Ibarat seorang manusia... Ada isi dan ada kulit. Ada tubuh dan ada pakaian. ada kepala dan ada kaki. Nampak cantik jika ada kesimbangan. Nampak hebat jika dibuat dengan bahan-bahan berkualiti dan mendapat sentuhan tukang yang faham. Namun.... adakah pemilik dan pencinta keris faham, kualiti diri lebih penting daripada kualiti keris. Kualiti isi sepatutnya setanding dengan kualiti kulit.
Tuesday, December 27, 2016
Thursday, October 20, 2016
Teliti
Jangan mudah percaya, siasat dulu sebarang berita. Lihat dulu si pembawa berita. Jika mereka jelas orang-orang yang fasik. Abaikan sahaja.
Posted by Mohd Nasir at 4:06 PM 0 comments
Monday, September 05, 2016
Pragmatik
Pragmatik ni ibarat pok ko angguk. Dia berubah kalar sokmo-sokmo. Bagi ambo pulak dan kita kata kambing tetap kambing walaupun terbang.
Posted by Mohd Nasir at 2:33 PM 0 comments
Sunday, September 04, 2016
Redha
Jalan terus, kau cuma makan nasi dalam satu pinggan je sekali makan. Usah dirisau akan rezeki orang. Ingat rezeki kau hanyalah yang dah masuk kemulut dan kau telan serta hadam, rezeki kau juga ialah pakaian yang membalut tubuhmu pada waktu ini. Yang lain redha sahaja atas ketentuan Allah.
Posted by Mohd Nasir at 2:40 PM 0 comments
Sahabat sejati
Tidak ramai yang mampu menjadi sahabat sejati sepanjang perjalanan hidup kita. Kita mungkin mempunyai ramai kawan dalam sekerja, ramai rakan persatuan, rakan-rakan kedai kopi, kawan-kawan sehobi, kawan-kawan dalam perniagaan. Namun untuk mendapatkan sahabat sejati boleh dikira dengan jari.
Posted by Mohd Nasir at 2:37 PM 0 comments
Sunday, August 07, 2016
Friday, August 05, 2016
Proses pertama
Proses pertama sebelum keris ditempa ialah memilih dan mengumpul besi. Proses ini juga bergantung kepada pemahaman dan kemapuan untuk mendapatkan jenis-jenis besi tertentu. Pada asasnya terdapat dua jenis besi yang digunakan. Ia itu bahan baja dan besi-besi lain sebagai pamur atau bukan pamur. Baja diselit pada bahagian tengah bakalan. Manakala bahan pamur pula bergantung kepada warna-warna besi yang dilipat berulangkali.
Di sinilah bermulanya penerapan ilmu tukang dan penempah. Jenis besi, jenis pamor, bentuk keris, saiz keris dan petua-petua diterapkan pada peringkat bakalan lagi....
bersambung.....
Posted by Mohd Nasir at 4:29 PM 0 comments
Monday, August 01, 2016
Sudut pandang
Membicarakan sebilah keris biasanya akan menimbulkan sudut pandangan yang berbeza mengikut individu yang menilainya. Pandangan itu berbeza berdasarkan ilmu, kepentingan dan tujuan seseorang ke atas sesebilah keris.
Bermulanya keris ialah apabila ada keinginan daripada pandai keris atau penempah. Bagi pandai keris serta peserta hiliran dalam industri keris ( jika boleh dikatakan industri) kerja pembuatan keris dan aksesorinnya adalah untuk mempastikan dapur berasap serta kelangsungan hidup keluarga berterusan.
Pagi penempah pula ada yang meminati keris untuk koleksi seni mereka. Golongan pengumpul biasanya ialah golongan berada yang berkemampuan. Semakin "berada" semakin tinggi citarasa seni mereka. Keris-keris berkualiti zaman dahulu banyak berada ditangan kolektor-kolekter tersohor. Ini kerana bukan kecik anak pengorbanan kewangan untuk memiliki keris-keris berkualiti dalam jumlah yang banyak.
...... bersambung
Posted by Mohd Nasir at 6:04 PM 0 comments
Saturday, July 30, 2016
Rugi
Perjalanan beribu batu tak bermakna apa-apa jika tidak ada di dalamnya nasihat pesan memesan kearah jalan pulang mengadap Ilahi
Posted by Mohd Nasir at 9:48 AM 0 comments
Anak alang setapak kaki antik RM900.00 ( SOLD )
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 10 inci
Hulu, sampir dan batang sarung kemuning
Pendokok tembaga
Posted by Mohd Nasir at 5:58 AM 0 comments
Monday, July 25, 2016
Jangan lemas atas darat
Ramai lemas atas darat. Mulut meracau-racau seolah-olah sudah dzuk dan sampai makam wali. Mereka yang sedang berenang tak ada masa untuk bercakap.
