Semenjak sakit pinggang, saya ke rumah tukang urut silih berganti. Pelbagai cerita yang saya dengar, daripada kisah urut hinggalah kepada ilmu-ilmu warisan orang-orang tua. Akhirnya barulah saya sedar bahawa saya sudah lama meninggalkan aktiviti mengunjungi orang-orang "tua" untuk menadah telinga dan bermuzakarah. Aktiviti ini terlepas dari jadual hidup saya setelah sibuk dengan pekerjaan, persilatan dan perniagaan. Kepada anak-anak muda gunakanlah kesempatan yang ada untuk menadah telinga dan menimba ilmu dari orang-orang tua. Walaupun hari ini kita anggap celoteh mereka itu tak berapa penting, mana tahu suatu hari ia bakal mewarnai hidup kita.