sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, December 25, 2014

Allahuakbar

Tuhan mengatur segalanya. Namun manusia perlu berusaha dan beriktiar . Ringan sama dijinjing berat sama dipikul.

Monday, December 22, 2014

Indahnya Air Tangan Tukang-Tukang Melayu Kelantan

Add caption
Add caption


Add caption




Majlis Ilmu

Duduk dalam majlis ilmu lebih baik kerana tedapat mutirara dan permata ilmu yang boleh dikutip walaupun sedikit.

Friday, December 12, 2014

Kembali ke pangkal jalan

Hidup dikelilingi oleh pusaka bangsa. Tapi hilang arah pusaka agama. Hebat berkata-kata dalam sejarah bangsa tapi pudar bila disebut syariat Islam. Banggga dengan busana bangsa tapi soal aurat dipandang remeh. Mana hala kita jika tak sepadu sekata.

Thursday, December 04, 2014

Menuntut...

Janganlah macam nak harapkan yang pipih datang melayang yang bulat datang bergolek. Hargai masa lapang kaya, muda dan rezeki kita.

Jambatan

Bagaimana engkau nak ke seberang jika tiada jambatan terbentang di hadapan.

Mencari sinar

Hobi mengumpul senjata tradisi merupakan hobi yang boleh menyambungkan kita dengan sejarah silam bangsa. Namun bukan semua yang kita warisi itu harus ditelan buta-buta. Bersamanya mengalir ilmu-ilmu syirik, khurafat dan unsur-unsur penipuan. Mereka yang bijak ialah mereka yang meletakkan tauhid dan aqidah benar paling atas. Dalam alquran mengatakan besi itu ada kekuatan dan kelebihan, namun ianya bergantung pada aqidah kita. Jika di dalam permainan ilmu besi itu jelas membawa kita kepada kerosakan aqidah maka lebih baik kita buang jauh-jauh dari hidup kita.

Friday, November 28, 2014

Lok 3 Selit RM650.00 ( SOLD )

Add caption
Add caption

Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 9 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang sarung serian

Thursday, November 27, 2014

Meracau...

Apa yang kita cari sampai meracau-racau. Berlapang dada lagi molek. Fikir dengan tenang dan cari balik asal tujuan.

Wednesday, November 26, 2014

Melela lok 7 baru RM900 ( SOLD ) DSKUM

Add caption
Add caption


Add caption
Melela baru lok 7
Panjang keseluruhan 19
Pajang bilah 13 inci
hulu/sampir /tapak kemuning
batang sarung sena




Melela Tulang bulat baru RM900.00 ( SOLD ) przam.

Add caption
Add caption
Add caption

Melela baru tulang bulat
Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 12 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
batang sarung sena


Rencong Antik RM2700.00 (SOLD)

Add caption
Add caption
Add caption


















Panjang keseluruhan 14 inci
Hulu gigi ikan antik
Kemasan perak antik
Panjang bilah 10.5 inci

Tuesday, November 25, 2014

Meraikan Persahabatan

Alhamdulillah kita diberikan peluang bersahabat. Namun persahabatn ada harganya. Bertolak ansur dan berlebih kurang adalah kuncinya.

Wednesday, November 12, 2014

Kental

Tak perlu menumpang dan bergantung harap pada manusia. Walau bagaimanapun rezeki Allah itu berjalan atas tangan-tangan manusia sebelum masuk kemulut seseorang hambanya. Sehubungan itu berbuat baiklah pada sesama manusia. Jangan pula sesekali menyekat atau mengambil hak orang lain dengan jalan yang tidak benar.

Friday, November 07, 2014

Berjalan tanpa pedoman

Perjalanan walaupun singkat tetapi perlukan panduan. Malam yang gelita kalau diredah tanpa cahaya pasti akan melukakan diri sendiri. Ilmu itu cahaya kehidupan

Saturday, November 01, 2014

PENGUMUMAN KEPADA SAHABAT YANG BERKENAAN

Hubungi saya dengan segera. Badik tempahan sahabat telah siap. Badik lurah sarung kemuning hitam.

Maaf kerana nombor telefon telah terdelete.

