sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Friday, April 30, 2010

Tempahan sahabat yang baru siap



Inilah barang tempahan yang baru dihantar oleh tukang ke rumah, terima kasih pada tukang yang memahami situasi. Harap sahabat-sahabat yang menempah bersabar menanti giliran masing-masing. Almaklumlah, kena beratur dengan sopan.

Thursday, April 29, 2010

RUJUKAN BESTARI SEJARAH SPM RM12.00 termasuk pos















Ditulis oleh Guru yang berpengalaman dalam pengajaran sejarah. Merupakan buku yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian guru-guru setiap tahun. Disarankan kebanyakan guru-guru sejarah peringkat SPM untuk menjadi rujukan pelajar-pelajar. Keistimewaan Buku ini :
- Ringkas dan padat
-Berasakan pendekatan soalan
-Bentuk soalan menepati piawaian pentaksiran LPM
-Berpandukan aras hasil pembelajaran dalam huraian Sukatan pelajaran.
-Maklumat autentik daripada teks KBSM
-Meliputi seluruh topik dalam HSP Ting. Empat dan 5

Sebalik duka ada suka...

Semenjak sakit pinggang, saya ke rumah tukang urut silih berganti. Pelbagai cerita yang saya dengar, daripada kisah urut hinggalah kepada ilmu-ilmu warisan orang-orang tua. Akhirnya barulah saya sedar bahawa saya sudah lama meninggalkan aktiviti mengunjungi orang-orang "tua" untuk menadah telinga dan bermuzakarah. Aktiviti ini terlepas dari jadual hidup saya setelah sibuk dengan pekerjaan, persilatan dan perniagaan. Kepada anak-anak muda gunakanlah kesempatan yang ada untuk menadah telinga dan menimba ilmu dari orang-orang tua. Walaupun hari ini kita anggap celoteh mereka itu tak berapa penting, mana tahu suatu hari ia bakal mewarnai hidup kita.

Blue Sapphire ( tempahan sahabat)



Blue sapphire 2.3 ct
Emas 960 - 7.3 gm
Berlian Asli 2.25 mm - 14 biji

Wednesday, April 28, 2010

Milik Sahabat


Cincin permata batu petir 3 warna RM450.00 ( stok 1 sahaja)






Saiz 21 ikat perak.

Mencari hak dalam berGayong.

Alhamdulillah masyarakat hari ini disajikan dengan kepelbagaian ilmu yang ada dalam Seni Gayong, perkembangan warisan seni gayong telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai versi silibus dan terdapat juga pelbagai versi cerita. Kadang-kadang terdapat versi-versi cerita yang entah apa-apa. Kadang kadang cerita yang dibawa dan dijaja-jaja menggelikan hati kami pemain-pemain yang sudah menjadi sebahagian dari cerita. Kurangkanlah cakap lebihkan bersilat .

Maaf kerana tiada " ruangan komen"

Beberapa minggu lepas saya menghadapi masalah virus yang menyerang komputer saya melalui komen-komen yang dihantar. Jadi sebagai langkah keselamtan saya menutup buat sementara waktu ruangan komen dalam entry-entry saya. Untuk makluman juga, line telefon dan streamyx di kawasan saya masih bermasalah kerana panahan petir dua hari lepas. Saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana tempahan yang delay. Ini kerana masalah kesibukan kerja hakiki dan sedikit masalah kesihatan. Sebarang kesulitan adalah atas kehendakNya jua. Terima kasih semua.

Monday, April 26, 2010

Cincin Suasa Pahat Mesin Permata Delima Saiz 19 RM600.00




Budi bahasa..

Setiap kali kunjungan kita ke rumah guru-guru tua, kita disambut dengan penuh perasaan. Bayangkan kalau kita menginap selama dua hari di rumah guru tua, berapa agaknya kerugian yang dialami oleh guru kerana meninggalkan kerja rutinnya mencari rezeki, bayangkan pula berapa kita perlu bayar hotel untuk menginap 2 malam. Jadi hulurkanlah sumbangan kepada guru-guru tua, bukan atas dasar membeli ilmu tetapi sebagai pemberian anak kepada ayah.

*Malam tadi adaptor streamyx saya meletup selepas dentuman petir kuat. Nasib baik laptop tak on, kalau tidak hancur.

Saturday, April 24, 2010

Sekali-sekala...

