sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, August 24, 2009

Tempahan Sahabat


Terlebih rehat....

Maaf pada sahabat-sahabat, kadang-kadang lambat balas sms, email dan juga telefon. Ramadhan ini saya terlebih rehat terutamanya kerana cuti sekolah dan cuti juga mengajar silat. Jadi banyak masa dihabiskan dengan rehat sahaja. Melepas gian kerana kerana sebelum ini selalu sibuk.

Sunday, August 23, 2009

" Jangan fikir jarum kita sahaja.."

"Jangan fikir jarum kita sahaja yang tajam, jarum orang apa kurangnya". Itulah antara ungkapan-ungkapan yang sering saya dengar dari mulut orang tua ketika bermain sepak raga bulat semasa remaja di kampung. Dalam aspek persilatan ia memberi kita satu ingatan agar tidak terlalu taksub,fanatik dengan apa yang kita pelajari sehingga meremehkan, memandang rendah pada silat-silat lain. Ini kerana silat bukan sejenis perlawanan dalam bentuk teori atau falsafah atau lawan bercakap. Kehebatan sesuatu silat akan terserlah dalam perlawanan fizikal. Walau bagaimanapun kehebatan sesuatu silibus persilatan belum tentu menjamin kemenangan dalam sesuatu pertempuran kerana pelbagai faktor lain mesti mengiringinya.

Musim berubah

Pernah satu waktu dahulu ramai yang memandang sinis pembuatan dan penjualan keris-keris baru. Pandangan-pandangan sebegitu ada benarnya, tapi dari sudut pengumpulan barang antik sahaja. Bagi peminat senjata warisan yang mengumpul dan menilai dari sudut seni, pembuatan senjata baru masih ada tempatnya yang tersendiri. Bagi mereka yang memusuhi senjata baru feomena sehari dua ini tidak meyebelahi mereka kerana permintaan terhadap senjata baru mengatasi permintaan senjata antik. Bagi peniaga pula walau apa pun angin perubahan meraka sepatutnya hanya menjadi perantara untuk menyampaikan kehendak dua pihak, penjual dan pengguna.

Dapatkah ramadhan kali ini mengubah perangai kita..

Saban tahun sebaik ramadhan hampir tiba semangat kita berkobar-kobar untuk menyambutnya, bila ia tiba kita ucapkan selamat menyambut ramadhan pada sahabat-sahabat kita. Apabila kita dah bersama ramadhan kita beramal sebulan bersamanya. Persoalannya apakah kita akan berubah apabila menyambut syawal nanti dan bulan-bulan seteusnya. Apakah ego,sombong,iri,hasad dan pelbagai lagi sifat buruk dalam diri akan berubah atau berkurang. Sama-samalah kita nantikan perubahannya....

Saturday, August 22, 2009

Siapalah kita...

Kadang-kadang kita terlalu bijak hingga celupar mempertikaikan ulamak-ulamak muktabar. Pandangan mereka kita sangkal dengan teori Master, dan Phd yang kita ada. Bukan tak boleh berijtihad dan berteori, tapi siapa kita untuk merungkai dan merombak pegangan masyarakat yang sudah berabad-abad. Jangan dipecahbelahkan lagi masyarakat yang telah sedia parah berpecah ini.

Tujuan belajar

Semakin banyak kita belajar sepatutya semakin kita berilmu dan semakin banyak beramal dengan ilmu yang dipelajari. Ironinya semakin banyak ilmu semakin bongkak, angkuh dan semakin jauh dengan Tuhan. Persoalannya apakah bermanafaat apa yang kita pelajari jika ia semakin menjauhkan diri kita Tuhan

Tabiat buruk semasa bercakap

Antara tabiat buruk yang tidak disenangi oleh lawan cakap kita ialah mencuit atau menyentuh dengan tangan. Ramai di kalangan kita tanpa sedar gemar mencuit rakan perbualannya untuk menarik perhatian atau supaya mendengar apa yang bakal diterangkan olehnya. Soalan saya, selesakah kita jika sering dicuit.

* cuit peribadi lebih parah

Helah bela diri

Dalam pengajian ilmu psikologi terdapat satu istilah iaitu "helah bela diri". Helah bela diri ialah satu kaedah yang digunakan oleh mereka yang membenarkan kesalahan yang mereka lakukan dengan melakukan perkara lain atau menyabitkan kesalahan pada pihak lain. Golongan ini biasanya menghadapi masalah "rendah diri" yang teruk. Antara kaedah yang sering digunakan ialah mengulang-ulangi kenyataan tentang sesuatu untuk memenangkan diri sendiri. Penonjolan diri yang keterlaluan juga boleh dilihat sabagai salah satu ciri-cirinya. Ini dilakukan untuk menutup kelemahan diri. Sehubungan itu berpada-padalah dalam semua perkara.