Keris Gelanggang Berpamor RM380.00 (SOLD)

Add caption
Add caption


















Panjang keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 9.7 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Friday, October 31, 2014

Alang RM900.00

Add caption
Add caption
Add caption

Panjang keseluruhan 26.5 inci
Bilah 20 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sena














Tok Chu Selit RM1200.00 SOLD

Add caption
Add caption
Add caption


















Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 8 inci
Besi Hitam
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Pendokok Tembaga

Melela Lok 5 RM1750.00

Add caption


Add caption

panjang keseluruhan 17 inci
bilah 13 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Monday, October 27, 2014

Kalut

Kalut mengutip sesuatu yang bakal ditinggalkan. Yang perlu dibawa tak dipedulikan.

Sunday, October 26, 2014

Teras kemuning hitam.... RM500.00


Add caption

Berat lebih kurang 2kg. Bentuk semulajadi.

Bersanad...

Molek amat kalau apa yang kita pelajari itu bersanad. Dalam seni tradisi pun begitu jua. contohnya apabila kita belajar ilmu silat, tidaklah ia jadi reka-rekaan atau ciptaan baru. Namun dalam ghairah kita nakkan ilmu yang bersanad, kita kadang-kadang lupa ilmu fardhu ain kita tu bersanad ke tidak? atau cuma ikut ikutan dari ilmu semasa kita belum aqil baligh. Pakat-pakat fikir kalu ada manafaatnya. Sanad ilmu silat belum tentu dipersoal di akhirat tapi solat kita sapa yang nak bertanggung jawab.

Monday, October 20, 2014

Basuh

Basuh berak kita bersih-bersih dahulu sebelum sibuk nak bersihkan laman orang.

Sunday, October 12, 2014

Seram sejuk...

Bersembang dengan beberapa kenalan tentang barang-barang "power". Menurut seorang sahabat ada satu batu permata yang apabila dipegang bulu romanya meremang dan terasa "seriau". Ambo pun rasa kagum kerana kesungguhanya bercerita . Tamat cerita dia ambo pun bertanya, setakat mana kepentingan meremang bulu roma kalau kita lihat dari sudut hubungan hamba dengan Tuhan dalam mencari redhaNya. Apa yang kita dapat dari meremang bulu roma tadi, dapat pahala, dapat ilmu atau kita hanya dapat beli dengan harga yang mahal. Cerita tamat setakat itu sahaja tanpa jawapan.

Monday, October 06, 2014

Hilang

Hilang


Cari
Entah apa yang dicari
Pelik,
Katanya mencari jalan balik
Tapi ku lihat kau cari batu
Katanya mencari jalan Tuhan
Tapi ku lihat kau gila kayu
Katanya mencari jalan kematian
Tapi ku lihat kau gila besi

Hilang,
Apa yang hilang?
Jalan kebenaran tidak pernah hilang
Cuma kau salah jalan
Cuma kau salah pedoman
Cuma kau hanyut dalam kilau-kilauan

 Menuntut,
Apa yang engkau tuntut?
Kau ingin menuntut kitab-kitab tebal
Kau ingin menuntut ilmu pendekar
Kau ingin menuntut pakaian para wali
Soalku, sudah bersunat atau belum?
Kalau udah, belajar syahadah dulu,
kemudian belajar wuduk,
kemudian belajar solat.

Usah kau cakap cerita-cerita wali
Usah kau ucap cerita-cerita keramat
Gosok dulu gigi sendiri
Syahadah satu nafas jangan putus .

Berkarya

Tukang yang arif biasanya akan menumpahkan pegangan agama yang dianutinya dalam karya-karya mereka. Begitu juga dalam seni bela diri. Setiap senibela diri akan menerapkan anutan agama masing-masing dalam seni tempur mereka. Justeru itu fahami betul-betul apa yang akan kita buat dan apa yang kita belajar.

Saturday, October 04, 2014

Puas

Tidak akan puas hati insan selagi mereka masih memburu hiasan-hiasan dan permainan mata.

Wednesday, October 01, 2014

Tidak selesai

Dalam kehidupan seringkali kita tinggalkan sesuatu tanpa keputusan atau penyelesaian. Rasa kebertanggungjawaban terhadap perbuatan telah kita campak dalam tong sampah. Jika ia melibatkan hak orang lain maka kita mesti bertindak menyelesaikan amanah dan tanggungjawab dengan kadar yang segera.

Monday, September 29, 2014

Berkawan-kawan

Susahnya mencari manusia yang boleh dibuat sahabat. Ramai yang cuma boleh dibuat kawan dan teman sahaja. Ada juga yang boleh di buat "saing".

Sunday, September 28, 2014

Nasihat

Teruja dengan pesanan seorang sahabat dalam dunia perkerisan. Antara lain katanya ialah tidak pernah termaktub secara tetap yang tak boleh dilanggar dalam hobi perkerisan. Tidak ada sesuautu yang semestinya begini dan begitu kerana ia adalah senjata yang ditempa oleh manusia dan bersifat baru. Batas yang perlu dijaga ialah syariaat dan tauhid, bukannya kreativiti dalam seni.

Saturday, September 27, 2014

Hobi anak jantan

 Berkeris dan senjata tajam merupakan hobi anak jantan. Namun amat rugi jika hobi ini hanya selapis sahaja. Ramai yang mencari isi keris, tapi hakikat sebenar dalam hobi anak jantan ini ialah mencari rahsia diri. Pertemuan dan sembang bab keris jika hanya menelusuri soal  kayu dan besi tak akan ke mana. Pandai-pandailah membawa diri dalam hobi anak jantan ini. Yang hidup pasti mati.

Usah terburu-buru

Jangan mudah membuat tanggapan dan penilaian. Tanpa ilmu dalam sesuatu bidang baik kita bertanya dahulu. Siapa kita nak bandingkan mereka yang membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang.

Wednesday, September 24, 2014

Bukan sekadar kata-kata

Manis mulus kata-kata tidak akan bawa kita ke mana-mana. Ilmu hakikat bukan sekadar untuk berkata-kata bagi menunjukkan kita tahu tapi lebih jauh dari itu. Lebih baik diam dan menuntut dengan cara berlaga lutut dengan guru dari memakai topeng orang alim sedangkan kita umpama pinang muda yang tak boleh dimakan.

Terlebih cakap

Fenomena sahabat-sahabat yang dalam perjalanan mencari jalan pulang. Sebaik sahaja bertemu jalanNya mereka mulai kalut. Kaget, kagum dan akhirnya meracau-racau. Semua orang nak diberitahu bahawa mereka baru bertemu jalanNya. Semua jalan orang lain tidak lurus, tak cantik dan tak betul. Maka sibuklah mereka berkata-kata siang malam pagi petang di segenap warung, kedai kopi dan tempat awam. Alahai ....

Tuesday, September 23, 2014

Topeng

Alangkah kasihannya apabila orang awam bertopengkan ahli hakikat dan makrifat. Sedangkan ahli hakikat dan makrifat pula bertebaran dalam orang awam berjubahkan syariat.

Monday, September 22, 2014

Kaedah menuntut

Syarat :
1. Bawa lebih dari dua telinga
2. Mulut selalu kena off, bila perlu sahaja on
3. Bersungguh-sungguh
4. Menuntut untuk beramal bukan untuk berceramah

Saturday, September 13, 2014

Saras RM650.00 ( SOLD )

Add caption

Panjang keseluruhan 18 inci
Panjang bilah 12.2 inci
Ulu/sampir kemuning
batang sarung sena


Friday, September 12, 2014

Saras Lurus RM900.00 SOLD

Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 12 inci
Hulu /sampir kemuning
Batang sarung sena

Tuesday, August 19, 2014

Meninjau-ninjau

Seringkali kita mlihat terlalu jauh ke hadapan. Hinggakan tak terjangkau oleh kudrat tulang empat kerat kita. Semuanya mahu hebat. Ambo syorkan kejarlah yang di atas batang "erong kita".

Friday, August 15, 2014

Keliru


Bukan mata benda yang kita cari, bukan juga harta, bukan juga besi kayu dan batu. Itu semua hanyalah permainan sepanjang jalan. Mencari rezeki halal dan juga mencari rezeki untuk memudahkan ibadat. Jangan sesekali  lupa bahawa besi batu dan kayu  itu kadang kala boleh menyebabkan hati kita berbelah-belah.

