sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, August 31, 2012

Tempahan khas sahabat - hampir siap ( SOLD )



Ada caranya...

Bertawakkal, berserah bulat-bulat pada Allah tapi bagaimana? Semua itu perlukan ilmu, bukan sembrono dan main ikut-ikut sahaja. Bertawakkal dalam pertempuran ialah dengan belajar ilmu bela diri, bertawakkala dalam hidup ialah dengan berusaha keras mencari rezeki dan taat pada perintah Allah. Berserah bulat pada Allah setelah memahami iktiqad yang jazam.

Sesak nafas...

Jangan diisi dada dengan dengki dan cemburu, ia akan menyesakkkan nafas sendiri. Akhirnya kerja kita ialah mengendap dan mencari salah orang. Pada mata kita semua dah jadi tak betul, orang bercakap salah, orang diam salah. Orang berjualan salah, tak berjualan juga salah. Ingatlah, hidup ini sekejap cuma, lebih baik masa yang singkat ini kita gunakan untuk menuntut ilmu fardu ain, mencari rezeki yang halal dan juga berehat.

Thursday, August 30, 2012

Sudah dimiiki - SOLD

Add caption

Hidangan hari raya pertama untuk sahabat-sahabat.

Tunggu spray aje....

Add caption

Panjang keseluruhan 28 inci.
Bilah 17 inci
Ulu 9 inci
Ulu sarung kayu halban
Besi hss 18 %.  Made in Germany

Hampir siap... HSS 18



Maaf pada teman-teman, banyak pangilan telefon, sms dan email tak dibalas. Ambo sedang seronok menyiapkan pedang-pedang tempahan sahabat menggunakan bilah HSS 18. Walaupun besinya agak melampau dari segi harga tapi permintaan terhadap pedang ini juga semakin melampau-lampau. Mohon maaf juga kerana kurang upload foto dalam blog, sibuk dan banyak buat sale kat rumah... kunjungan sahabat sempena raya. Alhamdulillah. Kepada penempah-penempah kerambit juga ambo harap agar bersabar.

Tuesday, August 28, 2012

Mood Bertukang

Pedang bilah HSS 18.

Sunday, August 26, 2012

Kembali....

Kepada yang masih daam mood raya, selamat hari raya. Namun walau apa pun yang kita lakukan, letakkan Allah di tempat paling atas. Segala kuasa, pergantungan dan tujuan biarlah berpaksikan kepada Allah. Dalam keghairahan kita berkawan-kawan jangan lupa pada perjuangan asal kita, iaitu mencari jalan kembali kepada Tuhan, selain  itu hanyalah sangkaan dan permainan semata-mata. Semoga permainan dan dunia ciptaan kita tidak mengurangkan ingatan kita pada Allah. Selamat "berkawan-kawanan".

Sunday, August 19, 2012

Thursday, August 16, 2012

Lebih baik diam

Diam itu lebih baik.

Wednesday, August 15, 2012

Selit-selit (SOLD)





Bohong

Tidak ada faedahnya berbohong. Sayang sekali jika orang yang kita hormati berbohong kering dengan kita.

Tuesday, August 14, 2012

Relak jap...

Dalam kesibukan nak menyambut raya, saya kurangkan aktiviti pengiklanan keris dalam blog. Bukan tak nak berniaga tapi nak kurangkan menggoda sahabat-sahabat sekalian. Semoga ramadhan dan syawal tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Selamat berpuasa dan selamat menyambut raya.

Thursday, August 09, 2012

Teruja...

Anak-anak yang baru pandai mengayuh basikal selalu terlebih ghairahnya. Dari pagi sampai ke malam nak dikayuhnya.  Semua kerja nak dibuat bersama basikalnya, semua orang nak ditunjukkan basikal barunya. Begitu juga sahabat-sahabat yang baru jumpa "guru" dan jumpa "jalan", mulut dan tingkahlakunya selalu penuh dengan aktiviti "berguru" dan "berjalan". Risau juga kalau-kalau suatu hari nanti basikal itu jadi usang dan terperuk di dalam stor sahaja tanpa siapa pun yang sudi melihatnya lagi.

Cincin Raya sahabat


Wednesday, August 08, 2012

Tercengang.....

Hulu tajong telok hala sahabat-sahabat siap di perakkan.

Kerjanya menabur pasir....

Kerja sambilannya ialah menabur pasir dalam periuk nasi orang.  Ketawa mengikek bila orang susah tak dapat makan. Mereka  terlupa bini di rumah tak ada beras untuk dimasukkan dalam periuk.

Tuesday, August 07, 2012

Sama tak serupa

Kita mungkin belajar perkara yang sama, dari guru dan sumber yang sama, tetapi pencapaian kita mungkin tidak sama. Kadar "berjaya" kita bergantung pada setakat mana keyakinan hati kita pada Allah bukan setakat mana mulut kita menguar-uarkan pada khalayak. 

Monday, August 06, 2012

Sembang-sembang dengan guru ...

Intipatinya: Ramai yang belajar di kedai-kedai kopi, atas wakaf dan juga melalui cd-guru . Tak kiralah di manapun kita belajar yan penting sekali kita memahami adab dan cara berguru. Kita faham hak murid dan kita juga faham hak guru. Cakap banyak tak guna, yang penting sentiasa cari jalan untuk memperbaiki diri sendiri dan tidak sibuk untuk memperbaiki dan campur tangan urusan orang lain.

Juadah berbuka hari ini


Sunday, August 05, 2012

Mencabar diri...

Add caption
Add caption



Saturday, August 04, 2012

Lihat dan fikir

Seringkali mulut kita terlalu lancang. Semua perkara nak kita betulkan. Fikir dulu sebelum buat sesuatu, pandang sekeliling dan buat penilaian berkali-kali. Akhirnya tanya pada diri, siapa aku dalam soal ini, atau lebih baik angkat kaki dan duduk diam-diam.