sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, September 17, 2009

Mata

Dalam silat zahir, mata memainkan peranan penting kerana kita bertindakbalas berdasarkan apa yang kita lihat. Sehubungan itu semakin kecil permulaan pergerakan yang dapat kita kesan semakin cekap kita bertindak menangganinya. Semasa latihan jurulatih mestilah memastikan setiap pesilat diberi penjelasan tentang tumpuan pandangan dalam tempur, jangan pula sampai tidak ada titik pandang langsung.
*dari mata turun ke hati

Stabil vs pantas

Dalam latihan tempur kita mesti mencari titik keselesaan antara 2 keadaan di atas. Jika kita berada di atas tapak yang terlalu rendah semakin lamba t pergerakan kita kerana lutut terlalu di bengkokkan terutamanya untuk melancarkan serangan kaki, tapi dalam keadaan ini kedudukan kita adalah stabil. Bila berdiri tidak bertapak pula pergerakan kita lebih pantas tapi tidak stabil dan pergerakan akan jadi tidak bertapak lagi jika terdesak, seolah-olah tapak silat dah hilang. Pada pandangan saya terpulanglah kepada sipemakai untuk menentukan tinggi atau rendah mana tapak yang sesuai untuk dirinya bergantung kepada pertimbangan di atas iaitu kepantasan dan kestabilan.

Rupa-rupanyer....

Hari ini tak dapat hantar parcel... rupa-rupanya semua syarikat courier dah tak mahu terima lagi. Nampak gayanya terpaksalah beberapa orang sahabat bersabar menunggu parcel tiba di rumah... lepas rayalah gamaknya.

Tanya hati....

Ikut hati mati..., Ikutlah hati untuk mematikan diri sebelum kita mati. Diam lebih baik untuk kita memerhatikan gerak hati. Kalau banyak cakap apa pun tak dapat diperhati. Gerak hati akan menipu kita jika kita berbohong atau munafik pada diri sendiri. Siapa yang akan membenarkan kata kita, jika kita sendiri tak dapat membenarkannya. Qasad, taaruq, taayim.

Jangan gopoh....

Tilik, renung dan perhati. Jangan mudah buat keputusan. Itu petua dalam kehidupan, begitu juga dalam persilatan. Perhatikan betul-betul, barulah kita dapat memahami. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak dapat susah. Carilah satu titik untuk melihat paksi simetrinya.
*kilat ikan di air kilat juga atas kepala

Wednesday, September 16, 2009

Patah tumbuh hilang berganti

Apabila seorang karyawan kraf bertangan emas pergi meninggalkan kita, amat terasa kehilangannya. Namun ibarat pepatah di atas, patah tumbuh hilang berganti walaupun yang tumbuh dan yang berganti tak sama dengan yang dah pergi. Sehubungan itu perantis-perantis baru dalam bidang kraf kayu dan besi ( senjata warisan) perlu dicungkil. Bakat anak-anak muda perlu dirangsang untuk berkarya. Walaupun isu ini adalah isu yang lapuk, tapi tanpa usaha berterusan masa depan senjata warisan akan suram, kita hanya akan menjadi pengumpul barangan antik semata-mata kerana kemahiran dan kepakaran bangsa kita sudah lenyap ditelan arus pemodenan.

Renung sejenak....

Renungkan, apa yang kita lakukan sehari-hari. Koreksi hati kita, apa yang ada di dalamnya. Sama-samalah kita menilainya. Putih atau hitam atau kelabu.
*mencari wang jangan sampai jadi berwang.

PENGUMUMAN :

Penghantaran parcel hanya akan dilakukan sehingga khamis sahaja. Lain-lain penghantaran akan dibuat selepas hari raya ke 3/courier services beroperasi semula. Terima kasih

Tuesday, September 15, 2009

Menangis pagi raya

Apa yang kita tangiskan? Menangis kerana.......

- ramadhan meninggalkan kita
- sedih kerana bermaaf-maafan
- duit dah pokai
- tak dapat baju baru
- ada yang meninggal dunia kerana kemalangan
- kenduri kahwin terlalu banyak
- kerana orang lain menangis
- tak boleh balik kampung
- saja nak nangis

* menangis kerana nak mati

Ambil iktibar....

Manusia banyak belajar dari pengalaman, jika diperhatikan semula tindak tanduk kita yang lepas-lepas, banyak yang boleh kita ambil iktibar daripadanya. InsyaAllah esok kita akan jadi lebih baik dari semalam. Terserahlah pada empunya diri sama ada ingin berubah atau selesa dalam keadaan sedia ada. Ramai yang menilai, tapi empunya diri dan Tuhan lebih arif .

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

MOHON MAAF PADA SEMUA JIKA DALAM URUSAN JUAL BELI ADA YANG TIDAK BERPUAS HATI, TERKURANG, TERLEBIH CAKAP, ANDAI ADA TULISAN YANG MENGGURIS HATI, ILMU YANG TERGANTUNG, MAKLUMAT YANG TIDAK JELAS DAN APA-APA SAHAJA . SEMOGA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT. HATI-HATI KETIKA MEMANDU.

Sampir anak alang tatah perak sahabat


Cincin sahabat dari Sarawak


Cincin sahabat dah siap repair




Monday, September 14, 2009

Untuk perhatian sahabat - badik anak keris (coban) 6 inci


Yang asli atau yang cantik

Dalam pemakaian cincin ada sahabat yang membeli berdasarkan kecantikan semata-mata tanpa mengambil kira sama ada ia batuan asli atau sintetik. Terpulanglah pada selera dan juga pemahaman masing-masing . Sedikit panduan semasa membeli, tanyakan dahulu tahap kekerasan batu pada penjual, kerana batu permata yang lembut mudah calar. Bagi mereka yang lasak tapi mahu sentiasa bergaya pakailah jay-jay kelas satu kerana ia tahan calar walaupun sintetik.
* Zamrud jangan dijadikan basahan. Hancur....

Kalau boleh pakai... pakai

Ramai sahabat yang sering bertanya pada saya bagaimana hendak dimasukkan "isi" pada cincin, senjata dan sebagainya. Ingin saya kongsikan satu kaedah yang pernah diajarkan oleh seseorang pada saya. Caranya mudah sahaja, bawalah ia bersama kita (pakai) ketika solat dan ketika berzikir. Manakala senjata pula letaklah dalam bilik solat kita. InsyaAllah akan ada isinya. Walau bagaimanapun ini hanyalah satu pandangan atau kaedah sahaja dan tidak semestinya "menjadi" atau berjaya. Bak kata tajuk entry ini.. kalau boleh pakai.. pakai. Kalau tak boleh usahlah diperdebatkan. Membazir masa sahaja. Allahuakbar.

*Alfatihah untuk Cikgu Jid

Sunday, September 13, 2009

Cabang empat persimpangan tiga

Ayat penuh simbolik dalam jampi serapah Melayu, pelbagai andaian kita cuba buat, macam mana rupanya jalan yang ada simpang empat pada masa yang sama merupakan persimpangan tiga. Sebenarnya ungkapan jampi tersebut merujuk pada jasad insan. Simpang empat ialah apabila tangan didepakan, simpangnya ialah antara kepala ke badan dan depaan tangan. Manakala simpang tiga pula ialah, badan dan cabang kedua-dua paha kita. Jampi itu sebenarnya membicarakan tentang tubuh pesakit tetapi dalam bentuk kiasan dan simbol-simbol.

* Johari mengenal maniam.

Siapa pun boleh...

Tiada diskriminasi, siapa pun boleh. Dalam Islam, perbezaan warna kulit, pangkat dan bangsa tidak menjadi halangan untuk kita menelusuri jalan hakikat. Walau bagaimanapun menelusuri jalan mengenal bukan semudah yang diucap. Iltizam dan tekad yang jazam untuk berjalan hendaklah dimulakan oleh diri kita sendiri. Jika tidak dimulakan langkah pertama itu, jangan harap menara tinggi itu hendak ditawan, sedangkan orang yang sudah berabad berjalan pun belum tentu dapat menjejak tangga menara idaman.

Saturday, September 12, 2009

Dari atas atau dari bawah

Perjalanan menuntut ilmu ada ragamnya. Ada yang merangkak menaiki tangga dari bawah, setapak demi setapak. Membilang dari alif, mengira dari kosong. Segala rukun dihafal bermula dari zat, sifat, asma dan af'al. Jalannya lurus walaupun lambat dan jarang dibuka pintu kssyaf . Satu lagi ragam ialah dianugerahkan dari atas. Pengalaman rohaninya amat tinggi, kadang-kadang boleh jadi sasau/meracau/gila kerana asas syariat kurang kukuh,tiada pembimbing zahir serta tidak ada asas langsung dalam ilmu tasauf. Walau apapun jalannya berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan mengenal untuk kembali kepadaNYa.