sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, September 03, 2009

Entahlah...

Saya dihubungi oleh beberapa orang kawan memaklumkan mungkin ada orang / individu / kumpulan / persatuan kurang senang dengan tulisan saya. Saya pun jadi keliru, kenapa? Apa ke he nya ? Demi Allah, artikel saya tidak bertujuan untuk menyentuh mana-mana pihak, ia adalah panduan dan ingatan pada murid-murid silat saya yang saya anggap macam anak sendiri, saudara-mara dan sahabat handai saya yang pernah sama-sama merintis jalan sukar semasa mencari dan masih mencari, semasa menulis saya selalu bayangkan mereka, terkenangkankan zaman mereka bersama saya ketika sama-sama berguru, ingatan pada mereka yang sedang berjalan dan ingatan untuk diri saya.
Saban hari juga saya dihubung oleh murid-murid saya kerana artikel saya secara terang telah "menembak" mereka. Janganlah mudah berprasangka yang bukan-bukan . Saya juga telah berkali-kali berpesan agar mana-mana pihak yang tidak senang dengan tulisan-tulisan dalam blog saya agar tidak masuk ke laman "Cikgu Nasir". Saban hari saya dihubungi oleh pembaca laman blog ini agar menulis dan menulis. Alhamdulillah pengunjung ke laman ini mencecah sehingga 400 pelawat sehari. Saya tidak mahu mencampuri urusan sesiapa kerana urusan saya pun terlalu banyak yang tidak beres. Terlalu banyak kerja yang saya mesti buat dalam sehari dan sebolehnya tidak mahu diremehkan oleh perkara-perkara yang tidak berfaedah.
*pening-pening (saya tak tahu apa-apa kerana tak baca apa-apa)

Wednesday, September 02, 2009

Kayu kering vs kayu basah

Kayu merupakan elemen penting dalam dalam seni pembuatan sampir keris. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan kayu berkualiti memerlukan kos yang agak besar dan agak sukar. Kayu-kayu mempunyai plot yang baik pun tidak akan menyerlah jika tidak betul-betul kering. Sehubungan itu jika kita tergesa-gesa membelah dan terus dibuat sarung maka keanggunan sampir tidak menyerlah. Sebaiknya kayu dibelah ikut saiz dan dibiarkan kering di tempat teduh untuk mengelakkan retak. Sebaiknya kayu berplot dikeringkan 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun. Lagi lama dikeringkan lagi baik. Ia juga untuk mengelakkan sampir dari mudah retak atau merekah.
Sudah menjadi adat apabila kita agak lama dalam dunia perkerisan, selera kita terhadap kayu pun semakin tinggi/memilih. Walau apapun faktor rezeki dan nasib juga perlu diambil kira.

Mencari... (2)

Antara yang paling tak perlu dicari ialah :

- mencari pasal yang tak pasal-pasal.

Pencarian yang jenis ini perlulah kita elakkan dan cuba lihat diri kita sama ada kita termasuk ke dalamnya. Sama-samalah kita membaiki diri sendiri.

*cari diri terperi jumpa diri berduri

Mencari....

Apa yang kita cari sehari-hari,

- cari makan
- cari kerja
- cari duit
- cari pahala
- cari bala
- cari ilmu
- cari guru
- cari seteru

atau kita masih tercari-cari dan tak tahu apa yang hendak dicari.

*teruskan mencari , semoga bertemu diri terperi

Practice make perfect

Inilah ungkapan yang amat tepat, jelira dan mustajab dalam industri pembuatan keris-keris baru di Kelantan. Tukang-tukang yang rajin dan diberi kepercayaan oleh penempah akan memperlihatkan peningkatan kualiti dalam pekerjaan mereka. Sehubungan itu walau seburuk manapun hasil kerja tukang, mereka perlu mendapat galakan dan bimbingan. Jangan kita bunuh semangat mereka dengan memulau dan menyisihkan mereka.

Tuesday, September 01, 2009

Bersarang dalam diri

Sukarnya untuk mengikis sifat mazmumah dalam diri, kadang-kala kita berasa dapat mengatasinya. Tanpa sedar muncul pula sifat riak kerana berasa kita mampu mengatasinya. Cara terbaik ialah dengan membuat ibadat khusus, InsyaAllah ia akan luntur dengan sendirinya.

*jangan biar ia bersarang dalam kepala

Beriman.. percaya/yakin

Iman itu percaya. Orang yang beriman dalam kontek Islam ialah orang yang percaya kepada rukun iman 6 perkara. Sejauh mana kepercayaan kita. Atau dalam kata lain sejauh mana keyakinan terhadap ajaran Islam. Kepercayaan kalau boleh disukat dengan %, berapa peratus yang kita percaya. Itulah yang menjadikan tingkat-tingkat kepercayaan/keyakinan berbeza-beza. Yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin. Yaqinkah diri kita? Tahap mana pula keyaqinan pula?

Bila nak amalkan....

Saban hari kita belajar, mengaji dan mengkaji ilmu hakikat. Persoalannya bagaimana dan bila nak diamalkan, atau sekadar seronok bila boleh bersembang dan menguar-uarkan yang kita mendalami ilmu ketuhanan. Bolehkah kita sampai atau mengenal dengan hanya bercakap dan syok sendiri tanpa tahu bagaimana nak praktikkan ilmu yang telah didalami.

Monday, August 31, 2009

Tempahan Siap minggu ini

Keris A - Tokchu 13 inci
Keris B - Melela lok 7 ( Milik Sdr. Mw)
Keris C - Melela lok 9 (19.75 inci)
Keris D - Melela lok 3 , 11 inci ( Milik Sdr Yus)
Keris E - Sepukal ganja Iras 7 inci ( milik GB )


Apabila rahsia Silat Melayu difilemkan

Dokumentari Silat Gayong yang disiarkan di National Geografic Channel amat mengujakan, namun saya terasa berada di persimpangan, kerana rahsia permainan Cindai Goyong sudah tidak menjadi rahsia lagi walaupun masih ramai anak-anak gayong di tanah air tercinta ini tidak pernah mempelajarinya. Walau apa pun tahniah kepada semua pihak yang telah mengangkat martabat seni beladiri bangsa kesatu tahap yang membanggakan.
*zattttttttttt

Menjadikan serangan bertubi lebih laju

Peranan latihan, kefahaman dan tunjukajar guru akan banyak membantu. Antara teorinya ialah sebelum serangan pertama dilancar kita sudah berfikir untuk serangan yang ketiga. Begitu juga, sebaik serangan kedua dlancar ia sudah bersedia untuk serangan keempat.

Blog sahabat ambo

Pada penghujung 2006 seorang sahabat telah memperkenalkan saya pada dunia blog. Kemudian awal tahun 2007 kami berkursus dengan kadar bayaran pada penceramah RM3000.00 sehari. Inilah blog sifu yang menjadikan saya seorang blogger http://cikgusenismbd.blogspot.com/.

Keris Kelantan

Perniagaan keris di Kelantan boleh dibahagikan kepada 2 secara umum. Kategori pertama ialah kategori urusniaga barang antik dan kategori kedua ialah penghasilan keris-keris baru oleh gabungan tukang-tukang. Bayangkan apa yang akan berlaku suatu masa nanti jika berlaku lompang selama 5 tahun dalam penghasilan keris-keris berkualiti seperti hari ini sedangkan umat Melayu semakin ramai yang meminati keris.

Pandai Saras RM2200.00
















Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 14 inci
Sampir ketengga
Batang serunai sena







Sunday, August 30, 2009

Kenapa?

Kenapa sesuatu itu berlaku di hadapan kita, apa kaitannya dengan diri kita. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Tetapi kenapa melibatkan kita? Siapa pula kita untuk menolak dan mampukah kita menolak. Fikir-fikirkan.

Menconggak-conggak

Seringkali timbul perasaan was-was bila kita terkenangkan persoalan ekonomi, atau dengan kata lain wang ringgit. Kita kekadang risau, cukup atau tak cukup, dapat atau tidak. Sudah menjadi adat kerana kita ini manusia. Sebaiknya berlapang dada dan bersifat "cool" kerana kita hanya berusaha, Tuhan jugalah yang menjayakannya.

Saturday, August 29, 2009

Karisma (3)

Tenang. Antara karektor yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah sikap tenang dan tidak gopoh. Faktor ini penting kerana kaedah penyelesaian masalah dalam masyarakat memerlukan pertimbangan yang rapi, cermat dan tidak tergesa-gesa. Cara bercakap yang tenang tapi tegas akan menjadikan seseorang pemimpin lebih disenangi dan digeruni.
*tidak semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin masyarakat

Alfatihah

Takziah kepada keluarga En.Suhaimi, Setiausaha PSSGM Terengganu kerana kematian isterinya semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Arwah selamat disemadikan di Kg Cempaka Kota Bharu. Alfatihah.

Friday, August 28, 2009

Menebar

Barang siapa menebar angin,
Kelak dia pasti menuai badai

Berhati-hati...

Jika kita mengurut sesorang, berhati-hatilah semasa mengurut pada bahagian perut. Urutlah dengan mengelus-mengelus dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri perut. Elakan mengurut dari bahagian dada ke ari-ari atau sebaliknya. Cuba kita x ray dan lihat kedudukan urat perut, bukankah ia melintang dari kanan ke kiri. Cuba elak daripada menggunakan siku atau tapak kaki pada bahagian perut kerana ia boleh mendatangkan kecederaan pada organ dalaman kita.