sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 29, 2012

Buruk memburuk

Mati itu pasti, yang silap kita betulkan. Yang tak elok kita pakat-pakat tegur. Bukan orang lain pun, mereka itu saudara kita juga. Udang yang ada di sebalik batu kita tangkap dan pakat ramai-ramai masak lemak cili api.

Wednesday, March 28, 2012

Cepat panas...

Biasanya motor saiz kecik dan beban kerja yang berat menjadikan mesin cepat panas. Manusia pula kalau cepat panas dan kuat anginnya pasti ada sesuatu yang tidak berapa beres. Kalau mesin kita boleh overhaul, kalau orang senang je, kita jangan layan dan biarkan ia sendirian. Biar ia bergaduh dan berperang dengan perasaan sendiri. Baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah... .




*kurangkan polemik, lebihkan bertahkik mencari jalan kelik.

Terbaik untuk hambaNya.

Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk kita. Namun sesekali fikiran kita bercabang kerana banyak fikir dan terlupa zikir barangkali. Janganlah sesekali meletakkan nilai material  di depan dalam merenung takdir dan tadbir Maha Pencinta. Senyum sokmo.

Sunday, March 25, 2012

Alahai.....

Hidup ini satu perjalanan. Jadi di sepanjang perjalanan banyak yang kita lihat dan pelajari. Bergeraklah dengan hati dan akal yang waras. Lihatlah....usahlah kita terus-terusan menyiram racun dan menanam pokok berduri. Tak kemana... kerana kita sendiri yang akan terminum racun dan kita sendiri yang akan terpijak duri.

Friday, March 23, 2012

Sundang Lipas Tempahan Sdr.Najib


Pedang Melayu RM350.00 ( SOLD )


Panjang bilah 21 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Logam tembaga

Thursday, March 22, 2012

Tak sempat masuk blog..

Maaf pada sahabat-sahabat kerana banyak produk jualan yangtak sempat masuk blog akhir-akhir ini. Banyak yang dijual secara off line. InsyaAllah saya akan cuba banyakkan lagi pengeluaran.

Wednesday, March 21, 2012

Tiada daya dan upaya. Hina , daif, fakir, lemah. Reda dan berserah pada Tuhan yang Maha Esa. Berjalanlah atas landasan kerana ia lebih mudah, jika tidak kau akan dipaksa berjalan walaupun dada terseret batu kelikir.

Tiada modal...

Dalam sehari dua ni tak tahu apa yang nak ditulis...., duduk di hadapan laptop semua tak jadi. Nak masukkan produk jualan pun tak ada mood. Namun rezeki Allah tak terduga, banyak jualan saya buat secara off line. Terima kasih pada sahabat semua yang masih lagi memberi kepercayaan.

Sunday, March 18, 2012

HSS - High Speed steel ( istimewa untuk Ustaz Derol )



Sulung tangan - Besi HSS  Chubb from Germany. Saya olahkan menjadi pisau berhulukan tanduk rusa. Penyangga tembaga, temim aluminium.  Tak boleh nak cakap apa.. PUAS HATI. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Thursday, March 15, 2012

Usah risau....

Risau atau tidak sama sahaja.. ia akan tetap berlaku dan akan terus berlaku. Kalau kita risau dan fikir bukan-bukan, kita yang rosak. Kalau kita reda, hati senang dan tenang. Teruskan perjalanan sambil melihat kebesaran dan keindahan sunnatullah.

Pungut...

Apa yang di pungut...sebenarnya ramai yang mengejar sesuautu yang tidak mereka fahami dan mengutip seberapa banyak benda yang mereka jumpa. Akhirnya mereka tak larat lagi untuk bergerak kerana terlalu banyak benda yang terpaksa  dipikul. Kalau kita kata kita nak mengenal diri mengapa kita mesti mengenal benda lain yang karut marut. Semua sudah ada, yang perlu hanya tafsiran dan bimbingan, bukan bawa masuk yang bukan-bukan untuk di hafal dan diulang-ulang.

Wednesday, March 14, 2012

Kerambit RM300 ( SOLD )

Add caption

Add caption
Hulu tanduk rusa
Sampir tanduk kerbau
penyangga tembaga
sarung serian batu
hujung sarung tanduk rusa





Sepukal baru ( SOLD )

Add caption
Add caption



Add caption
Panjang keseluruhan 22 inci
Bilah 15 inci
Hulu teras kemuning hitam
Sampir kemuning kuning
Batang sarung sena



Thursday, March 08, 2012

Kerambit

Kerambit adalah senjata rahsia orang-orang Melayu. Kerana keghairahan kita mengembangkan warisan ini pada bangsa asing akhirnya kita terpaksa belajar dengan mereka untuk mendalami seni ini. Bayangkan pada suatu masa dahulu guru-guru tua amat memilih anak-anak muridnya untuk diwariskan pelajaran kerambit, tetapi kini ia tersebar luas dalam utube. Fikir-fikirkan saudaraku. Bukan kedekut ilmu tapi terlalu boros pun tak tak dibolehkan jua.

Kedekut...

Kenapa kedekut.....takut papa. Kenapa kedekut.... tak faham. Kenapa kedekut.... tak percaya pada janji tuhan.

Jika kau fikir...

Jika kau fikir kau boleh... kau sebenarnya tak boleh. Kerana kau tidak ada daya dan upaya. Semua daya dan upaya adalah milik Allah s.w.t.

