sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, March 03, 2009

Karenah birokrasi... pengalaman di kaunter bank

Peristiwa beberapa minggu lepas. Saya ke XXX bank di bandar Bachok apabila ingin mengambil kiriman wang sahabat-sahabat dari Brunei dan Singapura melalui perkhidmatan western union. Malangnya saya rasa cukup kerdil apabila terpaksa mengisi borang berkali-kali. Adalah amat tidak logik apabila nama pengirim wang yang disediakan dalam 2 baris, iaitu nama pengirim dan nama keluarga pengirim. Masalah yang sering timbul ialah di mana saya harus meletakkan " bin", dibelakang nama pengirim, atau dihadapan nama keluarga (bapa). Bayangkan jika saya terpaksa mengisi borong sampai 3 kali dan dilayan macam budak-budak tanpa diberitahu kesalahan. Bila saya bertanya di mana silap, seorang pegawai bank wanita menyuruh saya menelefon pelanggan saya di Singapore atau Brunei untuk penjelasan. Bila hati dah panas saya tinggalkan kaunter dan terus ke Kota Bharu di RHB Bank. Alhamdulillah setakat saya berurusan di RHB bank Kota Bharu hati cukup senang. Segala urusan berjalan lancar dan mudah. Tahniah RHB.

* Bila umur dah meningkat,rambut dah putih, meter merah lambat naik.

No comments: