kita belajar masa zaman budak-budak dulu, bukan tak betul.. betul.. tapi ia tahap anak-anak. Carilah ilmu untuk mati bukan untuk dihormati. 


*Berapa banyak masa kita habiskan untuk membelek keris jika dibandingkan dengan membetulkan iktiqad kita pada Allah s.w.t

Sunday, May 20, 2012

Berpadu..

Perlukah kita mengucapkan dan melaung-laungkan kata bersatu dan berpadu. Alangah indahnya jika kita laksanakan dengan  pekerti dan budi bahasa. Dalam berhubungan, kesantunan bahasa dan sikap terbuka akan memudahkan urusan.

Pantun cuma...




Pangkalan Petah airnya tenang
    Tempat bermain Si buaya tua
Syirik khurafat pemusnah iman
    Tidak berilmu terkena jua





Saturday, May 19, 2012

Besarnya sembang......

Kadang-kadang anak-anak yang baru belajar naik basikal memang tak senang duduk. Ia akan mengayuh sepanjang masa. Dalam mimpinya pun masih lagi menunggang basikal. Begitu juga yang belajar ilmu kalam, sembangnya tak kira tempat, tak kira masa dan tak kira dengan siapa. Bagus juga berlatih bercakap untuk mengasah minda, tetapi kalau dah terlebih bercakap nanti merisaukan orang sekeliling. Seringkali apa yang kita cakapkan hanyalah penyambung sembang orang lain tanpa kefahaman yang jitu juga tanpa rasa. Diam lebih baik jika perlu.

Friday, May 18, 2012

Jujur

Janganlah kita korbankan kejujuran dan keikhlasan kerana sukan. Ada yang menggunakan pelbagai taktik dan muslihat untuk mempastikan anak-anak didik menang dalam pertandngan. Perkara yang paling pokok dalam mendidik ialah akhlak muslim. Menipu dan mencuri hak orang lain bukan cara mendidik yang betul. Selamat bertanding.



*menddik bukan sekadar bercakap tapi buat

Wednesday, May 16, 2012

Lautan tujuh

Lautan tujuh gelombang satu
Tempat bermain si anak raja
...................... tolong sambung, idea dah kering


Tuesday, May 15, 2012

Galak....

Kadang-kadang 'galak" kita tidak bertempat. Kadang-kadang usia kita juga tidak padan dengan "galak" kita.

Pengumuman : Pertandingan Silat Olahraga Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan 2012

Timbang : 17 Mei 2012
Pertandingan : 18 dan 19 Mei 2012
Tempat : Dewan Terbuka Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Baru
               ( Bersebelahan Dewan SMK Putera )

Yuran : Tiada
Kategori : Kelas A (39-42 kg)  hingga kelas I bagi laki-laki
                  Kelas A (39-42 kg) hingga kelas  H bagi perempuan 

Bangga..

Kadang-kadang ambo hanya mampu tersengih seorang diri bila berhadapan dengan sahabat yang hebat-hebat. Mereka bercerita seperti merekalah yang mengatur takdir, angkuh dan sombong bicaranya. Lagak mereka seperti " kun fayakun ", menggerikan. Jadilah ambo tukang angguk, bukan apa kalau saya tak mendengar takut pula mereka ni meroyan dan berguling-guling, lagi susah. Jadi sabar ajelah.

Berbagi-bagi....

Dalam dunia ini tidak semua kita mampu lakukan. Jadi kalau sudah ada orang yang buat kita berilah tugas itu pada mereka. Contohnya jika sudah ramai tukang cakap, maka kita jadilah  tukang dengar. Jangan pula sampai berebut-rebut nak bercakap, siapa pula yang nak mendengar.

Monday, May 14, 2012

Untuk perhatian Sdr. Azman ( SOLD )


Badik Melela Sarung Teras Kemuning Hitam RM550 (SOLD) zd.

Add caption

Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 7.5 inci
Hulu/sarung daripada teras kemuning hitam

Bila dah masuk usia 40an


Reja-reja teras gemunggal bukit ambo tarah dan takik jadikan tongkat. Hulu tanduk rusa dipasak kemas dengan besi dari atas. Masih banyak kerja perlu dilakukan untuk mencantikkna tongkat ini. Walau bagaimanapun hati puas sebab hasil kerjatangan sendiri.

Sunday, May 13, 2012

Ehsan seorang sahabat






Kayu kemuning hitam berteras dari pokok yang masih hidup, Bila sebut sahaja kemuning masalah keretakan dan pecah adalah perkara biasa kerana tahap kekerasan kayu yang amat tinggi.

Teras gemunggal bukit

Sebatang teras gemunggal bukit dalam simpanan saya telah dijurai-jurai untuk pembikinan tongkat, tapi sayangnya hanya beberapa batang sahaja yang boleh dijadikan tongkat kerana yang lainya pecah , retak dan ada kemenyan di dalamnya.

