sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, January 31, 2012

Badik untuk perhatian sahabat ( sold )

Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 4.5 inci
Sarung kemuning

Saras pamor gigi yu (baru) RM650.00 SOLD zd putrajaya


Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 12 inci
Hulu/sampir/tapak kayu kemuning
Batang sarung sena

Sabar menanti

Sabar..sabar...sabar. Insyaallah dapat yang terbaik.

Monday, January 30, 2012

Besi yang baik

Mencari besi yang baik untuk sesebilah keris bukanlah mudah. Kegigihan, kesabaran, kefahaman dan pergorbanan wang ringgit menjadi taruhan. Namun semua itu adalah perkara yang remeh belaka. Mencari dan mengenali hakikat diri dan beramal dengannya adalah jauh lebih utama daripada besi baru atau besi lama yang baik.

Tanyalah.....

Cakap soal agama ramai yang ingin berada pada kedudukan yang tinggi. Kalau orang belajar syariat kita pula kononya belajar taroqat, kalau orang belajar tariqat kita pula belajar makrifat, kalau orang belajar makrifat kita pula belajar hakikat. Hebat memang hebat, semua orang tanya kita boleh jawab, lahir atau batin semua selesai kita belasahkan. Tapi bila kita sendirian hati kita pula tertanya-tanya, betulkah apa yang aku pegang dan bawa ini. Jawablah..

Sunday, January 29, 2012

Jalan balik....

Bila cakap soal jalan balik...ramai yang tak berapa seronok. Mana tidaknya, banyak perkara yang belum beres. Cuba timbang-timbangkan, usah ditimbang ilmu yang hebat-hebat. Timbanglah soal syahadah kita...jazam atau sekadar tiong. timbang pula soal wuduk...jangan sekadar ikut-ikut. Timbang-timbang pula bab solat..bila kita belajar, masa sekolah rendah atau sekolah menengah suatu waktu dulu.

Saras Baru RM550.00 ( SOLD) azman JB

Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Berniaga seperti biasa....

Alhamdulillah, ambo dah habis bercuti, kepada sahabat-sahabat maaf banyak-banyak dipinta kerana menghilangkan diri dari rumah bermula dari 24 hingga 28 hb Januari. Kepada sahabat yang menempah barang insyaAllah bermula esok saya akan memulakan proses pengeposan barang dan berhubung dengan tukang-tukang. Kepada sahabat-sahabat kunjungan saya sepanjang bercuti, terima kasih banyak-banyak, budi baik sahabat semua dalam ingatan sepanjang hayat. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Tuesday, January 24, 2012

Sunday, January 22, 2012

Berapa lama boleh jalan....

Pengalaman banyak mendewasakan kita, kalau tak dewasa pun cukuplah dengan akil baliqh. Tahu membezakan mana hak kita dan mana hak orang, mana hak tuhan dan mana tugas insan.Cakap pandai bukan ukuran, yang dilihat dan dinilai ialah perbuatan. Apa guna ilmu, kalau untuk kita syarahkan pada awam tapi bukan diamalkan empunya badan.

* berteman biar berkawan, bersahabat biar berubat


Sakit...

Manusia moden hari ini ramai yang tidak sehat. Ramai yang sakit kerana terlebih makan dan ramai juga yang sakit kerana terlebih pengetahuan. Andai kita kaya atau berharta janganlah kita taburkan wang ringgit kita di tepi-tepi jalan. Andai kita berilmu jangan kita hamburkan di tepi-tepi longkang. Bukan kedekut tapi biarlah mengikut kaedah menuntut.

Helah bela diri

Jangan jadikan helah beladiri kita berada di hadapan. Memujuk diri dengan helah beladiri bukan penyelesai masalah. Akhirnya kita rasa tidak bersalah, tetapi sebaliknya pula.

Angkat

Kalau hanya kita seorang yang angkat, bukan khalayak yang angkat jawabnya tak terangkat. Jika kita seorang yang iktiraf, khalayak pula tak iktiraf maka kita jangan harap. Kalau emas yang kita bawa tak berkarat ia, kalau intan yang kita bawa berkilau jua.

Meracau

Dunia ilusi kita jangan kita zahir dan paksakan pada semua orang untuk menerimanya. Kalau kita paksakan nanti orang akan kata kita meracau. Salah siapa kalau orang tuduh kita meracau, tentunya salah kita, walaupun kita nampak dengan jelas dalam ilusi kita.