Sekali-sekala kedengaran keluhan guru-guru tua, tentang pelbagai perkara. Mungkin zaman sudah berubah tetapi hati manusia tetap sama. Ada hari masam,ada hari manis dan ada hari terang, sesekali kelabu. Sebagai murid kita kenalah "reti bahasa" kerana jarang sekali untuk guru berkata-kata, melainkan hanya dengan jelingan ekor mata sudah cukup untuk kita terasa.

Tasbih teras kemuning hitam 99 biji 3 wakaf RM150.00 termasuk pos dalam semenanjung ( KEHABISAN STOK)





KEHABISAN STOK

Teruji....jangan mengeji

Seringkali kota melihat masalah sebagai beban kehidupan. Ada juga insan yang kesedihan kerana sepanjang perjalanan yang dilaluinya kosong tanpa ujian. Kadang-kadang kita terlupa bahawa kehidupan ini adalah ujian Allah untuk kita.

Jangan lupa kita diuji sepanjang masa.

Sibuknya zaman ini...

Kemajuan teknologi mengubah banyak perkara. Adab dan adat juga turut menjadi mangsa perubahan ini. Dalam gelanggang silat keadaan sama juga turut dirasa, deringan handphone kadangkala menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran silat. Guru sibuk, murid pun kelihatan sibuk. Berpada-pada dalam sesuatu pekerjaan adalah lebih baik daripada kelihatan mengada-ngada.

Nasihat orang-orang Tua

Antara nasihat orang tua yang patut di pertimbangkan :

- Walaupun cantik pakain orang belum tentu ia sesuai dipakai di laman kita.
- Lain negeri lain adatnya, jangan kita ambil "pukul rata".

Sama-samlah kita fikir-fikirkan.

Friday, April 23, 2010

Sembang anak beranak....

Setelah berbulan tidak berjumpa, malam tadi kami bersembang sakan di rumah Pak Ngah. Walaupun tak berapa sihat dan amat sibuk saya sempat menciluk ke rumah Pak Ngah Izahar di Sg Ara Bt Kurau. Bertolak dari KB pukul 4.30 ptg, sampai di rumah Pak Ngah lebih kurang 9.30 mlm. Dan pukul 9.30 kesesokan paginya saya bertolak balik ke KB. Letih tapi puas hati.

Thursday, April 22, 2010

Berusaha dan berikhtiar dalam lingkungan Kudrat dan IradatNya

Apabila kita sakit maka perlulah berubat dan berikhtiar untuk menyembuhkanya. Walaubagaimanapun perlulah diingat penyakit dan kesembuhan adalah dari Allah jua. Semoga kita mendapat ikhtibar dari penyakit yang Allah berikan kepada kita.

*sudah 2 minggu terkehel urat pinggang

Wednesday, April 21, 2010

Pendengar yang budiman....

Sepanjang minggu ini saya bertukar-tukar tukang urut bagi membetulkan masalah sakit pinggang saya. Semasa berurut saya hanya mengangguk-angguk dan mengiyakan apa sahaja yang dikatakan oleh tukang urut. Walaupun sesetengah idea yang dilontarkannya saya tak berapa setuju. Risau juga kalau membantah takut-takut lagi sakit dikerjakan urat-urat saya. Walau apapun saya berterimakasih kerana sudi membelasah saya dengan pelbagai teknik. Walaupun sakit, terima sahajalah.

Kesungguhan...

Dalam menuntut ilmu biasanya guru tua akan menilai tahap kesungguhan anak muridnya. Walaupun seguru belum tentu anak murid akan mendapat pelajaran yang sama. Terserahlah pada guru untuk menilai mana yang layak mana yang perlu dilanyak. Pengalaman mengajar guru erti memilih murid untuk ditumpahkan ilmunya. Ada yang dapat seela sembangnya berjela. Ada yang dapat seela sembangnya tiada.

Alang guling (A) SOLD


Panjang bilah 9 inci
Panjang keseluruhan 14 inci.
Hulu/sampir kemuning
batang serunai sena
pendokok perak

Monday, April 19, 2010

Milk sahabat baru siap diperakkan.




Rutin malam selasa...

Mereka masih lagi setia untuk bermandi peluh pada setiap malam selasa.

Perpecahan sayang?

