sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, December 31, 2011

Cerita dari seorang sahabat

Kisah gurunya yang beli batu jed dengan harga RM10.00, masalahnya ramai orang sibuk kata itu bukan jed, ada yang kata batu itu dan batu ini, ada power dan tak ada power, macam-macam lagi perdebatan yang timbul tentang batu jed tersebut. Berkali-kali guru tu tegaskan itu jed, tapi mereka berkeras bahawa pendapat mereka yang betul. Akhirnya guru itu berkata "Itu batu aku, aku kata jed, jedlah, yang kau dok sibuk-sibuk dengan batu aku apa pasal, sibuk dengan batu engkau lagi baik".

Friday, December 30, 2011

Ilmu

Ilmu Allah Taala maha luas. Sekelumit yang mampu dimiliki hambanya. Namun jika kita pakar dalam ilmu matematik jangan pula bila buka mulut jer...cerita tentang matematik, pagi petang siang malam tak ada cerita lain melainkan cerita matematik. Boringla... seronok juga kalau kita guna ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Kita kira berapa banyak untung yang kita dapat hasil jualan, berapa kita nak bagi sedekah minggu ini, kita kira berapa kali tahun ni buat salah dengan kawan-kawan, kita kira juga berapa banyak hutang orang yang kita belum bayar. Itulah gunanya ilmu, untuk dipraktikkan, bukan untuk disembang-sembangkan.

Sepatah selidah

Ada anak tiong yang baru pandai bercakap, 10 patah perkataan yang diajar oleh tuannya dilagukan pagi dan petang. Namun kini tiong sudah mula pandai, perbendaharaan katanya sudah menjadi lima belas patah perkataan, perkataan baru itu ialah, maki hamun dan sumpah seranah pada tuannya kerana ajarkan cuma 10 patah perkataan. Sebenarnya tuan tak nak ajar pada tiong banyak-banyak kerana tuannya tahu tiong memang kaki cakap dan akan patuk tangan tuan suatu hari nanti.

Thursday, December 29, 2011

Sukat dalam bakul kita

Kaedah menuntut ilmu silat. Jika jumpa guru tua usah disukat ilmu orang lain. Sukat yang ada dalam diri kita dan menuntutlah sebanyak mungkin darinya. Jangan banyak helah, banyakkan berlatih. Bila dah ada dalam dada, simpanlah... jangan mengada-ngada. Bila perlu dan sampai ketika, minta izin dari guru, ajarkan pada yang layak dan berkehendak.

Wednesday, December 28, 2011

Cukup sebotol....

Ada sebotol minyak urut. Pelbagai penyakit boleh diubati dengannya. Cara guna.. gosok, minum, titis dan hidu. Pendek kata dengan sebotol 1000 jenis penyakit boleh sembuh. Sayangnya sipenjual pula hari isnin setiap minggu ke Hospital besar untuk rawatan sakit sendi, asma dan diabetis.

Cari cari..

Apa yang kita cari sebelum mata tertutup. Kita cari rezeki, insyaallah dapat.. halal atau haram. Kita cari teman.. kawanan atau sahabat. Kita cari nama...mengharum atau membusuk.

Sampir Kemuning Hitam Tempahan Sahabat

Pandai Saras Tempahan Sahabat






Tuesday, December 27, 2011

Irama canggung

Lantai tak jongkang jongkit, gendang pula tak sumbang bertingkah.Malangnya pesilat marahkan lantai dan tukang gendang kerana tarinya sumbang. Ketika gendang perlahan kita rancak menari, ketika gendang bertalu-talu kita gemalaikan tari. Senang kata, kalau tak pandai belajarlah, kalau pandai mengajarlah.

Memanjat tak cukup sulur....

Bila sulur baru dah tak tumbuh berhentilah memanjat, takut-takut terputus akar. Cukup-cukuplah dengan apa yang ada.

Saturday, December 24, 2011

Dalam diam ku sebut namamu

Ketika sibuk jarang kita ingat untuk menyebutnya. Bila lapang pula kita sibuk-sibukkan diri dengan pelbagai gajet dunia moden. tv, radio dan handphone.Kita juga sibuk-sibukkan diri dengan karenah manusia yang tak perlu kita hiraukan. Bila pula kita nak lazimkan menyebut namaNya ketika sibuk dan ketika sunyi. Bila pula kita nak amalkan memerhatikan turun dan naik nafas memujiNya. Semoga kita tak lagi sempat duduk diam.

Sakit...