Thursday, January 19, 2012

Gunting dalam lipatan

Merujuk pada musuh yang berada di dalam organisasi atau musuh yang rapat dengan kita.Biasanya manusia jenis ini pandai bermuaka-muka. Hati-hatilah dalam tutur bicara takut nanti lain yang dikata lain pula cerita yang di bawa.

Melela lok 5 Ulu ukir Rm1500.00 ( SOLD )

Panjang keseluruhan 12 inci
panjang bilah 9 inci
hulu keruping besi
sampir/buntut kemuning
batang sarung sena




Wednesday, January 18, 2012

Coteng baru bilah alang antik RM1300.00 ( SOLD ) farul azri

Panjang keseluruhan 19.5 inci
panjang bilah 14.5 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok perak


Sunday, January 15, 2012

Insan, bola dan angin

Bola jadi lembik dan tak selesa ditendang jika kurang angin. Manusia pun jadi lemah jika tiada angin. Sebab itu angin mesti dipam ke dalam bola untuk menjadikannya tegang dan boleh melantun. Manusia perlu dipam dengan nafas zikir agar bertenaga dan terbuka.....

Teruja....

Jangan terlalu teruja bila kita masuk dalam sesuatu bidang. Sedan-sedan sahaja. Kita dalam perlumbaan marathon, bukan acara 100 meter. Kalau pecut awal takut tak sempat sampai, jarak kita ialah 60 tahun, insyaAllah kalau tak mati muda. Jangan terlalu gairah nak buat itu ini, fikirkan kudrat, masa, kewangan barulah buat perancangan. Anak bini dan keluarga mesti diutamakan, hobi dan kerja sampingan kita buat pelan-pelan.

Senyum...

Kita menang.... bukan menang dengan sesapa, tapi menang dengan diri sendiri. Jangan mudah marah, nanti jiwa merana. Kita redhalah atas apa yang berlaku. Tapi ingat, dalam redha kita mesti faham erti dayus dan juga pengecut. Ilmu nan sedikit di dalam dada bukan untuk dipertontonkan, ia untuk diamalkan jua untuk mendidik jiwa.

Saturday, January 14, 2012

Perjalanan ini....

Semakin ramai anak-anak muda yang mula berminat dengan warisan khazanah bangsa. Sayangnya mereka tidak tahu mana pangkalan untuk bermula atau mana destinasi akhir yang dituju. Bagi peminat batu dan cincin, sampai penuh semua jari dengan cincin-cincin pelik, menakutkan. Yang berkecimpung dengan keris pula, tidur dengan keris, terpaksa perasap dengan kemenyan setiap jumaat, penuh satu rumah dengan kayu dan batu, sampai tak cukup ruang, akhirnya jadi sampah. Akhirnya siapa yang jadi khadam siapa? Kita mencari khadam atau kita dah jadi khadam. Berpada-padalah....

Saras Selit Lok 7(baru) RM650.00 (SOLD ) sy. Eda

Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8 inci
Hulu/sampir/buntut kemuning
batang sarung sena

Milk sahabat Bandar Jengka

Milik sahabat dari Penang

Friday, January 13, 2012

Mencari jalan pulang....

Jauh perjalanan bukan halangan
Wang dan ringgit hanya pinjaman
Ilmu taruhan penyuluh kelam
Semoga hati kekal bertaman

Thursday, January 12, 2012

Milk sahabat


Siap lah kita....

Kadang-kadang kita cakap tak berlapik.Produk yang kita jual boleh mengubah nasib? Siapa kita untuk mengatur takdir insan. Jangan kita nak mereka-reka cerita demi melariskan jualan. Syirik dan khurafat jangan kita jadikan modal perniagaan, kelak untung sebukit di dunia rugi segunung di akhirat. Hak orang jangan diusik, kesayangan orang jangan dicela.

Wednesday, January 11, 2012

Badik Melela Kemuning Hitam RM650.00 ( ON HOLD ) zaihan

panjamg keseluruhan 11 inci
Bilah 7.5 inci
pakaian keseluruhan teras kemuning hitam

Badik antik kemuning hitam RM350.00 (SOLD)

Panajng keseluruhan 7.8 in
Bilah 4.8 in
hulu/batang kemunig hitam
sampir kemuning emas

Tuesday, January 10, 2012

Tempahan Sahabat Cameron highland





Tak terjangkau dek tangan...

Dalam kehidupan ini kadang-kadang terlalu rakus. Belakang memikul, tangan membimbit dan kepala menjunjung. Cukuplah sekadar yang ada, makan sambil berjalan lebih selesa daripada makan sambil berlari.

Monday, January 09, 2012

Tempayan...

Apabila kita menadah, sikit atau banyak insyaAllah akan terisi. Bila banyak, kita alirkan dengan cara yang baik dan terarah. Jangan biarkan ia melimpah tanpa di kawal kerana sifat bakhil kita, masuk tetap masuk dan keluar tetap keluar. Cuma jalanya sahaja yang berbeza-beza. Di situlah terletak usaha dan ikhtiar kita sebagai manusia yang dibekalkan dengan tulang empat kerat, otak, hati dan pilihan. Namun ingatlah Allah yang Maha Merancang dan Allah Jugalah yang Maha menentukan.

Anugerah Allah

Minggu lepas ambo dan seorang sahabat dari Borneo sempat berkunjung menziarahi seorang guru yang amat ambo hormati. Sepanjang sembang-sembang dengan beliau beberapa perkara dapat ambo simpulkan.

1. Ilmu dunia tiada kesudahan, akhir kalam kita perlukan ilmu mengenal diri.
2. Anugerah Allah melalui alam amat banyak, semuanya menunjukkan kebesaran dan keEsaanNya semata-mata.
3. Pencarian dan pemburuan ilmu memerlukan pengorbanan. Bukan dengan khayalan dan air liur .
4. Walaupun kita di kelilingi oleh warisan alam yang unik, aneh, ajaib, power... jangan sesekali kita terikat dan terlekat hati padanya. Ia adalah "baja tampal" semata-mata.

Sunday, January 08, 2012

Kuku rimau pakain teras asam /celagi RM120 SOLD



Panjang keseluruhan 5 inci
Bilah 2.3 inci
Hulu/sarung teras asam/celagi
Besi lembing lama

Hebatnya

Melihat kembali ke belakang sekali-sekala ada baiknya. Apa yang kita cari pada permulaan perjalanan. Bandingkan pula apa yang kita bawa dan pikul hari ini. Ramai yang sudah jadi pakar, ada yang pakar perubatan Islam, ada yang jadi pakar scan, ada yang dah jadi sangat mistik dan ada juga yang jadi tukang tarik. Mengapa kita tersasar dari lorong kita sampai begitu jauh, atau kita seronok dan bangga bila orang kata kita hebat.

Saturday, January 07, 2012

Keris Melela baru RM 1450.00 (SOLD)

Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 12 inci
Hulu/sampir kemuning
Buntut gading

Badik Melela Kemuning Hitam RM650.00 ( SOLD )

Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 7.5 inci
Sarung dan hulu teras kemuning hitam

Tuesday, January 03, 2012

Keliru

Jika kudis katakan kudis, jangan prejudis.

Lalai

Memang sifat manusia lalai dan lupa, kerana itu manusia istimewa. Manusia diberi kelebihan untuk membuat pilihan dalam hidupnya berdasarkan aqal yang dianugerahkan oleh Allah dengan panduan kitab-kitab dan rasulNya dalam lingkungan qadak dan qadarnya. Sehubungan itu buatlah pilihan, sekurang-kurangnya ada ruang dalam hati kita untukNya. Sambil zikir fikir, sambil fikir zikir. Sibuk dalam sunyi, sunyi dalam sibuk.

Monday, January 02, 2012

Esok masuk kerja ......

Esok tamatlah cuti sakan ambo.... Syukur pada Allah atas limpah rahmatNya pada ambo sekeluarga. Kepada sahabat-sahabat yang berkunjung ke rumah sepanjang cuti ini maaf dipinta jika layanan yang diterima tidak seberapa. Kepada sahabat-sahabat yang tak sempat ke rumah kerana kesibukan ambo, ambo menyusun jari sepuloh, insyaAllah panjang umur, murah rezeki kita bertemu lain kali. Maaf juga kerana tak sempat nak masukkan keris-keris baru dalam blog, ambo banyak berjualan di rumah dalam seminggu dua ini. Walau apa pun semoga hidup kita semua berada di jalan yang lurus, diredhai Allah dan hati sentiasa tenang walau apa pun ujian dan dugaan yang mendatang.