sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Wednesday, September 07, 2011

Tersenyum kelat

Dalam keghairahan kita berjual beli keris dan senjata warisan lain, ramai yang tersenyum kelat. Pelbagai ragam dan karenah manusia boleh kita ketemui dalam dunia kecil ini. Keluhuran peribadi menjadi sandaran jika kita ingin bertahan lama dalam bidang ini dengan nama yang baik. Semakin lama dalam bidang yang penuh dengan senjata tajam dan tikam-menikam ini semakin baik untuk kita menyibukkkan diri dengan kerja buat kita sendiri. Jika ada yang patut kita nasihat, kita tolong nasihatkan. Jika tidak lebih baik cari bantal, tidur aje atau masuk bengkel belakang rumah, cuci keris dan cuci hati sekali.

1 comment:

Kibaran Panji said...

molek benar buah fikir cikgu tu...