Berapa yang kita dapat

Tak banyak mana pun yang kita dapat. Jualan barangan yang disulami dengan cerita-cerita bohong dan syirik hanya akan merosakkan diri sendiri.

Sunday, July 20, 2014

Sepatah selidah

Jangan di tangguh-tangguh. Mati tak bertangguh. Tahu berbeza dengan faham. Faham berbeza dengan amal. Bila nak mulakan perjalanan....

Sunday, July 06, 2014

Semuanya berkhasiat...

Berpada-padalah dalam berjualan. Memang semua benda dijadikan Allah Taala mempunyai faedah. Tapi janganlah kita ambik semua batu dan kayu untuk digantung, dipakai dan diyakini sebagai mempunyai energy atau power. Jangan nanti suatu hari kita akan ditertawakan oleh anak-cucu kita kerana sikap melampau kita.

Monday, June 30, 2014

Pandangan dan pendapat

Pelbagai pandangan dan pendapat apabila timbul sesuatu isu. Namun tidak semua pendapat sesuai dengan selera dan pengajian kita. Dengar, kaji, teliti dan buat tapisan. Tapisan utama ialah tapisan Tauhid.

Saturday, June 28, 2014

Manisnya sabar

Ujian dari Allah s.w.t adalah untuk hambanya. Alhamdulillah.

Sunday, June 22, 2014

Kuku rimau Rm150.00 ( SOLD )


Bilah  2.5 inci. Hulu sampir kemuning hitam. Sarung kemuning emas. Bilah berlurah disepuh. Temim tembaga.

Tuesday, June 03, 2014

Di mana bermula dan berakhir hobi kita

Jangan sesekali ikut-ikutan. Janhan sekali kita berdasarkan agak-agakan. Semuanya mesti jelas, faham, bermatlamat dan yang paling penting atas landasan tauhid yang benar

Monday, June 02, 2014

Berat sebelah

Bahagian dunia kau sanggup bersengkang mata atas nama Melayu. Bahagian akhirat cukuplah ilmu masa belajar di sekolah rendah atas nama Islam.

Thursday, May 29, 2014

Teruskan .....

Sama ada mahu atau tidak perjalanan ini akan diteruskan sehinggalah bertemu titik noktahnya. Suka atau tidak kita akan terus bergerak ke hadapan. Bertuahlah mereka yang berjalan, sengsaralah mereka yang di tarik songsang untuk meneruskan perjalanannya. Kita tetap akan diuji sama ada dengan cara kita berada dilandasan ilmu atau tidak. Jika berilmu bertuahlah kita, jika tak berilmu celakalah kita.

Saras Baru RM800.00 (SOLD)

Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13.7 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban

Tuesday, May 20, 2014

Lok 7 besi sebatang RM700.00 (SOLD )

Add caption

Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13.8 inci
Hulu/sampr/tapak kemuning
Batang sarung halban

Saturday, May 17, 2014

Keris dan manafaatnya

Apa manafaatnya hobi keris pada agama anutan kita. Sekadar suka-suka sebagai hobi atau sekadar mencari kemegahan.

Ilusi

Niat tanpa buat hanyalah ilusi tanpa manafaat.

Berundur....

Seringkali terdetik di hati untuk berundur dalam aktiviti berpesatuan dan NGO gabungan persatuan silat. Masa akan menentukannya.

Thursday, May 15, 2014

Guru

Engkau Guru dek tekunmu sebagai murid
Engkau Guru dek  taat mu sebagai murid
Engkau Guru dek  yakin mu terhadap ilmu guru
Engkau Guru dek  sabarmu mengadap guru
Engkau Guru dek bukan hasratmu menjadi guru
Engkau Guru dek tegar melayan karenah guru

Guru sebenar guru ...

Saturday, May 10, 2014

Alang kelantan Rm1200 (SOLD)

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption




















Add caption


Panjang keseluruhan  24 inci
Bilah 19 inci
hulu tanduk kerbau
sampir kemuning
pendokok tembaga
batang sarung sena
keseluruhan antik