Posted by Mohd Nasir at 2:16 PM 0 comments
Wednesday, July 13, 2016
Tasauf vs ilmu hakikat
Ramai keliru. Umum menyangka mereka sudah memasuki alam menuntut ilmu hakikat sedangkan mereka hanya ditimpa oleh mimpi2 indah dan bersangka-sangka sahaja.
Posted by Mohd Nasir at 4:23 PM 0 comments
Serba boleh
Memang hebat umat Melayu hari ini
Semua boleh. Mengaji boleh, bersayatah boleh, berzanji boleh, menyanyi dan buat maksiat pun boleh.
Posted by Mohd Nasir at 6:26 AM 0 comments
Monday, July 11, 2016
Tak solat berdosa
Ketika usia ambo masih mentah, ambo pernah diajukan satu persoalan yang memeningkan kepala. Seorang tua di kampung kata " tak solat berdosa, solat pun berdosa"... pening palo jugak ambo dok mikir pada masa tu. Jawapannya ialah kena belajar dan buat sesuatu dengan ilmu dan berguru.
Posted by Mohd Nasir at 6:31 AM 0 comments
Sunday, May 22, 2016
Undur
Mengaji bertahun-tahun, jelas sudah mana qadim, mana muhadas. Jelas sudah mana zahir mana batin. Mana halal mana haram. Akhir pening, balik semula masuk dalam sarang was-was . Percaya bukan-bukan padahal bukan tak ada pengalaman.
Posted by Mohd Nasir at 12:48 PM 5 comments
Bersungguh-sungguh
Orang tua selalu berleter, ngepek. Kalu buat kerja kena bersungguh. Kerja yang ala kadar ibarat melepaskan batuk di tangga. Tak ada bekas dan kesan apa-apa.
Posted by Mohd Nasir at 12:30 PM 0 comments
Friday, April 01, 2016
Thursday, March 31, 2016
Bersilat
Akhir bersilat bukan dengan sepak terajang tetapi dengan Kalimah Tauhid . La ila haillallahu Muhammadarrasulullah. Sehebat dan setangkas mana pun langkah semasa berpencak jika tewas di akhir kalam tidak berguna.
Posted by Mohd Nasir at 6:17 PM 1 comments
Wednesday, March 30, 2016
Merenung Kebesaran Allah
Melihat kebesaran Allah melalui alam. Alam terbahagi dua untuk direnung. Ada alam besar dan ada alam kecil. Kedua-duanya memberi manafaat jika dilihat dengan mata fikir dan akal yang jernih. Namun tiada kesudahannya jika tidak dilihat dan direnung alam kecil iaiitu hakikat diri insan itu sendiri. Ini kerana manusia ialah sebaik-baik kejadian.
Posted by Mohd Nasir at 5:46 PM 0 comments
Tuesday, March 29, 2016
Alang Patani Antik RM1000.00 termasuk pos laju dalam semenanjung (SOLD)
Add caption |
Add caption |
Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok tembaga
antik keseluruhan
Posted by Mohd Nasir at 5:50 AM 4 comments
Saturday, March 26, 2016
Sunday, March 20, 2016
Rindu
Berkongsi pandangan anak buah. .......Katanya rindu pada tuhan....apa yang kau rindukan kalau fardhu ain pun tak kau selesaikan. Kau brcakap pasal rindu tuhan ketika kau masih bergelumang dalam hadas kecil dan hadas besar.
Posted by Mohd Nasir at 12:37 AM 2 comments
Saturday, March 19, 2016
Lawi Ayam - Rahsia bangsa Melayu
Orang-orang Melayu terdahulu juga jarang melakukan persembahan atau demonstrasi di tempat kahwin atau keramaian bagi permainana lawi ayam. Ini kerana permainan lawi ayam bukan jenis senjata yang terhunus untuk dipertontonkan. Apatah lagi sifatnya yang tidak langsung menyerlah. Adalah tidak logik apabila seorang penyerang tangan kosong terus melancarkan serangan tangan dan kaki tatkala melihat lawannya bersenjatakan kerambit.
Bahagian tajam pada mata kerambit yang disepuh sekadar satu inci sudah cukup untuk merobek dan melukai kulit musuh. Lawi ayam tidak perlu setajam pisau sembelih atau pisau lapah. Ini kerana senjata orang Melayu ialah senjata yang kejam. Ia memberi kesakitan dan bisa kerana seretan hujung kerambit yang tidak terlalu tajam. Jika terlalu tajam musuh tidak sedar ia telah terluka akibat hirisan senjata dan akan terus melawan. Sebaliknya bila ia sedar ia telah cedera kemungkinan untuk menamatkan serangan atau melawan adalah lebih tinggi. Generasi lama silat sentiasa memegang teguh rahsia permainan lawi ayam / kerambit kerana menganggap ia adalah rahsia Melayu. Zaman sudah berubah, lawi ayam / kerambit kini sudah menjadi senjata popular bukan sahaja bagi bangsa Melayu dan Nusantara tetapi sudah menjadi kelengkapan wajib bagi tentera USA, Australia dan Israel. Ironinya bangsa Melayu masih lagi fobia dan tergagau-gagau dan berpolemik apakah beza antara kerambit dan lawi ayam.
Posted by Mohd Nasir at 7:32 AM 0 comments
Friday, March 18, 2016
Lawi ayam Rm120 termasuk pos laju dalam Semenanjung ( SOLD)
Posted by Mohd Nasir at 3:49 PM 0 comments
Parang Lading RM300 termasuk pos laju dalam semenanjung
Panjang kesluruhan 19 inci
Panjang bilah mata 13 inci
Hulu sena ( cat hitam)
Sarung kayu sentang.
Temim tembaga
Posted by Mohd Nasir at 5:56 AM 1 comments
Monday, March 07, 2016
Amalkan
Posted by Mohd Nasir at 5:02 PM 0 comments
Sunday, March 06, 2016
Bercakap
Jangan kita mulakan perjalanan mengenal diri kita dengan banyak menghentam orang lain. Tumpukan perhatian untuk membaiki diri sendiri dengan penuh azam dan istiqomah. Bukan dengan rasa dendam, marah dan tidak puas hati.
Posted by Mohd Nasir at 4:39 PM 0 comments
Tajam
Bercakap bab tajam. Ramai bila berasakan pisau parang mereka tajam, mula menakir dan menebas. Perlu diingat pisau lapah bukan untuk tetak batu atau kayu. Kayu tak terjejas pisau pulu yang rongak ropong.
Posted by Mohd Nasir at 4:25 PM 0 comments
Saturday, March 05, 2016
Masa untuk bersendirian
Pentingkan diri sendiri. Potong mana yang patut. Kerat mana yang perlu.
Posted by Mohd Nasir at 3:06 PM 0 comments
Hipokrit
Ramai yang hipokrit. Ibarat menanam tebu di tepi bibir. Dengan diri sendiri pun kita berbohong, apatah lagi dengan orang lain
Posted by Mohd Nasir at 3:04 PM 0 comments
Monday, February 22, 2016
Mengajar
Mengajarlah jika pandai...belajarlah jika ingin pandai. Mengajar jangan pandai-pandai. Ada cara ada pandainya.
Posted by Mohd Nasir at 5:15 AM 0 comments
Sunday, February 21, 2016
Friday, February 19, 2016
Demi masa
Banyak masa yang disia-siakan kerana mengadap teknologi masa kini.
Posted by Mohd Nasir at 9:16 PM 0 comments
Thursday, February 18, 2016
Tanah Melayu
Jangan sesekali dilepaskan tanah keramat ini kepada kafir
Posted by Mohd Nasir at 5:45 PM 0 comments
Wednesday, February 17, 2016
Mencari sibuk
Sering tertanya-tanya. Berapa banyak lagi kesibukan yang akan aku kumpulkan.
Posted by Mohd Nasir at 6:58 PM 0 comments
Saturday, February 06, 2016
Bijok
Tinggalkan sekejap cerdik dan pandai demo bila memasuki jalan menuntut. Kalu dah cerdik apa lagi yang nak dituntut.
Posted by Mohd Nasir at 9:09 AM 0 comments
Kaedah
Cukuplah ambik rasa
Jangan ambik selesa
Menuntutlah dengan rela
Bukan kerana dipaksa
Posted by Mohd Nasir at 9:04 AM 0 comments
Wednesday, January 20, 2016
Syariat dan hakikat
Allah dan Muhammad
Musa dan Khaidir
Roh dan jasad
Zahir dan batin
Nyawa dan badan
Hidup dan mati
Posted by Mohd Nasir at 6:40 AM 0 comments
Indahnya
Bila dibukakan rahsia itu pada mu, maka gengamlah dengan erat. Simpan kemas-kemas kerana ia adalah amanah.
Posted by Mohd Nasir at 6:35 AM 0 comments
Sunday, January 17, 2016
Susah mahu cakap
Susah mahu cakap semua perkara, kerana kita bukan arif dan pakar dalam semua perkara. Cakap bila perlu sahaja. Diam lebih baik.
Posted by Mohd Nasir at 5:27 AM 0 comments
Friday, January 15, 2016
Jarak
Jarak
Tidak pernah memisahkan
Tidak pernah menyusahkan
Tidak pernah yang menyakitkan
Tidak pernah mendustakan
Tidak pernah mungkir
Hati dan nafsu penentu
Posted by Mohd Nasir at 3:34 PM 0 comments
Keliru
Mencari jalan pulang banyak yang tersasar. Ada yang masuk lubuk tapi senyum kerana terjumpa banyak ikan yang baik-baik. Ada yang jatuh longkang tapi tertawa kerana jumpa air yang mengalir. Ada yang masuk semak tapi gembira keran jumpa banyak pucuk muda.
Posted by Mohd Nasir at 3:13 PM 3 comments