sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, July 31, 2012

Sulung Tangan






Belum siap, untuk tontonan sahaja.

Badik berpamor



Panjang antara 4.5 inci hingga 5 inci

Sunday, July 29, 2012

Pintas...

Seorang sahabat mengeluh kerana tak dapat naik pangkat, katanya "dilintas/pintas oeh biawak". Elok juga kita biarkan sahaja kalau kita pun berebut untuk memintas takut jadi "biawak memintas biawak".

Makin banyak bohongnya...

Jadilah ambo sebagai pemerhati yang setia. Pemerhati kepada pemain-pemain wayang yang sedang berlakon memperbodohkan diri sendiri, berlakon sebagai pembohong dan berlakon sebagai pencuri. Namun setiap kali selesai pementasan jiwa makin kacau, rezeki makin kurang . Namun biarlah luncai terjun dengan labu-labunya .

Saturday, July 28, 2012

Tertusuk keris dalam kepala

Ramai yang tertusuk keris dalam kepala. Akibatnya keris mendapat kedudukan paling tinggi dalam kehidupan harian. Segaa-galanya yang berkaitan dengan kehidupan berpunca daripada pengaruh keris. Berpada-padalah dengan besi muda, nanti ia akan menyesatkan kita hingga lupa pada Yang Empunya Kuasa.

Thursday, July 26, 2012

Usah kalut

Buat kerja kita, berusaha. Usahlah kita ambik peduli dengan karenah-karenah manusia yang pelbagai ragam. Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Tempahan sahabat dah siap. (SOLD)


Untuk perhatian sahabat (SOLD)

Add caption
Add caption



Add caption
Add caption



Wednesday, July 25, 2012

Untuk perhatian sahabat ( SOLD )

Add caption
Add caption



Add caption
Add caption
Add caption




Belit

Makin banyak belit makin susah hidup. Jujurlah, senang cerita.

Untuk perhatian sdr Nik ( SOLD)

Add caption
Add caption

 Panajng keseluruhan 5.5 inci
Bilah 4 inci

Jamuan keris lepas terawih


Serunai Utara tatah perak




Tuesday, July 24, 2012

Alhamdulillah...

Syukur pada Allah kerana memberikan ketabahan hati pada mereka yang dalam perjalanan. Pelbagai ujian dan dugaan anggaplah sebagai anugerah Allah pada kita. Pegang kemas ajaran agama, ikut panduan guru , usaha dan tawakkal,  insyaallah jalan terang benderang berada hadapan kita.

Jangan.....

Jangan bergembira atas musibah musuh kita.

Mati

Mati itu pasti, namun sebenarnya kita hidup bersama mati. Tanpa "hayat" jasad akan membusuk. Jadi jangan ingat mati itu jauh...kita membawa mayat sendiri   sana ke mari setiap hari. Tersepak tunggulpun sebenarnya boleh memisah jasad dan roh kita... 

Monday, July 23, 2012

Sunday, July 22, 2012

Hidup bermasyarakat

Perlu ada lebih kurang, rendahkan nada suara, perlu belajar mendengar, beri peluang orang lain untuk bercakap, belajar menerima pandangan orang lain.

Saturday, July 21, 2012

Seronok berkarya...


Lawi ayam hulu kapit tanduk rusa


Friday, July 20, 2012

Keris dan cangkul

Ada orang bila pegang keris berdiri bulu rom..nya. Bila pegang keris terketar-ketar kerana isinya. Saya pula bila nampak cangkul fikiran mula melayang, teringatkan zaman kanak-kanak dan remaja yang begelumang dengan cangkul sepanjang tahun untuk mendapatkan sesuap nasi bersama keluarga. Sebilah keris pusaka yang disayangi  di dinding rumah tidak mampu untuk mengemburkan batas, tak mampu juga untuk menggali parit ketika hujan lebat menenggelamkan anak-anak tembakau di sawah.  Namun tahyul Melayu memang hebat, keris adalah segala-galanya dalam kehidupan hingga mempu menjadi elemen pemurah rezeki, pemanis dan penunduk. Allah pengampun lagi maha penyayang.


Jangan melekat...

