sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, August 17, 2009

Indahnya ciptaan Allah (2)




**************************************************************************************Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan kemuning kategori akar,banir dan tunggul. Banyak kerja terpaksa dilakukan untuk mendapat yang terbaik. Proses menebang, mengorek,menggali, angkut keluar dari hutan dan membelah menggunakan kemahiran tukang agak memeritkan. Tapi lihatlah hasilnya. Sanggupkah kita bawa seketul seberat 40 kg keluar dari hutan sejauh 6 km. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Indahnya ciptaan Allah

Dalam kayu kemuning (banir) yang dibelah terdapat teras yang kelihatan seolah-olah pisau berhulukan kepala burung.

Renunglah ke dalam diri

Sebelum kita menegur orang lain, tegurlah diri kita sendiri. Pandanglah ke dalam diri, betulkah apa yang kita lakukan? Selesaikan tugas fardu ain kita dahulu sebelum dok sibuk-sibuk dengan fardu kifayah. Selesaikan masalah bersuci/taharah dahulu sebelum nak berjuang mengangkat senjata untuk berjihad. Bersihkan kencing berak kita terlebih dahulu sebelum menyapu sampah di laman orang.

Sampir ukir tempahan sahabat



Sunday, August 16, 2009

Menulis untuk menyakiti orang lain

Satu tabiat buruk blogger hari ini ialah suka jaga tepi kain orang. Kalau tak ada modal nak tulis, tak payahlah tulis apa-apa. Kalau lumrah bercakap, buka sahaja mulut terus menyakiti dan sentuh hak orang. Cakap topik apa sahaja, kalau tak sindir dan mengata orang tak sedap. Inilah antara karenah yang sering menimbulkan rasa tidak senang pihak lain.

Cakap berdegar-degar, tahi lekat celah gelegar

Itulah antara pepatah orang-orang tua yang kadang-kadang perlu kita renung bersama. Usahlah kita bercakap berdegar-degar dalam apa jua perkara, cukuplah dengan kadar yang sederhana dan berpada-pada. Masyarakat melihat dan menilai apa yang kita buat dan apa yang kita temberangkan. Selalu saya kata, jangan diusik hak orang jika tak mahu menanggung malu. Jaga hak kita dan buktikan kerja buat kita. Kerja buat orang lain usahlah kita dok menyibuk. Jika kita tak puas hati bolehlah bersemuka atau minta penjelasan daripada empunya diri. Kadang-kadang apabila kita dijentik kita melenting, tapi salah kita mengetuk kepala orang tak pernah kita nilai.
*kadang-kadang bodoh juga melayan orang bodoh

Jangan dilayan... biarkan mereka terus menyalak bukit

Jong berlabuh anjing tetap bercawat ekor.
*kalau tak makan hidu pun jadilah

Saturday, August 15, 2009

Melatih tukang-tukang muda

Industri pembuatan senjata warisan akan berkubur jika orang-orang muda tidak dberi peluang untuk mempelajari teknik pembuatannya. Perkongsian ilmu, kajian dan penggunaan alat yang sesuai amat membantu pemuda-pemuda kita untuk menghasilkan produk bermutu. Walau bagaimanapun, semangat, motivasi,modal mestilah sentiasa mengiringi kerja buat mereka. Misi seni mereka tidak boleh dipunahkan oleh retorik-retorik kosong masa lampau. Memahami kerjaya mereka sebagai insan seni dan juga kepala keluarga untuk sesuap nasi memerlukan kesabaran dan iltizam yang kuat. Tukang-tukang mempunyai senjata sulit mereka sendiri iaitu kaedah-kaedah tertentu yang jarang dikongsi dengan tukang lain.

Boleh jalan...

Nampaknya penjualan keris-keris dan senjata warisan baru masih boleh jalan, masih mendapat sambutan dan terus bertahan. Rezeki tukang besi, tukang sampir, tukang ukir, runner,peniaga telah ditentukan oleh Allah. Walaupun kami bukan yang terbaik dalam bidang ini, tapi kami telah berjaya memberi kepuasan kepada ramai peminat senjata warisan. Keris, badik, kapak, kelewang,lading,pisau melapah, lawi ayam, lembing dan pedang sentiasa menjadikan tukang tak menang tangan. Semakin lama dalam bidang ini kualiti kerja tangan tukang juga semakin bagus. InsyaAllah kerja-kerja pembuatan senjata warisan Melayu Kelantan akan terus bertahan.
*rezeki berjalan atas tangan-tangan manusia

Friday, August 14, 2009

Semarakkan dunia senjata warisan Melayu

Syukur, perkembangan positif dalam kerjaya pandai besi dan pandai kayu di Kelantan. Tempahan yang berterusan dan mencurah-curah dari seluruh negara. Saya hanyalah satu juzuk mikro dalam industri ini. Permuafakatan antara pemain-pemain dalam bidang senjata warisan akan membuahkan hasil, tetapi jika ada yang ingin mengambil jalan pintas maka seluruh industri akan rosak. Dalam bola sepak, jika ada pemain yang main kotor atau main kasar, biasanya ia akan diberi kad kunig, dan jika masih lagi degil akan diberi kad merah untuk berehat seketika. Sehubungan itu bermainlah mengikut peraturan yang sedia ada. Jangan terlalu ghairah dengan sorakan penonton hingga sanggup merusuh. Hasilnya malu sendiri.

