sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, April 28, 2012

Ingatan seorang sahabat...

Ingat tuhan, jangan lagha.

Padat...

Esok sehari aje free... isnin hingga kamis out station.

Thursday, April 26, 2012

Pergaulan...

Silat  untuk menpertahankan diri dan mendidik akhlak. Sayangnya jika kita tidak ambik peduli tentang pergaulan bebas pesilat lelaki dan perempuan ia bakal menjadikan silat tempat bercengkerama dan gurau senda.

Silat dan haiwan

Manusia meniru pergerakan haiwan kemudian dipraktikkan dalam beladiri dan silat. Namun jangan sesekali kita ingin menjadi haiwan. Manusia itu sebaik-baiik kejadian.

Monday, April 23, 2012

Untuk perhatian sahabat ( SOLD )


Syukur

Limpah rahmat Allah pada hambanya tidak ternilai, Alhamdulillah. Terfikir  kadangkala kerja kita tak setimpal dengan ganjaran gaji yang kita terima. Mulut kita pula banyak bersungut, itu ini, semua tak puas hati. Peristiwa lalu kita jadikan panduan dan iktibar, cuba lihat lapis kedua agar hati dan perasaan kita lebih tenang kerana di situ kita akan faham siapa yang merencana segalanya.

Minggu-minggu sibuk

Pertandingan Seni silat sekolah-Sekolah Peringkt Negeri Kelantan pada 24 hingga 26 April di SMV Tanah Merah. Hujung minggu ini pula saya kursus untuk subjek tingkatan enam pada 27-28 April di PCB  Resort.

Nak bawa apa...

Apa yang akan kita bawa bila nak balik nanti. Tentunya ilmu yang benar dan amalan yang soleh. Soal pula, ilmu apa dan amalan apa. Jawablah sendiri.

Dalam proses...sabar




Sunday, April 22, 2012

Saturday, April 21, 2012

Bertuahnya

Alangkah bertuahnya sahabat-sahabat yang mendedikasikan usia mereka dengan masjid dan aktiviti keagamaan. Waktu luang mereka habiskan dengan belajar ilmu-ilmu agama seperti mengaji Al Quran, mengikuti kelas kelas tauhid, menadah kitab dan mendengar ceramah agama.  Dalam kesibukan mereka masih lagi sempat menabur bakti mendidik anak-anak muda dalam bidang-bidang yang meraka pakar. Kehidupan mereka pula sentiasa pesan memesan kepada teman dan sahabat agar sentiasa berada di jalan yang benar. Alahai cemburunya hati ini.

Bebas...

Bebaskan diri  dari kepercayaan karut, tahyul dan syirik pada Allah. Syaitan dan iblis akan cuba mengambil kesempatan untuk menyesatkan kita dalam apa jua cara.  Sandarkan segala sesuatu pada Allah bukan pada batu, kayu dan besi.

Teori kaya

Ramai yang arif dengan teori kaya, syarat yang pertama ialah berniaga, kedua kerja keras dan ketiga tawakkal . Tapi yang ini bukan soal wang, tapi soal mempraktikkan ilmu. Ramai yang belajar mengenal diri dan mengenal tuhan tapi mereka miskin di akhirat. Puncanya meninggalkan syariat Nabi Muhammad s.a.w..  Samalah seperti pakar ekonomi yang tidak berniaga tetapi hanya bercakap tentang cara berniaga siang dan malam.

Gigih

Semua orang mampu menyebutnya, tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Gigih yang paling baik ialah gigih  membaiki diri untuk kembali ke jalan Allah. Rintangan dan halangan anggaplah ia sebagai perangsang perjalanan kita. Hanya mereka yang telah memulakan perjalanan sahaja dapat merasainya, yang suka bercakap akan leka dengan kefasihan mereka, yang masih tidur biarkan ia terus lena dengan dengkurnya. Ingatlah dan hitunglah berapa banyak lagi baki umur untuk kita mula berubah.

Friday, April 20, 2012

Bijak - padan muka

Teringat saya,  makcik-makcik bersembang kisah tahun 70an mereka. Bila berebut-rebut memasuki panggung wayang selalu ada yang ambil kesempatan meraba. Mereka tak kisah, sebab mereka dah sediakan "super nacet" dicelah-celah jari. Tukang-tukang raba tadi bila dah duduk di kerusi terasa pedih, ngilu dan sebagainya kerana rupa-rupanya lengannya dah kena tores.

Tajam dan tumpul

Bersembang dengan seorang sahabat yang pernah terlibat dengan pergaduhan jalanan demi maruah diri banyak yang dapat dikutip darinya. Kadang-kadang kita berasa tidak puas hati apabila senjata pakaian kita tak berapa tajam.  Sebaikknya begitu kerana ada kesan yang tersendiri pada musuh. Jika terlalu tajam ia tidak menyiksa musuh kerana hirisannya tidak dapat di "rasa" oleh musuh.