Koreksi diri

Muhasabah diri atau dalam kata lain kita "koreksi diri" kita. Melihat ke dalam dan menilai menggunakan kacamata yang adil dan saksama. Apa yang di luar kita jadikan panduan sama ada teladan atau sempadan. Tilik dan baikilah diri kita. Gunakan segala ilmu yang kita pelajari untuk menilai kerjabuat kita, perlakuan,perhubungan dan juga tingkat nafsu kita.
* Mengenal diri mengenal Allah

Friday, August 21, 2009

Bukan semua perkara .....

Jarang manusia pakar dalam semua perkara. Ini kerana batasan kemampuan diri manusia sendiri. Sehubungan itu bukan semua perkara boleh kita sembangkan pada khalayak. Jika kita sedang berjalan, pengalaman-pengalaman peribadi kita jangan kita sembangkan di tepi-tepi jalan tanpa tapisan. Ia akan mengundang fitnah dan keraguan. Ingatlah pengalaman dalam perjalanan hanyalah satu permainan dan tidak dikira sebagai amalan.

Simpanlah..

Kepada penuntut ilmu, walau segunung ilmu di dada, walau beribu anugerah kepandaian di tangan, simpanlah. Tunduklah, usah kau uar-uarkan pada dunia. Sentiasa berpegang pada sifat insan hina,dhoif, fakir,lemah. Yang hebat orang, yang lemah kita, yang bijak orang, yang bodoh kita. Apabila bersembang, banyakkan mendengar agar terbuka kebenaran. Jangan kita banyak cakap, kerana banyak lagi yang tak lengkap. Biasanya yang banyak cakap mudah masuk perangkap.

Dah 3 tahun...

Diam tak diam , dah 3 tahun saya bersiaran dalam blog ini. Menulis artikel, membuat jualan produk senjata warisan, permata dan menerima tempahan kawan-kawan adalah rutin harian. Perasaan yang muncul dalam hati pula pelbagai, gembira, seronok, risau dan kadangkala geram pun ada. Walau apa pun, saya banyak belajar perkara baru sepanjang bersiaran. Memahami diri sendiri, karenah pembeli, persaingan dan bayak perkara baru yang saya temui. Semua yang dilalui ini adalah asam garam kehidupan sebelum sampai masa kembali mengadap Qadhi Rabbul Jalil . Bersediakah kita...

Thursday, August 20, 2009

Apa faedahnya..

Semakin kita berumur semakin kita terasa sibuknya kehidupan. Lebih parah lagi jika kesibukan ini disulami dengan agenda yang tidak berfaedah. Kadangkala kita terpaksa memikirkan perkara-perkara remeh yang tak sepatutnya kita fikirkan, tapi itulah sifat lemah manusia. Apabila kita ada geng sorak, seringkali kita lupa apa yang kita sorakkan. Kita lupa adab dan sering kali kita jadi biadap. Jadi , carilah kawan yang sihat fizikal dan sihat mentalnya

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Teknik yang betul

Teknik pemecahan sama ada genting atau bata banyak membantu pesilat memahami ilmu fizik dalam persilatan. Kuasa tumbukan akan lebih "power" jika di tambah dengan kuasa berat badan. Begitu juga dengan target tumbukan, contohnya jika genting ada sebelas keping sasaran yang mesti ada dalam minda ialah kepingan genting yang berada paling bawah untuk dipecahkan.

Merdekakah kita...

Ucapan ini saban tahun saya hantarkan kepada seorang sahabat saya iaitu Allayarham Norhazizan Talib. Tahun ini ucapan ini saya tak tahu nak tujukan pada siapa kerana beliau telah meninggalkan kita semua. Jadi ucapan ini saya tujukan kepada semua pengunjung blog " Cikgu Nasir" untuk direnung-renungkan.

# Alfatihah

Wednesday, August 19, 2009

Mohon maaf pada sahabat-sahabat yang meminta...

Maaf dipinta kerana tidak sempat uploadkan foto keris dan permata permintaan sahabat. InsyaAllah jika ada masa terluang akan saya tunaikan.

Sekelip mata...

Tuhan boleh bolak-balikkan hati manusia sekelip masa, begitu juga dengan hidup dan mati kita. Bukan senang nak hidup. Sekali kita hidup maka buktikanlah .Berapa watak yang kita mainkan semasa hidup? Semakin banyak watak positif yang kita mainkan semakin bermakna hidup kita. Sekelip mata sahaja jika tuhan inginkan , saat itu matilah kita. Hidup biarlah berjasa.

Tuesday, August 18, 2009

Kaedah Amanah Ikhtiar

Semasa di USM dulu saya sempat belajar bagaimana satu program yang bagus untuk golongan miskin menjana pendapatan. Caranya mudah sahaja, kita usahakan apa yang kita minat dan apa yang kita mahir, dengan kata lain menjadi diri sendiri tetapi dalam skala yang lebih besar. Sehubungan itu jika kaedah ini kita amalkan, kita kan seronok dengan kerja kita di samping dapat menambah duit saku.