sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, October 15, 2010

Berpada-pada...

Nasihat orang tua-tua, berpada-padalah....., kadang-kadang kita agak terlebih atau terlajak dalam perilaku seharian kita. Kalau bersembang, jangan terlajak sampai berbohong. Kalau berilmu jangan terlajak sampai cakap apa yang kita tak tahu. Hidup ini ada sifirnya, kalau dua kali dua, jawapannya ialah empat. Bukan lima atau enam. Kalau tak tahu, bertanyalah. Kalau dah tahu beramallah. Kalau dah terlebih tahu, mengajarlah. Jangan kita buat onar hingga tak tahu mana satu yang benar . Nanti sampai masa mata pun berpinar-pinar.

1 comment: