sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, August 28, 2009

Tapak dalam silat...

Terdapat pelbagai jenis tapak dalam silat. Ia diberikan pelbagai nama dan gelaran. Walau apapun, tapak merupakan asas dalam persilatan. Tapak yang baik ialah tapak yang hidup dan memudahkan pergerakan. Jika sesusatu tapak nampak cantik tapi dalam tempur ia mati. Maka sesuatu perlu dilakukan segera agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Kutuk-mengutuk

Dalam masyarakat kita hari ini, setiap fenomena, situasi dan kegawatan yang berlaku telah ditetapkan oleh minda siapa yang bersalah. Tak kira apa pun yang berlaku. Fenemena ini akan menjadikan fikiran kita jumud dan taksub. Lebih baik kita bersikap dengar dulu, kemudian timbang-timbangkan.

Berorganisasi....

Dari zaman persekolahan lagi saya bersama kawan-kawan telah mengemudi Gayong Bachok dan bersama-sama menjadi pemain dalam Gayong sehingga hari ini. Bermula dengan Gayong Malaysia, Gayong Pusaka dan akhirnya bersama Gayong Warisan. Gayong Bachok yang mula bertapak sekitar tahun 70 an telah melalui beberapa fasa tertentu. Kami golongan senior yang menjadi pemainnya lebih arif dan faham karenah poitik dalam persatuan. Sehubungan itu suara-suara sumbang generasi baru yang berbicara tentang sejarah gayong Kelantan menggelikan hati kami watak-watak dalam ceritanya. Kekadang watak-watak antogonis dan pratagonis yang disembang-sembang, dikutuk-kutuk tak pernah pun mereka kenal wajahnya.

Thursday, August 27, 2009

Duit Raya untuk Tukang-Tukang

Alhamdulillah tempahan keris datang mencurah-mencurah hinggakan tukang tak menang tangan. Tempahan untuk sampir keris juga menyebabkan tukang sampir terpaksa kerja lebih masa. Untuk tempahan cincin saya berhentikan dulu buat sementara waktu dan akan di terima semula seminggu lepas raya. Bukan apa, takut tak sempat siap kerana Q yang teruk untuk persiapan raya di bengkel tukang, walau bagaimanapun balutan perak bagi sampir keris masih diterima kerana tidak ada keperluan mendesak untuk pakai pada hari raya.

* tukang perlu lebih komited

Jambia Istimewa RM2500.00

Jambi istimewa. Diperbuat daripada tambaga disepuh emas. Menggunakan kaedah ukiran "karut" pada sampir.



Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 7 inci

Sekadar berkongsi cerita

Dua bulan lepas saya sempat bersembang dengan seorang senior salam bidang perkerisan Kelantan sambil minum kopi di Bandar Kota Bharu. Beliau teah terlibat dalam dunia perkerisan sejak tahun tujuh puluhan lagi. Beliau sempat mengutarakan beberapa pandangan yang diwarisi dari orang tuanya untuk saya kongsi bersama, antaranya ialah supaya menyimpan sekurang-kurangnya sebilah keris Pandai Saras di dalam rumah. Katanya keris pandai saras mempunyai rahsia kehebatannya yang tersendiri. Wallahualam, saya pun masih tercari-cari apakah rahsia yang dikatakannya.
* carilah rahsia diri terperi agar hidup bertambah seri

AR- Jan 01 Keris pandai saras Tua RM1200




Pandai Saras Tua
Panjang keseluruhan 20 inci
Panjang bilah 16.5
Hulu dan sampir kemuning
Batang serunai sena

Wednesday, August 26, 2009

Kalau tak dipecahkan ruyung....

...manakan dapat sagunya. Gerakkan tulang empat kerat kita untuk mendapatkan rezeki Allah s.w.t. Hatta seorang wali pun kurma tidak akan melayang masuk ke mulut . Sudah menjadi sunnatullah untuk kita bekerja dan mencari rezeki yang halal. Halangan dalam pekerjaan adalah lumrah kehidupan, buatlah tugas yang telah di amanahkan pada diri kita dengan sebaiknya. Rezeki Allah melimpah ruah untuk hamba-hambaNya.

Seronokknya...

Janganlah seronok sangat apabila kita "menganjing-anjingkan" orang lain. Ada ubi ada batas, ada hari Tuhan yang balas.

Tuesday, August 25, 2009

Isu tarian pendet....

Cuba sahabat-sahabat search dalam google atau yahoo apa yang sebenarnya berlaku. Bangsat sangatkah negara kita sampai dihina sedemikian.

* hidup Kelantan

Apa kata..

Apa kata jika tuhan memanggil kita pulang mengadapnya dalam waktu terdekat. Bagaimana jalan pulang kita, cukupkah bekal yang akan kita bawa pulang untuk mengadapNya.

*ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat pengunjung blog

Kurang berjualan

Dalam ramadhan ini saya kurang memasukkan produk jualan dalam blog. Bukan tak ada barang untuk dijual tapi saya lebih senang menulis artikel-artikel pendek kerana idea datang mencurah-curah akibat banyak rehat. Tempahan cincin-cincin baru juga dibekukan seketika kerana tukang sibuk dengan barang kemas wanita untuk dipakai pada hari raya. Utamakan perbelanjaan untuk persiapan anak-anak beraya. Produk senjata boleh beli lepas raya dan waktu-waktu lain. Pengumpulan keris bukan keperluan mendesak untuk tuan-tuan.

Dorongan dalam kehidupan...

Dalam kehidupan ada pendorong, dalam perniagaan pun ada pendorongnya. Pendorong ni dalam bahasa mudah kita sebut "motivasi". Hati kita akan lebih tenang jika pendorong atau pemangkin yang kita gunakan adalah elemen yang positif seperti nasihat, bina semangat, kursus perniagaan dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Manakala elemen negatif yang sepatutnya kita hindari daripada menjadi pemangkin kebangkitan kita ialah unsur dengki. khianat, iri dan juga permusuhan.
*amat singkat hidup ini untuk sibuk menguruskan musuh

Seronoknya berkawan...

Alangkah senangnya dalam hati bila rakan-rakan yang melibatkan diri dalam bisnes perkerisan di Kelantan boleh duduk semeja dan berbincang tentang industri kecil ini. Tiada iri dan tiada dengki. Berbincang tentang masa depan industri kadang-kadang menjadikan kami teruja dan kadang-kadang menjadikan kami risau . Walau apapun cabaran mendatang, pusaka warisan bangsa ini tetap akan dipertahankan. InsyaAllah blog Cikgu Nasir akan tetap memasarkan hasil kerja tangan tukang-tukang Kelantan. Tukang-tukang muda akan dibantu dan didorong agar pendokong seni warisan nenek moyang ini tidak dikategorikan sebagai "saudagar senja"

Karisma (2)

Antara ciri karisma yang penting juga ialah saiz. Bentuk badan juga memberi impak besar dalam memilih pemimpin. Biasanya pemimpin mempunyai badan yang tegap dan tinggi. Bukan tidak ada yang berbadan rendah, tetapi rata-rata mempunyai saiz yang agak tinggi. Walau bagaimanapun tidak semua teori karisma barat ini betul. Sekadar berkongsi sedikit pegetahuan dalam bidang sains politik.

Monday, August 24, 2009

Alfatihah

Innalillahhiwainna ilaihirrajiuun. Takziah kepada Dr. Fawaz kerana Ibunda yang tercinta telah kembali kerahmatullah tengahari semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat . Al fatihah.

Karisma

Karisma merupakan satu elemen penting yang mesti ada pada seseorang pemimpin. Antara ciri-ciri karisma ialah :
-Kebolehan berpidato/berucap.
Tidak semua orang memiliki kemahiran bercakap dalam ertikata dapat menarik perhatian pendengar dan mempercayai apa yang dicakapkan. Kebolehan ini adalah anugerah, selebihnya boleh dilatih agar lebih mantap. Sehubungan itu lahirnya seorang pemimpin agong ialah apabila pidatonya dapat menggerakkan massa.
* jangan disalahguna anugerah Allah

Cakap bohong..

Kadang-kadang untuk menyedapkan cerita kita mereka-reka cerita. Tak ada untungnya, kerana cerita yang kita reka itu entah benar atau tidak. Kerana semakin kita suka memburukkan orang semakin buruk diri kita. Hidup ini hanya seketika. Sekali hidup buktikanlah.

Menabur benih....

Perhubungan kita sesama insan ibarat menabur benih. Perbuatan yang baik dalam perhubungan ibarat menanam bunga dan pohon-pohon rendang yang berbuah, manakala perbuatan buruk dalam perhubungan ibarat menabur benih pohon-pohon berduri dan beracun. Lama kelamaan benih-benih yang ditabur akan tumbuh dan membesar, kalau bunga dan pohon rendang alangkah baiknya. Seandainya pohon-pohon beracun dan berduri yang tumbuh bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi sebenarnya akan menyusahkan diri sendiri.

Helah bela diri 2...

Kadang-kadang ada orang sedang mengata kita tetapi tidak jelas, kita faham bahawa orang sedang mengata kita. Maka cepat-cepat kita pun duduk sekali dengan orang mengata kita dan turut mengata-ngata, seolah-olah apa yang dikata itu tidak kena pada kita. Ini adalah satu lagi kaedah helah bela diri yang boleh merosakan diri sendiri. Hasilnya kita tak akan berubah kerana kita rasa kita tak salah dan terselamat. Bijak..bijak.