sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, March 16, 2010

Kod 034 - Badik pamor RM350.0


Ulu/sampir kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan 11inci
Panjang bilah 6.5 inci




Terlalu ramai pengarah..

Kadang-kadang dalam menguruskan manusia kita berhadapan dengan karenah manusia. Antara karenahnya ialah terlalu ramai pengarah sukarela. Pengarah-pengarah sukarela biasanya melantik diri mereka sendiri untuk mengarah. Amalan tidak sihat ini sebenarnya tidak berapa elok dan kelihatan "serabut". Serahkan pada seorang sahaja untuk mengarah,sebarang cadangan arahan boleh dimajukan kepada pengarah.

Cuti yang tak cuti...

Cuti sekolah kali ini saya seolah-olah tidak cuti. Bermula cuti ada kursus Goyong Warisan , Khamis-Sabtu. Kemudian sambung pula latihan persediaan JPN Kelantan untuk sambutan TPM pada Ahad-Selasa. Kenduri pun banyaaak.., kertas peperiksaan belum bertanda. Kerumah tukang belum sempat lagi ... dunia-dunia.
*Terima kasih kepada TM kerana perihatain masalah Streamyx saya - Khas Utk Abg Jali dan Abg Lah

.....lagi kunjungan sahabat

berkebetulan mempunyai nama yang sama Cikgu Aziz (ngajar kat Johor) memilih masa yang sesuai untuk bertemu dengan saya, iaitu malam selasa. Ini kerana pada malam selasa walau sesibuk manapun saya akan berada di rumah untuk mengajar silat. Pilihan yang bijak.

Monday, March 15, 2010

Kunjungan sahabat-sahabat online


Alhamdulillah setelah sekian lama berhubung melalui email dan telefon akhirnya En.Aziz sampai jua ke laman rumah saya untuk bersua muka.

Terlebih gaya..

Bayangkan jika orang awam terlebih cakap dengan seorang hakim tentang undang-undang. Begitu juga jika seorang seorang pelajar sekolah terlajak cakap tentang matematik dengan seorang profesor Fizik. Moralnya, bukan tak boleh cakap sesuatu yang bukan bidang kita tetapi cakap biarlah berpada-pada bukan mengada-ngada.

Pengalaman mengajar kita....

Pengalaman merupakan "guru" yang paling baik jika kita ingin memgambil iktibar darinya. Sehubungan itu belajarlah daripada orang yang berpengalaman dalam mengamalkan ilmunya. Sekurang-kurangnya orang yang berpengalaman boleh menurunkan "sinopsis" pengalamannya kepada kita. Bayangkan pengalaman puluhan tahun boleh disinopsiskan kepada beberapa minit sahaja. Walaupun tidak sama dari sudut masa, "sinopsis" tadi kita boleh gunakan sebagai "peta" untuk memandu kita ke jalan yang lurus dengan lebih bergaya.
*Streamyx masih lagi "kong"

Saturday, March 13, 2010

Bersungguh-sungguh

Dalam "menuntut", guru melihat pelbagai ragam murid. Ada yang bersungguh, ada yang bersungguh-sungguh. Tahap kesungguhan akan dinilai oleh guru untuk menumpahkan ilmunya. Ada yang "kelihatan" bersungguh-sunguh di mata sahabat tapi tidak di mata guru, jadi kesimpulannya belajarlah bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam "menuntut".

Terlajak....

Apabila bersembang dengan seseorang yang tak berapa kita kita kenali, lebih baik kita berada dipihak yang tak pandai dan tak tahu. Jangan terlalu tahu, kerana kita tak tahu siapa yang berada di hadapan kita. Kekadang orang yang di hadapan kita kelihatan biasa-biasa aje, maka kita mulalah "melabun" perkara yang kita rasa kita sudah terlalu arif. Walhal orang yang di hadapan kita sudah boleh membuat tafsiran "siapa kita".

*ada jua hamba Allah yang menilai sampai ke dalam walaupun kita diam

Kursus Intensif Gayong Warisan Kelantan



Maaf pada sahabat-sahabat kerana lama tak masukkan posting baru, ini kerana line streamyx masih lagi "kong". Seperti biasa saya terpaksa menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband sebagai penyelamat tetapi terlalu slow untuk upload sebarang foto. Dalam masa yang sama juga Gayong Warisan Kelantan mengadakan kursus intensif selama 3 hari bermula 11 mac hingga 13 mac bertempat di D'Muara Chalet Pantai Sri Nipah.

Thursday, March 11, 2010

Maaf di pinta.....

Saya memohon maaf kepada beberapa sahabat kerana kekeliruan tentang beberapa produk jualan dalam seminggu dua ini. Ini kerana lambat menandakan "on hold" dan "sold out". Ini kerana masalah line srtreamyx yang masih tidak berapa sihat.

Tuesday, March 09, 2010

Seminum segayung



Membina hubungan persaudaraan dalam persilatan tidaklah sesukar mana, tetapi mengekal dan memrpertahankannya keakhir hayat agak sulit.

*sessi minum sambil bersembang selepas latihan mingguan di rumah saya.

Monday, March 08, 2010

Lot Tanah untuk di Jual -RM80,000.00/Lot

Lot PT 393 - RM80,000.00
Keluasan - 707 meter persegi

Lot PT 394 - RM 80,000.00
Keluasan - 707 meter persegi


Lokasi : Pekan Wakaf Zain
200 meter dari Masjid Wakaf Zain (dlm pembinaan)
150 meter dari Pasar Wakaf Zain

Tempahan Sahabat - lawi ayam berpamor.




Keras atau lembut

Kaedah mengajar silat bagi pada pendapat saya perlu "keras". Walaupun keras jurulatih perlu memahami had-had kesakitan seorang pelatih. Jangan sakit sampai mencederakan anak murid. Jika pelajar sering cedera ditangan jurulatih, satu penilaian semula perlu dilakukan terhadap tahap kebijaksanaan jurulatih dan pemahaman beliau dalam ilmu kejurulatihan. Ibarat kata seorang student saya, "nak mengajar ke nak membunuh"

Anak buah KPTM Kota Bharu

Pelajar-pelajar Semester 2 yang mengikuti kelas Kokurikulum Silat di Polytech MARA KB. Alahai kelasnya pukul 5.00 hingga 7.00 ptg . Walau apa pun teruskan latihan untuk Skor A dalam HKB118

Sunday, March 07, 2010

Komitmen atau ikut-ikut

Apabila kita menjerumuskan diri dalam sesuautu bidang janganlah jadi hangat-hangat tahi ayam. Panasnya sekejap sahaja. Jangan pula kita terikut-ikut kerja orang kerana nampak mudah atau menyeronokkan. Jarang orang bercerita tentang pahit maung kepada kita. Kerja buat yang kita lakukan kerana "tugas" adalah lebih istiqamah berbanding ikut-ikutan.

Saturday, March 06, 2010

Badik Butir Petai RM190.00 ( SOLD )



Panjang keseluruhan 7.5 inci
Panjang bilah 4.8 inci

Bd 43 - Badik Kecil bulan gerhana RM180.00



Panjang keseluluran 6 inci
Panjang bilah 3 inci

Friday, March 05, 2010

Kekurangan pewaris

Industri pembuatan senjata tradisonal sedang berkembang, malangnya tenaga penggerak semakin berkurang. Ini kerana golongan tua semakin tidak larat dan sudah ramai yang meninggal dunia, manakala golongan muda pula kurang berminat. Walaupun indussti kecil ini tidak berapa diketahui umum, tapi pulangan bagi tukang amat lumayan jika berdisiplin.