Terlalu berterus terang kadang-kadang boleh membodohkan diri sendiri. Untuk apa kita beriya-iya menghurai dan memberikan hujah pada orang yang tidak berminat pada sesuatu, mungkin kita rasa tanggungjawab kita untuk berdakwah. Tapi perlu diingat tidak semua benda boleh di uar-uarkan. Kalau isi dibawa keluar tanpa dilindungi kulit biasanya ia cepat masam dan berubah warna. Kerana ghairah nak bercakap akhirnya kita sendiri menanggung mudarat. Kalau kita isikan dada kita dengan ilmu nescaya ia akan melimpah dan mengalir sendiri tanpa perlu bertegang leher.
Friday, September 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semuga isi yang padu padatnya akan memancarkan sinar mengilaukan cahaya membawa keseronokan ramai peminat setia yang ikhlas. Inshaallah.
terima kasih cikgu.....
Post a Comment