Semua dah siap....gilap sahaja

Kita bukan tukang, semua sudah siap. Celik mata semua sudah tersedia dan terbentang. Diri pula ibarat emas sepuluh, kuning berkilat, mudah kusam dan pudar. Kerja kita cuma gilap dan jaga sahaja.

Tasbih Teras Gemunggal 33 biji RM300 ( SOLD ) T.A


Badik besi pupuk berpamor RM230.00 termasuk pos ( SOLD)

Add caption
Add caption























Panjang keseluruhan 5.5 inci
Panjang bilah3.5 inci
Hulu/sarung kayu buwei.

Saturday, May 12, 2012

Latihan tempur Untuk Wanita - Kursus Intensif Gayong Warisan Malaysia


Berasa hebat...

Ramai yang hidup dalam ilusi apabila belajar ilmu mengenal diri. Ilusinya ialah berasa hebat, akulah yang pandai, akulah yang betul, akulah yang pelik, akulah yang ajaib dan macam-macam aku lagi. Mereka lupa apabila belajar tasauf kita diajar akulah yang hina, daif ,fakir dan lemah.  Janganlah kita terlebih "khayal".

Keris Selit Offer RM380.00 ( SOLD ) zu png

Add caption
Add caption
Panjang keseliruhan 14 inci
Bilah 10 inci
Berpamor
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Dahi

Kisah seorang yang sedang mabuk dengan ilmu kalam. Cakapnya macam-mcam, kadang-kadang pening kepala untuk menjawab dan melayannya. Alkisah maka bertemulah simabuk kepayang ini dengan seorang lelaki yang tidak berapa alim. Dikemukakan di manakah tempat dan bagaimana untuk mendapat syurga. Lelaki yang tidak berapa alim ini menjawab spontan sahaja, katanya "atas dahi",  "atas dahi", "atas dahi". Lelaki yang mabuk dan fana ini berterima kasih kerana menyedarkan dirinya dari khayalan.

Wednesday, May 09, 2012

Cincin perak permata teras delima RM210 (SOLD)






Saiz 25. *saiz boleh dikecilkan.

Cincin perak permata citamani laut RM250.00

Saiz 15/. Insyaallah saiz boleh dibesarkan hingga 18 atau 19.

Rasakan...

Rasakan kehadiranNya dengan hati, rasakan turun naik nafasmu agar kau tahu makna hidup. Jangan sesekali kau hamburkan dari mulut mu nada angkuh dan sombong perihal Tuhan. Tiada dakwa tapi rasa.

Siapalah ambo...

Ramai sahabat-sahabat bertanya mengapa ambo kurang aktif dalam blog, mp dan fb akhir-akhir ini. Ambo tak tahu nak jawab, sebab siapalah ambo. Bukan ambo yang menentukan segalanya. Kudrat  dan masa ambo terbatas. Banyak faktor kait-mengait antara satu sama lain menentukan keadaan. Apa pun ambo ucapkan jazakallah kepada sahabat-sahabat yang prihatin. Ambo faqir lai daif.

Tuesday, May 08, 2012

Beza-bezakan...

Cukuplah kita berpada-pada dengan hobi kita. Agenda utama hidup ini ialah mencari jalan pulang, bukannya menjadi terlalu alim dalam soal-soal dunia. Sedikit ruang masa yang ada sepatutnya kita manafaatkan mendalami bab-bab mengenal Yang Maha Pencipta, bukan terlalu ghairah berbicara tentang barang yang baru ditempa. Bilakah tamatnya mengenal ciri-ciri besi muda, sedangkan besi tua kau abaikan tak terjaga.

Untuk Perhatian Sir Warid



Zamrud columbia 5 + ct

Monday, May 07, 2012

Di mana sudahnya.....

Di mana sudahnya perjalanan kita. Apakah tidak ada sudahnya. Yang belajar terus belajar. Yang bercakap terus bercakap. Yang bercakaran terus bercakaran. Ilmu tanpa amal hampa. Amal tanpa ilmu sesat.

Keris baru besi penambat gajah RM650.00 ( SOLD )






















Lok 5
Pakaian keseluruhan kemuning

Sunday, May 06, 2012

Alahai sibuknya...

Dah 3 minggu ambo sibuk. Kerja 6 dan 7 hari seminggu. Insyaallah keadaan akan pulih seperti biasa. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sabar menanti tempahan dan bertanyakan tentang produk senjata warisan. Insyaallah jika ada kelapangan akan saya uruskan.

Untuk perhatian... ( SOLD ) tq

Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 14 inci

Badik berpamor RM220.00 ( SOLD) zd

Add caption
Add caption



















Panjang keseluruhan 6.5 inci
Panjang bilah 4.2 inci
Pakaian kemuning kuning

Liku-liku hidup...

Perjalanan dengan bimbingan lebih mudah berbanding dengan meredah pedoman.

Saturday, May 05, 2012

Ambil iktibar

Bermusafir membolehkan kita mengenali seseorang. Banyak cakap, cerewet, serba tak kena, orang semua salah dan pelbagai lagi tersembul keluar. Bandingkan dengan diri kita... ambil iktibar.

Friday, May 04, 2012