sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, October 06, 2010

Musim pisau melapah

Bila Raya Haji dah dekat, maka tukang-tukang sibuk dengan pisau melapah. Memang adat lelaki bila ke tempat sembelih lembu bawa pisau melapah, jangan bawa pisau isteri potong sayur. Yang paling teruk orang lain sibuk memotong dan melapah, kita pula asyik peluk tubuh dan sibuk dukung anak. Latihlah anak-anak lelaki kita ikut serta, kalau tak pandai melapah pun biarkan mereka tolong pegang, tolong angkat atau tolong basuh. Jangan jadikan anak-anak kita generasi yang hanya tahu makan dan tahu "komplen" sahaja. Alasan yang selalu diberi untuk curi tulang ialah "tak biasa", semua orang asalnya tak biasa, bila nak dimulakan "biasa" itu. Tanya hati tepuk dahi.

No comments: