sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, September 13, 2011

Sangkut.....

Pencarian jalan pulang dipenuhi pelbagai rintangan. Rintangan dalam bentuk musibah senang dikesan dan diatasi. Malangnya ramai yang sangkut dengan kelebihan dan keistimewaan. Orang-orang arif selalu berpesan jangan melekat pada tangga untuk naik ke atas. Kalau kita tak sudah-sudah membilang anak tangga, dan kagum dengan rupa corak tangga yang berukir maka kita akan menjadi pengumpul tangga dan lupa untuk terus memanjat. Jangan pula jadikan kesenian tangga sesuatu yang tak habis-habis dipelajari dan dibahaskan sampai mati.

2 comments:

syahir said...

yeler cikgu....xterkata apa. tp bagus mereka tu, perincian mereka, cuma jgn sampai leka.

C L J said...

Yang sentiasa mahu mengukuhkan tangga tangga itu ialah hambalah tu. Cuma tangga tangga itu bukan untuk hamba melainkan untuk anak cucu mencari pentas masa depan mereka sendiri. Untuk hamba sendiri; cukuplah sekadar di bawah ini. Inshaallah.