Thursday, April 19, 2012

Diri oh diri.....

Sebelum sibuk nak memberus dan membasuh baju jiran, mandi dan sabunlah diri dahulu. Yang paling penting jangan sahaja bila buka mulut berbau longkang. Selamatkan diri kita dahulu, anak isteri dan juga keluarga kita. Bereskan makan pakai mereka. Berikan masa dan perhatian pada mereka. Kadang-kadang hobi pula yang menjadi nombor satu dan banyak melalaikan kita. Kadang-kadang kita sanggup membodohkan, menghina diri sendiri kerana hobi yang kita taksub. Ingatlah Allah itu nombor satu, bukan keris dan badik.

Ke mana penyudahnya...

Mana hujung  dan mana pangkalnya. Sampai bila umur kita nak di habiskan dengan dengan "lagha"/lara. Sekelumit ilmu seringkali menjadikan kita sibuk. Apakah ini tanggungjawab atau sekadar merosakkankan diri sendiri. Sesekali lihat kembali hobi-hobi yang kita ceburi, adakah ia mendekatkan diri kita pada Tuhan atau sekadar mewarisi retorik-retorik indah yang diulang-ulang untuk menegakkan lidah sendiri.

Tuesday, April 17, 2012

Alhamdulillah...

Tak perlu diucapkan, kadang-kadang ia lebih baik bagi kita. Tidak semua aktiviti  perlu dipaprkan pada semua orang. Bak kata seorang sahabat biarlah apa orang nak kata, ia tak menjadi kudis pun. Bertapa dalam gua sendiri lebih bermanafaat untuk mendidik jiwa .

Sunday, April 15, 2012

Berpada-padalah...

Jangan berlebih-lebih dalam pertengkaran atau perselisihan pendapat. Untung tiada rugi yang ada. Lebih baik diam dan berusaha mencari rezeki yang halal di jalan Allah. Sekelumit ilmu tauhid yang ada di dada amalkan ia dengan bersungguh-sungguh, jangan sesekali jadi modal untuk diperdebatkan.

Friday, April 13, 2012

Menuntut dan bercakap

Menuntut ilmu adalah tuntutan Allah dan Rasulnya. Ilmu yang paling baik ialah ilmu agama dan ilmu mengenal diri. Namun apabila sudah ada sedikit ilmu praktikkan ilmu yang ada bukan melalak menyalahkan orang lain. Menyebarkan ilmu adalah baik tetapi terlalu banyak cakap pula bukan tuntutan. Ingat-ingat kembali apa tujuan kita menuntut ilmu, untuk membaiki diri kita menjadi lebih baik atau untuk membaiki orang lain agar menjadi lebih baik.

Tak ada yang bergolek tak ada yang melayang

Di bumi Malayu yang kaya raya ini berduyun-duyun umat manusia dari seluruh pelosok dunia datang  mencari rezeki. Bergerak sahaja siku dan lutut insyaAllah menjadi duit bagi mereka. Arab dari timur tengah pun boleh kaya raya dengan hasil kraf kayu kita. Tapi mereka semua adalah jenis hamba Allah yang bekerja keras dan rajin serta baik hubungannya sesama manusia. Semoga peluang yang ada dimanafaatkan oleh anak Melayu kita agar suatu hari nanti kita tidak berputih mata dan asyik mencicit kerana melihat kekayaan  orang lain.

Thursday, April 12, 2012

Tiada perkataan untuk diucapkan


Besarnya rahmat Allah atas hambanya jika direnung dan ditilik-tilik dengan cermat. Selain dianugerahkan dengan nikmat hidup, dianugerahkan pula dengan nikmat Islam. Kebesaran Allah tidak terucap oleh perkataan. Serahkan semua yang kita ada padaNya. Carilah pembimbing yang boleh membimbing kita memahami ayat-ayatNya. Semoga ujian dan cobaan hidup ini menjadi sesuautu yang indah dan bermakna buat kita. InsyaAllah

Tempahan Sdr.Zaha



Monday, April 09, 2012

Lautan tujuh gelombang satu
Tempat bermain sejambul lebat
Dalam kalut lupa yang satu
Nanti diri mendapat akibat

Sealang tunggal nama gelaran
Campak ke bumi tempat ujian
Mencari diri mengenal Tuhan
Budi pekerti jadi cerminan




Sunday, April 08, 2012

Tempahan sahabat

Meja kayu tembusu tempahan seorang sahabat dalam proses untuk disiapkan

Saturday, April 07, 2012

Keris dan barang antik

Terkedu seorang sahabat ambo bila dia bertanya kepada seorang kolektor keris bagaimana nak menggunakan keris sebagai seorang pendekar bila jawapannya tidak tahu. Ironinya,  ramai pendekar Melayu yang tidak mengenali keris Melayu. Pengajarannya, jangan jadikan keris semata-mata barang antik untuk dibahaskan sehingga kita lupa fungsi utamanya, bukan sekadar di selit dipinggang tetapi kita mesti faham juga asas-asas menggunakannya. Jangan sampai main keris macam main pedang samurai. Silat dan keris berpisah tiada.

