Cuba kita koreksi diri kita, apakah kita bebas dari syirik kepada Allah. Dalam kontek dunia perkerisan dan hobi mengumpul barang-barang pelik kita sepatutnya amat berhati-hati dan sentiasa "servis' aqidah kita. Bulatkan azam bahawa " la haula wala qu watailla billa hil aliyil aziim"
Cubalah kita ambil faham bahawa hobi aneh ini kekadang akan menjadikan kita kafir kerana sedikit salah faham dan tanggapan . Lebih baik kita tinggalkan hobi ini jika ia boleh menyesatkan kita dari jalan Allah. Banyak dolak-dalik yang sering kita dengar demi untuk membenarkan sesuatu yang salah. Ingatlah tidak bernilai sedikit pun malah sia-sia semua amalan baik yang kita lakukan jika kita syirik kepada Allah. Marilah kita semua berazam untuk menjadikan dunia perkerisan disegani kerana falsafah kebijaksanaannya yang ditunjangi oleh tauhid yang kukuh.
* Allahuakbar,
1 comment:
selamat pulang tuan haji
Post a Comment