Tetapkan haluan

Pencarian jalan kembali seringkali menjadikan kita keliru. Pastikan kita tahu apa yang kita nak cari. Ada yang cari jalan mistik dan jalan kehebatan dunia. Perlukah kita mendalami pelbagai perkara sedalam-dalamnya. Jawab saya, tidak perlu...tumpukan soal mengenal diri terlebih dahulu. Yang lain itu hanyalah sampingan, kerana kita tidak akan disoal  berapa alim kita dalam mengenal besi dan kayu.

Kata dulang paku serpih

Lebih baik tak kata apa-apa. Kalau depan rumah kita pernah disalak oleh anjing jiran, tak perlulah kita pun membela anjing semata-mata untuk balas dendam. Anjing tadi akan pulang ke rumah tuannya dan akan tetap menyalak.

Wednesday, March 07, 2012

Cerdik dalam menuntut...

Dalam dunia moden ini keadaan menuntut sudah banyak berubah. Kadangkala  kita berlebih-lebih menunjuk kehebatan kita. Akhirnya guru-guru tua berasakan kita dah terlebih pandai dan terlebih hebat, tambahan pula talipinggang pun dah tinggi-tinggi...jadi apakah perlu lagi belajar pelajaran yang tak  seberapa, bukan apa .... takut jadi ayam mengajar itik berenang.

Tindih bayang...

Petua orang-orang tua apabila mengambil herba untuk dijadikan ubat. Antaranya ialah mengelakkan herba daripada ditindih bayang sendiri.Jadi secara tidak langsung kita perlu berada pada kedudukan yang tidak membelakangkan matahari semasa memetik herba. Begitu juga apabila mengambil pokok keladi untuk dibuat lauk. biasanya petua ini dipakai bagi mengelakkan gatal atau birahnya. Wallahualam.

Kuku rimau sarung Teras Asam RM170.00 ( sold ) np

Add caption


Untuk perhatian sahabat Khirman ( SOLD )

Add caption


Tuesday, March 06, 2012

Tempahan khas sahabat ( sold)

Add caption


Tempahan sahabat yang berkurun lamanya

Add caption

 Maaf kerana lama menunggu

Kerambit tulang bulat berpamor RM250.00 ( SOLD )


Add caption

Panjang bilah 5 inci
Sarung kemuning emas
penyangga tembaga
hujung sarung teras kemuning hitam

Kapak Kecil Antik RM350.00 ( SOLD )


Panjang Mata 4 inci
Lebar mata , atas 1 inci , bawah 1.5 inci
Hulu kemuning hitam

Bersilat....talipinggang dan sandang

Aktiviti bersilat dan menuntut ilmu kadang tak sepadan dengan talipinggang yang dapat. Kepada anak-anak muda, sesekali tanyalah diri sendiri tentang kelayakan kita untuk memegang sesuatu tahap talipinggang dalam persilatan. Jangan nanti kita dan silat kita diketawakan oleh orang luar kerana pemegang talipinggang hitamya bermain dan bertempur macam orang yang tak pernah belajar sillat. 


*lebih senang beli talipinggang kulit cap crocodile kat KB Mall

Monday, March 05, 2012

Syukur,

Sunday, March 04, 2012

Allah Maha Bijaksana

Usahlah kita risau akan perancangan Allah terhadap kita. Ikut sahaja, buat kerja kita. Usah pening-pening kepala memikirkan kerja Allah.

Saturday, March 03, 2012

Nasihat

Nasihat pada gurulatih dan jurulatih silat, jagalah adat dan adab dalam gelanggang juga di luar gelanggang. Jagalah batas pergaulan dengan pesilat wanita, anggaplah mereka sebagai adik-adik atau anak kita. Tiada gunanya ilmu silat penuh di dada kalau kita jadi macam haruan makan anak.

Thursday, March 01, 2012

Boleh pakai

Dalam silat ada yang guna kaedah "tak pakai pakai" dan "pakai tak pakai". Dalam berkawan pula kita kena gunakan kaedah  tak semua boleh pakai dan semua tak boleh pakai. Bila dah semuanya kita nilai tak boleh pakai maka kita berhak membuat pilihan untuk tidak memakainya. Kalau kita cuba pakai, sebenarnya ia hanya ingin pakai kita sahaja.

Menjadi diri sendiri

Mengapa kita perlu menjadi orang lain sedangkan yang kita cari ialah diri.  Perjalanan ini bukan perjalanan orang lain. Pertanyaan seorang sahabat untuk renungan bersama " bolehkan kita menjadi diri sendiri ketika lapar? "

Seni hati

Persahabatan sejati adalah ikatan hati yang tidak dipengaruhi oleh nilai kebendaan. Pegangan,fahaman dan anutan yang sama sahaja membolehkan hubungan hati ini berkekalan. Perhiasan dan permainan dunia adalah syarat dan wadah untuk meneruskan perhubungan tapi bukan keutamaan. Teruskan perjalanan dalam permainan.

Meracau...

Bila fikiran dah dirasuk oleh tabiat-tabiat buruk maka mulut akan terus meracau dan meracau. Yang paling menyayat hati ialah apabila mulut sendiripun akhirnya terpaksa dikunyah-kunyah kerana tak tahu lagi apa yang perlu di makan. Teman sudah, kawan sudah, sahabat pun sudah... akhirnya  makan diri sendiri.