Sakit manusia ada pelbagai jenis, mudah dibahasakan ialah sakit fizikal dan juga sakit mental. Kedua-dua perlukan rawatan. Orang yang sakit fizikal senang diberikan ubat dan rawatan oleh doktor. Tapi jenis sakit mental yang paling sukar diubati ialah apabila pesakit berlagak menjadi muallim, ahli sufi, perawat, pakar motivasi, mahaguru dan ahli akademik. Lagi teruk apabila orang gila berjaya merawat doktor yang sihat kerana terpengaruh dan kagum dengan lagak dan baju putihnya.

Thursday, December 22, 2011

Saras baru OFFER GULING-GULING RM600.00

SOLD
Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 11.8 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
OFFER RM600.00

SOLD

Hambar.....

Kalau nak gah kita kena cakap yang hebat-hebat, kalau nak gah kena tulis yang hebat-hebat. Tapi jangah cakap apa yang kita tak arif, jangan tulis apa yang kita tak kuasai. Paling teruk jika kita cakap bohong, kita tulis pula hasil karya orang lain. Tawar dan hambar jadinya.

Jangan panjat tinggi-tinggi nak

Belajar ilmu tasauf bukan semestinya kita berada di awangan. Ilmu tasauf adalah asas tauhid dan bicara soal hati. Semakin ramai yang mula hidup dalam khayalan ciptaan sendiri. Jangan menyibukkan diri kononnya untuk mentadbir alam, tadbirlah terlebih dahulu akaun maybank atau publicbank kita. Tak perlulah bercakap tentang karamah dan kerajaan bunian, cukuplah dengan berbincang tentang makan pakai keluarga kita. Jangan panjat terlalu tinggi anak-anak, nanti jatuhnya bukan di bumi.

Wednesday, December 21, 2011

OFFER MAUT RM500 (C) SOLD


Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 11 inci


SOLD
***********************************************
OFFER MAUT RM500.00
SOLD
*******************************************************************************************************

Tuesday, December 20, 2011

OFFER MAUT RM500.00 ( B) SOLD ( bob)


SOLD
Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 13.1 inci

**************************************
OFFER MAUT RM500.00
****************************************



Anjing depan kedai...

Susah juga berniaga bila ada anjing depan kedai. Kalau bukan anjing peliharaan kita sekejap sahaja, insyaallah ia akan berlalu.

Tukang laga

Gayong perlukan penyatuan pengamal-pengamalnya. Walaupun pertubuhan dan persatuan berbeza, ilmu yang diwarisi adalah dari perdu yang sama. Namun perkembangan terkini tidak menggambarkan suasana ini. Sikap buruk dan pencacai merosakkan ramai pengamal gayong yang dulunya murni dan toleren. Tiada siapa yang untung dalam soal ini, yang paling bertuah ialah dedalu yang menumpang gelanggang dan titik peluh orang demi populariti . Manusia seperti ini sebenarnya masih mencari-cari haluan dan tujuan kehidupan. Aib orang usah dicari, carilah ilmu untuk diwariskan pada anak-anak bangsa.

Monday, December 19, 2011

Sembang-sembang dengan tukang..

Nasihatnya jangan terus lupa. Mungkin sesekali kita tersilap atau terlupa dengan pegangan kita, iaitu Allah Maha Kuasa. Sesekali kita rasakan keris juga ada "power". Pesannya jangan sampai kita pergi dan tidak kembali lagi pada pegangan asal kita, jangan hanyut. Aqidah tidak boleh kita gadai walaupun dengan Taming sari, lapan atau sebelas pa, muharam atau syawal, bulan penuh atau gerhana.

Sunday, December 18, 2011

Seni batu

Tak perlu huraian panjang lebar....

Wariskan...

Apa yang bakal kita tinggalkan untuk warisan bangsa kita....? Apakah kita hanya akan mewariskan cerita-cerita tentang keris atau kita akan mewariskan keris dengan segala kemegahannya.

Jauh tak terpisah

Bayang bukan tuan, tapi bayang dan tuan adalah satu. Dekat tak mestinya bersatu jauh tak semesti berpisah.

Alhamdulillah.

Ambo dah mula bisnes

Saturday, December 10, 2011

Cuti seminggu

Ambo cuti seminggu dari online dan bisnes. Saya kembali beroperasi pada 17 Disember. TQ

Friday, December 09, 2011

Tumpang belajar

Kalau perahu mana dayungnya
Kalau guru mana muridnya

Menilai seseorang guru ialah dengan cara menilai muridnya. Jika ilmu yang diajar pada murid menyebabkan murid menjadi rosak maka kita kena semak sama ada ilmu itu salah atau guru yang salah mengajar. Jika ilmu yang dituntut tidak menjadikan akhlak murid semakin baik maka tentu ada sesuatu yang tidak kena. Guru bertanggungjawab atas gelagat karut anak-anak muridnya.