Alahai Gayong ku sayang. Semakin hari semakin ramai yang berjuang untuk menegakkan keadilan dan semakin banyak persatuan yang berasaskan gayong ditubuhkan. Masing-masing ada pendirian, hujah, sandaran, anutan dan yang penting sekali ialah ada penuntut/pengikut. Walau apapun yang kita anuti dan ikuti berpada-padalah. Jangan kita memburuk-burukkan "musuh" silat kita. Ini kerana suatu waktu dulu kita pernah duduk semeja dan ketawa bersama. Teruskan agenda persilatan kita tanpa mempedulikan karenah politik dan perebutan kuasa dalam pertubuhan. Pada anak-anak muda, saya nasihatkan usah berlebih-lebih untuk mengutuk dan mencerca guru-guru, gurulatih, jurulatih dan sahabat gayong dari kem yang berbeza. Untungnya tiada, rugi yang berganda. Saya syorkan pada anak-anak muda, agar belajar dan menuntut ilmu gayong tak kira dari siapa, kurangkan bercerita tentang perebutan kuasa tetapi berceritalah tentang apa yang kurang di dada

Sunday, April 18, 2010

Tarik duit guna keris

Terdapat segelintir masyarakat kita yang aktif dalam aktiviti "tarik duit". Kegiatan ini sama ada berhasil atau tidak, tidak dapat dipastikan. Yang pastinya mereka sanggup menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan alat-alat termasuk keris untuk upacara pemujaan. Persoalan yang sering bermain di kepala saya ialah dari mana wang itu akan di tarik.
*wow pak cik kayo

Teras Kemuning hitam




Teras kemuning hitam merupakan khazanah alam anugerah Allah pada kita semua. Walau bagaimanapun untuk mendapatkannya, agak sukar bagi sesetengah orang . Bagi mereka yang arif, khasiat kemuning hitam dalam perubatan tradisional sudah tidak menjadi rahsia lagi. Walau bagaimanapun belum ada usaha terancang untuk menanam pokok kemuning hitam secara komersil di Malaysia.

Saturday, April 17, 2010

Adab berjualan...

Juallah produk kita, jangan jual cerita tentang orang lain untuk melariskan produk kita. Ceritakan tentang kebaikan produk kita, jangan jual cerita keburukan produk orang lain. Pokoknya carilah rezeki halal dengan menjual cerita produk kita dan jangan jual cerita tentang bisnes/peribadi orang lain. " fahaaam murid murid . ... Fahaam cikgu". Terima kasih murid-murid.

Belajar untuk mengajar

Itulah sebaiknya, kutiplah seberapa banyak khazanah ilmu yang ada dari guru-guru tua sementera mereka masih lagi sihat dan mampu mengajar. Himpun pengalaman mereka dalam nota-nota dan catatan kehidupan kita. Ambil iktibar dari cerita-cerita mereka, walaupun ada sedikit sebanyak yang perlu ditapis, jangan buang semuanya. Pengalaman berjalan bersama guru tua akan menjadikan kita lebih matang bila berjalan sendirian nanti .
*yang kurik itu kundi yang merah itu saga

Friday, April 16, 2010

Mendokumentasi hasil karya seni warisan

Karyawan Melayu jarang sekali mendokumentasikan karya-karya mereka. Hasilnya,semua berkubur bersama jasad mereka. Catatan dan ilmu mereka banyak yang lenyap begitu sahaja. Kekadang kita hanya pernah mendengar nama-nama tukang yang hebat, tetapi suatu masa dahulu. Kalau tidak kita, siapa lagi yang patut memulakan usaha murni ini.
*falsafah Tauhid dan kehidupan terserlah dalam seni ukir Melayu

(D) Badik offer Rm100 termasuk pos ( SOLD)



Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 4.9 inci



(C) Badik offer RM100.00 termasuk pos ( ON HOLD )




Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 4.5 inci


(B) Badik offer RM100 termasuk pos (SOLD)


Panjang bilah 7 inci
Bilah 4.5 in




(A) Badik offer RM100 termasuk pos ( SOLD )




( SOLD)


Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 4,5 in
Besi paku keratapi

Adab nak belajar...

Lebih baik mengaku tak pandai kalau kita nak belajar, tanya dan minta pandangan dari orang yang kita tahu lebih arif dari kita. Kalau tidak kita hanya akan menjadi bahan ketawa orang sahaja kerana lebih lajak dari laju. Simpanlah serba sedikit pengetahuan yang kita ada dalam dada, usahlah menunjuk-nunjuk dan membanding-bandingkannya di hadapan guru tersebut. Walau bagaimanapun tak salah untuk memberi pendapat tapi biarlah bertempat.