Halal

Jangan kita suapkan makanan ke mulut anak bini hasil daripada rezeki yang tidak halal. Dalam dunia perniagaan ramai yang bertopeng untuk melariskan jualan. Rezeki sudah ditetapkan Allah, carilah jalan halal untuk mengambilnya. Kalau nak berniaga, modal paling besar ialah jujur, kerja keras. Pelarisnya pula ialah sedekah dan murah hati. Penyakitnya pula ialah tamak, hasad dan dengki. Jangan sesekali menipu dan mencuri.

Allah

Tiada kata yang mampu diucapkan, hanya zikir tanda kasih padaMu.

Thursday, April 05, 2012

Sikit lagi... kena gosok dan spray sekali lagi. ( SOLD )





14 Sepokal baru RM1150.00 ( SOLD )

Add caption
Add caption
Add caption



Panjang keseluruhan 14 inci
Builah 11 inci
Hulu sampir kemuning
Batang sarung sena

Wednesday, April 04, 2012

Berjualan....

Alhamdulillah, secukup rasa yang diberi Allah s.w.t  maka ambo berniagalah. Tapi ambo tak pandai nak kempen-kempen. Ambo pun ta pandai dalam bab keris, pisau dan parang. Soal mistik pula ambo tak berapa reti. Jadi ambo ambik jalan mudah sahaja, ada produk ambo jual, kalu malas nak buka blog ambo bertukang lebih kurang. Barang jualan ambo pulak adalah sekadar yang dipaparkan sahaja. Kalu laku alhamdulillah, tak laku tak apa sebab barang besi ni kohor lama kohor antik. Tapi berpada-padalah dalam berjualan jangan sampai kecek pelawok dan berlebih-lebih pulok.


*Pengiklan paling berani dan terbaik ialah iklan dalam laman dan kedai kita sendiri

Tuesday, April 03, 2012

Kuku rimau RM280.00 ( SOLD )

Add caption
Add caption

 Hulu /sampir tanduk rusa
Sarung sena

Semoga dipermudahkan jalan ini

Kepada siapa kita nak mengadu.... mereka pun lemah seperti kita. Jadi mengadulah kepada yang Maha Kuat dan Maha Berkuasa.

Binjai Manis Antik RM350.00 ( SOLD ) li

Panjang mata 4.5 inci
lebar paling bawah 2.inci
atas  0.5 inci
Panjang keseluruhan 8.5 inci

Sikit lagi....


InsyaAllah jika tiada aral, ada masa dan ada kerajinan dalam diri esok siap...

Tokcu baru Rm1350.00 ( SOLD )

Add caption


 Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 8.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena


Alang Antik RM1300.00 ( sold )





Keris Alang
Hulu kemuning
Sarung Macang Hutan
Sampir macang hutan
Panjang keseluruhan 20 inci
Bilah 16.5 inci

Badik berpamor RM 180.00 ( sold )



 Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5.5 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
buntut kemuniong hitam

Bina Insan

Ramai yang terlupa, kerana asyik mengejar power pada kayu dan besi kita lupa untuk membina insan. Kelemahan umat kita pada hari ini bukan kerana besi dan kayu kita tak bermutu, tetapi kerana modal insan kita yang semakin ketandusan ilmu dan nilai-nilai murni. Keris dan sarung yang cantik tidak menjanjikan sahsiah yang baik. Seeloknya kita membina pekerti kita seiring dengan kecantikan dan kehalusan seni keris yang kita bangga-banggakan.

Percaya atau tidak

Rezeki itu sudah di tetapkan oleh Allah pada setiap hambanya.  Banyak sikit pula bergantung pada Qadarnya. Yakinkah kita bahawa dunia akan mengejar hambaNya yang cinta pada mati . Di samping itu beringat-ingatlah, buatlah  "simpanan" dalam tabung akhirat kita.

Monday, April 02, 2012

Hampir siap

Lawi ayam berpamor, hulu tanduk, sarung kayu serian. Sementara menunggu maghrib

Sunday, April 01, 2012

Cincin Perak permata Paruh Menilin RM280.00 saiz 20 SOLD



Saiz 20

Sayu

Hati menjadi sayu bila mengingatkan hal ehwal diri. Mati semakin hampir, diri pula makin disibukkan dengan besi, kayu dan batu.  Dunia kayu dengan plot dan iranya, dunia besi dengan pamor dan tajamnya, dunia permata dengan kilau dan airnya. Mati oo mati.

Jangan sampai diikat...

Hobi dan minat kita  jangan sesekali sampai mengikat kita pada dunia. Sesekali kena juga tekan brek dan periksa minyak engin takut-takut dah lama tak servis.