Kursus Seni Keris Gayong Bachok Part 2

Gayong Warisan Kelantan akan mengadakan kursus seni keris part 2 pada :

Tarikh : 9 hb Dis hingga 11 hb Disember 2011
Tempat: Kg Dusun Durian Tawang Bachok
Moderator : Pak Ngah Izahar Batu Kurau
Pembantu : En Safwan

* sila bawa keris sendiri

Salah sekali, betul dua kali

Ada orang belajar ilmu menyalak, gurunya si anjing ajar kalau betul salak dua kali, kalau salah salak satu kali. Jadi menyalaklah anak murid tak berhenti-henti kerana mereka rasa bahawa salakan mereka itu merdu dan dirindu-rindukan oleh orang lain. Akhirnya jadilah salak sana, salak sini. Bukit tak juga runtuh-runtuh. Jong keluar masuk anjing tetap bercawat ekor. Langsung tak berubah.

Hulu Kayu Teras Delima ( gembol)

Buntut kayu/gembol

Istilah buntut atau gembol ialah merujuk pada bahagian pokok yang membenjol atau membengkak. Bahagian ini akan menghasilkan corak plot yang buat-bulat berbintik. Gembol/buntut bukan spesies tetapi boleh ada pada semua jenis kayu. Namun untuk mendapatkannya adalah sukar. Antara kayu yang pernah kita lihat dan dengar ada gembol ialah jati, sena, mangga/pauh. Walau bagaimanapun sebagai peminat "spirit of the wood" jika terjumpa gembol pada mana-mana kayu cubalah dapatkannya kerana ia unik dan tersendiri.

Tuesday, December 06, 2011

Lihat dan rasa

Dalam menuntut, rasa lebih baik daripada dengar dan lihat. Mereka yang dah merasa akan bertambah kemas dan kejap pegangannya. Lantaran itu jangan ditukar haluan menuju Allah dengan ganjaran dan kelebihan dunia yang tak ke mana.

Langkah pelan-pelan

Bukan mudah untuk sampai. Sebab tu pesan orang tua langkah pelan-pelan. Maksudnya langkah yang ada perancangan, bukan langkah perlahan-lahan.

Terus terang....

Dari gelap terus menjadi terang benderang. Kalau dahulu gelap, samar-samar, kini sudah jelas. Allah itu maha adil. Jika nama yang kita cari maka dapatlah nama, baik atau buruk. Jika wang yang kita cari dapatlah wang, sikit atau banyak, halal atau haram. Tangan yang mencincang bahu yang memikul, sendiri buat sendiri ingat.

Sandiwara...

Hidup adalah lakonan. Namun atas pentas dunia ramai yang tak tahu memilih watak kerana ruang usaha dan ikhtiar. Ada yang seronok memilih watak penipu, sampai pengarah pun nak ditipunya. Yang lebih hebat pelakon berlakon jadi pelakon tanpa sedar yang ia adalah lakonan.

Monday, December 05, 2011

Badik Melela RM550.00 (SOLD)




Panjang keseluruhan 9 inci
bilah 6.8 inci
pakaian kemuning hitam

Friday, December 02, 2011

Indahnya seni senjata

Pelbagai cara dan ragam dalam menilai dan menjaga keris-keris lama. Walau bagaimanapun aspek-aspek rawatan juga perlu diambil kira. Bilah-bilah hendaklah dicuci dan dibersihkan daripada karat. Sarungnya juga perlu dibersihkan dan dijaga rapi, tanda-tanda calar, kotoran dan pecah-pecah pada sarung perlu dibaikpulih agar cantik dan bergaya. Ini akan menambahkan seri dan manis mata memandang terhadap keris.

Kuda...

Beriya-iya bebenor nak cari kuda. Hasratnya ialah untuk ditunggang. Malangnya kita lupa kita juga boleh ditunggang oleh kuda.

Perlukah .......

Perlukah kita baca zikir beratus ribu semata-mata kerana ingin menukarkannya dengan sesuatu ganjaran? Namun, perlu diingat mereka yang tak mahu beramal kerana takutkan riak sebenarnya telah pun riak.

Kenal

Mula-mula dulu hasrat menggunung untuk kenal diri, makin lama makin banyak yang dikenalnya. Sibuk nak kenal hantu, sibuk kenal jin, sibuk jadi bomoh, sibuk jadi pakar scan dan macam-macam lagi sibuknya. Mana perginya hasrat yang mula-mula dulu... hilang lesap . Selamat pagi sahabat semua.

Offer lepas geram RM500.00 ( baru dapat online) SOLD


Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 12.5 inci
Hulu/sampir kemuning
(SOLD)

Thursday, December 01, 2011