Thursday, August 13, 2009

Keris debek Kelantan

Bagi masyarakat Kelantan, perkataan "debek" bermaksud "tiada class", tidak cantik atau "low class". Walau bagamanapun apabila perkataan debek diletak dihujung perkataan keris ia banyak menimbulkan polemik terutamanya untuk menentukan ciri-cirinya. Pelbagai pendapat mengiringi sesebilah keris apabila digelar debek, kekadang ia menjadi amat "rare" dan melambung harganya,walaupun suatu masa dahulu ia adalah keris yang dibuat secara "malas" atau tidak bersungguh-sungguh oleh tukang, atau sekadar untuk dinamakan keris. Mengikut pemerhatian saya keris debek biasanya bersaiz pendek sekitar 10 inci ke bawah, berkerawang simple dan kadang-kadang langsung tiada kerawang. Bilahnya agak tebal dan tidak begitu rata pemampatan besinya. Wallahualam.

Denak

Mengikut kamus Dewan perkataan denak bermaksud "burung atau haiwan pemikat untuk menarik burung atau haiwan lain untuk diperangkap". Dalam konteks kolektor keris dan barangan antik kadang kala perlu juga denak untuk menarik barangan ke dalam koleksi kita. Biasanya burung denak hanya memanggil spesies yang sama sahaja, dan bukan burung dari spesies lain.Tapi denak yang paling baik ialah denak yang memakai tengkolok kerana boleh menarik semua jenis burung.

Lebih banyak kita bercakap lebih nampak....

Sememangnya kita tidak pakar dalam semua perkara, jadi bila ada hal-hal yang di luar pengetahuan kita, atau hanya tahu sedikit-sedikit, janganlah kita nak jadi juara atau "tok jora". Ini kerana kadangkala menadah telinga dan bertanya dengan ikhlas adalah lebih bermanafaat demi untuk menimba ilmu. Sehubungan itu carilah kaca mata yang sesuai untuk menilai benda yang sesuai. Jangan pula pakai "spek hitam" pada waktu malam.

Wednesday, August 12, 2009

Benet US ARMY antik RM400.00



Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 6.5 inci



Tuesday, August 11, 2009

Selamatkah kita

Dalam keadaan penularan penyakit yang semakin membimbangkan, sewajarnya kita semua mengambil langah lebih berhati-hati. Walaupun ada yang mengataka ia adalah takdir, ingatlah peristiwa Saidina Umar yang tidak masuk ke Mekah kerana wabak taun sedang melanda Mekah pada masa itu.

Untuk perhatian Sahabat ( Hairul nizam)




Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 9 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang serunai sena
*bilah antik berpamor/besi putih

Berlagak terlalu pandai...

Hari ini saya bersama seorang rakan guru singgah di kedai air kelapa muda...wow enak sekali. Ketika sedang minum muncul seorang pemuda yang memakai 10 bentuk cincin dijari-jemarinya. Cakapnya berdegar-degar tentang jualan cincin-cincinnya. Dia dengan ramah kemudiannya menegur saya , katanya " cantik batu jay jay cutting yang Encik pakai". Saya menjawab "tengok dulu betul-betul, walaupun kita pandai". Beliau menjawab lagi, " memang ya pun, jay-jay cutting. Saya diam dan menghabiskan minuman serta berlalu pergi. Moralnya orang yang cakap banyak dan berdegar-degar belum tentu arif dalam bidang yang diceburinya dan lebih baik tak payah dilayan.

Al Quran Digital Almanar

Alhamdulillah, sambutan terhadap produk Quran digital di luar dugaan. Nampaknya dah ada sahabat-sahabat yang mula membuat tempahan, produk Alquran digital yang paling mendapat sambutan ialah Alquran Digital Almanar. Nampaknya saya kehabisan stok AlManar untuk penghantaran minggu ini. InsyaAllah produk akan ada dalam stok saya awal minggu depan. Terima kasih atas sokongan sahabat semua. Warranty untuk produk ialah satu tahun. http://digitalalquranenmac.blogspot.com/

Sembang-sembang dengan sahabat

Semalam saya singgah sekejap di kedai sorang sahabat, antara kata-kata hikmah yang sempat dinukilkannya kepada saya ialah :

Jika seseorang itu dikehendaki naik tidak ada seorang pun yang boleh menahannya, begitu juga jika sudah sampai masa seseorang itu jatuh tidak ada kuasa atau tangan yang mampu menahannya. Sewajarnya kita saling bantu membantu bukan saling batu membatu.

Pengkhususan kerja dalam pembuatan keris di Kelantan

Industri keris di Kelantan agak unik berbanding negeri-negeri lain. Ini kerana terdapat hubungan erat antara tukang-tukang yang mempunyai kemahiran berbeza. Dalam pembuatan keris terdapat beberapa langkah antaranya ialah menyiapkan bakalan. Kerja menyiapkan bakalan hanya boleh dilakukan oleh tukang/pandai besi menggunakan dapur dan tukul. Manakala kerja mencanai, mengikir dan melurah boleh dilakukan oleh tukang besi dan tukang-tukang lain yang tidak memerlukan kemahiran menempa besi. Begitu juga proses memasukkan cicak, ia biasanya dilakukan oleh tukang besi yang mahir agar tidak nampak lubang di antara dua besi. Begitu juga kerja menyarung keris dan membuat hulu. Kadang-kadang ia juga diasing-asingkan bergantung pada kemahiran dan pengkhsusan kerja tukang. Jadi gabungan beberapa tukang mahir diperlukan untuk sebilah keris yang cantik dari Kelantan.