OFFER BADIK MAMPU MILIK

Tawaran bermula malam ini.

Ambil iktibar...

Semalam saya mendengar rintihan hati seorang sahabat, rintihannya tentang persahabatan. Kesimpulannya ialah :
1. Kena jaga hati sahabat
2. Jujur dan berterus terang dengan sahabat
3. Persahabatan bukan bermotifkan keuntungan
4. Bersahabat bukan untuk sehari dua tapi kalau boleh selamanya

Sahabat oo sahabat.

Thursday, April 15, 2010

Memartabatkan silat ....

Seringkali kita dengar ungkapan ini. Seringkali jua kita mendengar perjuangan memerlukan pengorbanan. Pokoknya siapa yang harus berjuang dan siapa yang sepatutnya berkorban. Ironinya hanya satu pihak sahaja yang berjuang dan satu pihak sahaja yang terkorban.

Kod B1 - Badik Sepat gred A - RM430.00 (SOLD)






Panjang keseluruhan 7.5 inci

Panjang bilah 4.5

Hulu/sampir/tapak halban plot

Batang serunai sena
Lebar 0.9 inci

Sepukal bugis Antik SOLD
















Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 13 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Wednesday, April 14, 2010

Memilih kawan

Dunia ini cukup unik, terdapat pelbagai kecenderungan manusia dan kelompoknya yang tersendiri. Manusia yang mempunyai kecenderungan yang sama akan selesa bersama kumpulan/kelompoknya. Kelompok yang telah establish mampu mempengaruhi pemikiran individu yang sedang mencari arah dalam pemikirannya. Tidak menjadi kesalahan dan pelik jika kita mempunyai pendirian yang berbeza dengan kelompok lain, tetapi yang kelihatan pelik apabila kita ekstrem menolak kumpulan lain.
*biasa dengan insan pelik

idea...

Bila kepala kosong tak tahu apa yang nak ditulis. Fikir pun kosong. Jadi lebih baik kita biarkan ia kosong kerana akal tidak berfungsi tanpa ilham atau idea kurnia Tuhan.

Alhamdulillah..

Setelah lama bergelut dengan masalah streamyx, akhirnya petang tadi ia selesai. Hara-harap berpanjangan. Terimakasih kepada kakitangan TM yang tak jemu-jemu untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Tuesday, April 13, 2010

Keris lok 7 berpamor (baru) RM550.00 ( SOLD ) a.h


Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 11.9 inci
Hulu/sampir kayu kemuning
Batang serunai sena plot


Pisau Melapah RM150.00 termasuk pos dalam Semenanjung





Panjang keseluruhan 13 inci
Panjang mata 7 inci
Hulu dan sarung kayu sena

biarkan ia berlalu...

Hidup mesti diteruskan, sebelum sampai ajal jalanilah kehidupan seperti biasa. Yang pahit jadikan ubat yang manis jadikan perangsang. Putar belit, sepak terajang kehidupan mematangkan kita. Yang paling indah ialah pengalaman dalam perjalanan terutama semasa mengenang.

Monday, April 12, 2010

Belum berpakaian..



Bilah-bilah yang belum berpakain, menunggu masa untuk disiapkan sampir.

Saturday, April 10, 2010

masa untuk berehat.....

Nampaknya masalah streamyx saya berterusan. Kini pihak Telekom berusaha untuk menukarkan kabel baru ke rumah saya. Laptop pula diserang virus. Nampaknya bolehlah saya berehat sehari dua sebelum semuanya kembali pulih. Kepada sahabat-sahabat, harap bersabar dan tarik nafas panjang-panjang kemudian hembus kembali... kalau masuk sahaja tak keluar alamaknya ...matilah kita.

Friday, April 09, 2010

Kecelaruan mental...

Semakin kuat pembangunan, semakin sibuk manusia dan semakin ramai yang tewas dengan tekanan kewangan atau tekanan masalah. Akhirnya ramai yang menghadapi masalah kecelaruan mental. Ada juga yang bercelaru kerana mencari Tuhan. Apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan, kalau patut berubat, berubatlah. Kalau patut berguru, bergurulah. Jangan selesa dalam gila.

Milk sahabat dah siap