Jangan lekatkan  dalam hati  mana-mana perhiasan dunia. Batu, kayu atau besi . Lekatkan dalam hati kita dengan ingatan kepada Allah s.w.t. Cakap senang, tapi berusahalah ke arah itu dengan latihan dan bimbingan insyaAllah kita akan berjaya. Allahuakbar

Silat dan politik persatuan

Bila politik dalam persatuan/pertubuhan dah melampau-lampau ramai yang jadi bosan. Mulanya nak menguasai persatuan, akhirinya persatuan jadi landasan dan batu loncatan untuk jadi YB. Semoga masih ramai lagi guru-guru yang ikhlas mengajar dan mendidik bukan sekadar mengherdik.

Rezeki

Bekerjalah dengan segala daya. Beribadatlah dengan segala ilmu. Berserah bulat kepada yang Maha Kuasa. Rezeki sudah ditetapkan oleh Allah, tetapi yang bulat tak akan datang bergolek yang pipih tidak akan datang melayang.

Perut lapar fikiran meracau

Jangan biarkan kelaparan menjadikan kita orang negatif. Tak cukup dengan sembang kita berilmu, tetapi perangai tak berapa senonoh, bila  lapar  mulut mula dipenuhi dengan caci maki.

Tuesday, July 17, 2012

Untuk perhatian sahabat (SOLD)



Soalan dan jawapan

Tidak semua soalan perlu dijawab. Jawapan kadangkala akan menimbulkan kekeliruan. Soalan pula ada pelbagai jenis. Ada soalan kerana betul-betul  tidak faham, ada juga soalan inginkan kepastian, namun ada juga soalan kerana ingin menguji kefahaman. Namun begitu setiap soalan pasti ada jawapannya. Yang pasti Allah itu nama bagi Tuhan.

Tempahan sahabat - (SOLD)


Untuk perhatian sahabat ( on hold ) zhm

Add caption
Add caption
Add caption



Sunday, July 15, 2012

Tempahan Khas - Gaya klasik tongkat teras gemunggal ( SOLD)

Add caption
Add caption




Tempahan khas sahabat

Add caption


Pasti

Iktiqad yang pasti tidak perlu berselindung-selindung. Uar-uarkan bahawa Allah itu satu dan tiada sekutu bagiNya. Bimbinglah anak-anak muda ke jalan yang benar. Jangan dimomok-momokkan dengan retorik dan khayalan pada mereka.

Saturday, July 14, 2012

Teruskan Melangkah

Betulkan Iktiqad kita. Teruskan ke hadapan walaupun merangkak. Ingatlah Tuhan itu satu, tidak dua dan tidak tiga. Walaupun engkau tinggal seorang diri, yakinlah bahawa tiada sekutu bagiNya. Tiada kayu, batu, besi yang berkongsi kuasa denganNya. La haulawala quwataillabilla hil aliyilaziim.

Friday, July 13, 2012




Keris di tempa tujuh selasa
Di tempa tukang alang kepalang
Jangan hidup diulit dosa
Kemudian hari berhati walang






Thursday, July 12, 2012

Badik Kelantan berpamor kayu buruk RM250.00 ( SOLD )



Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9.7 inci
Hulu sampir kemuning
batang sarung sena

Koleksi Peribadi

Add caption
Add caption

Add caption



Add caption


Monday, July 09, 2012

Ragam dalam bersilat...

Zaman sudah berubah.  Dulu murid mencari guru untuk mendapatkan ilmu, kini guru pula yang terkial-kial untuk mencurahkan ilmu dan terpaksa buat promosi menarik ahli baru.Apa sudah jadi ? Ramai yang berpendapat ini perlu kerana mengikut peredaran zaman dan perkembangan teknologi. Sejujurnya saya masih lagi berpegang kepada " perigi tak akan mencari timba".

Tak ke mana....

Mahu ke mana, cuba tanya hati kita. Perangai-perangai buruk yang berakar umbi dalam diri tidak akan membawa kita ke mana-mana. Akhirnya kita akan terperuk di sudut sepi membilang hari untuk di bungkus dan di tanam di dalam bumi.

Gundah gulana

Hati gundah bila poket kosong, hati ikut kembang bila poket kembang. Satu persoalan, apa kaitan "poket" dengan hati?

Mati semut....

Kaedah belajar dan mengajar yang silap boleh menjadikan dunia ini kelam kabut walaupun perkara yang diajar adalah benar. Ibarat semut yang dicampakkan atau dihempaskan dengan seguni gula. Maka gilalah semut itu akan gula tanpa dapat memakannya kerana sudah terperangkap dalam gula . Akhirnya semut itu akan mati dalam angan-anagan dan khayalan.

Saturday, July 07, 2012