sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, August 05, 2009

Siapa kita....

Kita hanya diberikan hak milik sementara , bukan hak kita. Bila sesuatu yang kita sayangi hilang, apa nak disedihkan, lahir ke dunia ini pun tak pernah kita pinta. Redhalah atas pekerjaan Allah Taala. Tidak bergerak satu zarah pun kecuali dengan izinnNya.

Hormat cara Melayu

Trend pertandingan silat masa kini menyebabkan jurulatih-jurulatih ingin mencipta kelainan dan persembahan yang menarik serta berbeza daripada pasukan lain. Hasilnya cara sembah salam menjadi huru-hara. Pelbagai stail baru dicipta. Kepada jurulatih-jurulatih muda, saya syorkan agar merujuk dulu kepada guru-guru tua yang lebih memahami kaedah sembah salam persilatan. Ini untuk mengekalkan makna dan isi dalam setiap pergerakan.
*jangan main hentam shj

Mohon maaf sahabat semua..

Maaf kerana dalam sahari dua ini blog tak update dan email tak berbalas. Sebenarnya saya berada di KL kerana pertandingan Silat Sekolah-Sekolah di Stadium Titiwangsa . InsyaAllah keadaan akan pulih seperti biasa selepas khamis. Terima kasih semua.

Sunday, August 02, 2009

Membuak-buak....

Amarah - ramai,banyak kebanyakan
Lawamah - kadang-kadang
Mulhamah - jarang-jarang
Mutmainnah - diharap-harapkan
Radhiah - berlapang dada
Mardhiah - menjadi impian
Kamil - Pilihan Tuhan

Di manakah kita?

Menjual berani

Janganlah kita menjual berani kita secara lelong dengan mikrofon di tepi-tepi jalan, saya risau kalau-kalau ada orang yang sudi beli borong. Simpanlah berani kita untuk jalan Allah, kerana suatu hari nanti ia amat diperlukan. Elakkan berantakan sesama Melayu Islam. Ajarlah anak-anak muda kita selangkah dunia langkah pendekar. Nanti jangan sampai mati katak.

Usah terburu-buru....

Kadangkala dalam pencarian kita jadi terburu-buru. Kita inginkan sesuatu yang perfect macam dalam kitab dahulukala. Ikutlah pelan-pelan sesuatu yang baru kita terima, kadangkala ia baik dan kadangkala ia akan menyusahkan hidup kita. Jangan pula kita jadi taksub pada seseorang, kerana belum tentu apa yang dipaparkan di hadapan mata sama dengan apa yang ada di sebalik tabir. Fikir dahulu beratus-ratus kali dan minta petunjuk daripada Tuhan. InsyaAllah perjalanan kita akan dimudahkanNya.

BadikPamor RM250.00 (SOLD OUT)




Badik pamor
Panjang keseluruhan 9.5 inci
Panjang bilah 6.3 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang serunai sena

Saturday, August 01, 2009

Mencari damai dengan berkeris

Pesan orang-orang lama dalam bidang perkerisan kepada saya, berhati-hati apabila bermain keris. Antara sebabnya ialah keris itu senjata untuk membunuh, bermata tiga. Dengan hulu pun ia boleh mencederakan. Walau bagaimanapun jika kita ikhlas dalam bermain keris, insyaAllah masih ramai sahabat yang masih boleh dibuat kira bicara.

Badik Lurah RM250.00 tak termasuk pos (SOLD OUT)



Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 7.5 inci
Hulu tak pasti
Sampir dan batang serunai sena

Tempahan Sahabat


Majlis Persaraan Sahabat - Cikgu Wan Jaafar


**************************************************************


Hari ini 1 Ogos 2009, AJK dan Wasit Juri Majlis Seni Silat JPN Kelantan meraikan Tn Hj Wan jaafar sempena majlis persaraannya di Restoren Sri Chiengmai KB. Beliau merupakan wasit/juri senior silat peringkat International. Silat telah membawa beliau menjelajah serata dunia. walaupun dah pencen nampak semakin muda dan semakin sihat. Semoga perjalanan hidup beliau di mudahkan oleh Allah s.w.t.

Friday, July 31, 2009

tamat..

Sibuk sana,sibuk sini, kalut sana kalut sini, memang tak ada masa. Semalam kita masih merancang-rancang.... pagi ini kedengaran berita kita dah kembali ke rahmatullah. Itulah penamat kehidupan kita.
*jarang-jarang perancangan kita untuk akhirat

Niat , kata , buat....

Ini adalah pakain orang yang sedang berjalan menuju kepadanya, tapi kalau niat yang buruk cepat-cepatlah bertaubat. Bila dah kata kita mesti tunaikan, jangan pula kita hanya pandai berkata-kata dan berfalsafah bila kena bahagian orang, bila kena batang hidung sendiri kita lantak sahaja. Mengharapkan orang lain berlaku adil pada kita takkan kesampaian kalau kita sendiri pun tidak berlaku adil pada diri asendiri dan orang lain. Manusia dinilai pada kata dan perbuatannya.

Kerambit Kenangan


Ini adalah kerambit hasil kerja tangan Ucu Noh Kg Selat Layang-Layang Kiri. Saya tidak pasti sama ada beliau masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Kali terakhir saya mendengar khabar beritanya ialah setahun lepas. Kerambit ini dibuat sepasang. Dulu ia sering menjadi senjata anak-anak Gayong Cawangan Bachok. Kini ia kembali ke dalam almari saya sebagai item kenangan.

Sembang-sembang dengan sahabat...

Semalam saya singgah sekejap di "Parking" , sebuah komplek tempat tukang-tukang cincin dan permata di Kota Bharu. Dalam masa yang terhad saya sempat beramah mesra dengan sahabat-sahabat tukang dan tokey-tokey cincin serta barang antik. Antara intipati perbualan saya dengan seorang peniaga keris di "Parking" ialah ;

- Biarlah pembeli yang membuat penilaian, usah dikarang cerita-cerita disebalik sesuatu produk.
- Jangan pandai-pandai menilai produk orang lain.
- Jika kita pakar, sebaiknya nilai barang kita sendiri atau tunjukkan produk kita.
- Jangan menyibuk dengan perniagaan orang lain.
- Penilaian kita terhadap produk orang lain, memudahkan orang menilai siapa kita.

Akhirnya kepada sahabat-sahabat, usahlah kita dok sibuk-sibuk dengan perniagaan orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita, bukan kita dapat apapun. Jadilah orang cerdik dengan membangunkan perniagaan kita sendiri.

Pandainya....

Kadang-kadang kita terlebih pandai, sehinggakan kita lupa bahawa pandai dan bijak juga mesti bertempat. Jika kita bijak atau menjadi orang yang terlalu pandai bukan pada tempatnya atau salah tempat maka di situ kita akan kelihatan terlalu bodoh.

Ulu ukir RM180.00






Lintar air RM80.00 ( SOLD OUT)

B.m saiz 24.5 ikat tangkai kendi.

Bahar RM80.00 (B)


Bahar RM80.00 (A) SOLD OUT