sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, August 29, 2011

Senandung pilu anak gayong ........

Untuk apa kita bergayong kalau tiada tauhid sebagai payung.
Untuk apa kita bergayung kalau bangsa sendiri kita tak nak tolong
Untuk apa kita bergayong kalau kalau di mulut selalu berbohong
Untuk apa kita bergayong kalau perangai mengalahkan polong
Untuk apa kita bergayong kalau harta persatuan semua kita balun
Untuk apa kita bergayong kalau sekadar ghairah mengejar bengkung
Untuk apa kita bergayong kalau sekadar terpekik terlolong mengintai untung


Sunday, August 28, 2011

Menerbangkan kerangka layang-layang

Ramai yang menaruh harapan dengan ilusi palsu. Perjalanan yang hanya dihiasai dengan cakap-cakap dan sembang-sembang ibarat menerbangkan layang-layang yang tidak ditampal dengan kertas, hanya rangka. Begitulah perumpamaan orang-orang yang arif tentang hakikat perjalanan yang tidak diisi dengan ilmu dan amal. Ramai yang seronok dan naik "sekh" bila bersembang bab tasauf, sebenarnya masih belum naik di atas landasan, sekadar seronok bercakap-cakap sahaja.

Saturday, August 27, 2011

Pasang dan surut

Dalam kesibukan umat Islam nak berhari raya, saya ketandusan ilham untuk menulis. Barangan untuk jualan juga saya "rehat" kan untuk sementara waktu kerana masalah pengeposan sempena cuti raya. Maaf dipinta kepada sahabat-sahabat yang hantar email dan sms yang kadangkala tak terbalas dalam sehari dua ni. Alhamdulilllah, syukur kepada Allah kerana bisnes seni warisan ini sentiasa meriah dan mengembirakan. Namun, sesuatu mesti sentiasa diperingatkan bahawa rezeki Allah itu berjalan di atas tangan-tangan manusia. Jadi berbuat baiklah sesama manusia. Bak kata pepatah, musuh jangan di cari rezeki jangan ditolak. Membujur lalu melintang patah. Budi disemai rezeki dituai.

Tuesday, August 23, 2011

Jadual Raya

Hari raya tahun ni ambo agak sibuk sedikit. Hari raya ketiga (1 Sept) dan raya ke lima (3 September) ada kenduri kawin anak-anak sedara. Dikesempatan ini juga ambo ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua, segala salah silap semasa ambo menulis dan berurusan ambo mohon maaf. Ambo bersyukur pada Allah kerana diam-tak diam sudah 5 tahun ambo bersiaran melalui blog ini dan insyaAllah jika diizinkan Allah ambo akan terus menulis dan berniaga pada masa-masa hadapan. Hidup ini satu ketentuan.

Sunday, August 21, 2011

Biarkan...

Terlalu teruja dengan sesuatu yang baru kadang-kadang boleh membawa padah. Dalam dunia hobi membeli dan mengumpul senjata keadaan ini sering berlaku. Kecenderungan yang berlebihan terhadap "power" sesuatu barang lebih membahayakan lagi. Ketaksuban untuk hebat, lebih, digeruni, dikasihi, dan pelbagai lagi menjadikan pembeli sering lupa diri. Kes terbaru seorang sahabat menjual semua koleksinya yang dibeli atas dasar murah rezeki kerana kesuntukan wang. Jadi di mana benar dan logiknya keris boleh menjadikan rezeki seseorang itu murah. Yang tentunya murah rezeki ialah penjual keris. Akhirnya mereka menjadi lauk yang sedap ditelan oleh penjual.

Saturday, August 20, 2011

Alang Selit antik bilah halus RM700 (SOLD)

Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8.5 inci
Hulu kemuning
pendokok perak
batang sarung sena

Friday, August 19, 2011

Terlebih politik,,,,,,

Umat Melayu Islam di Malaysia dah terlebih bermain politik, tiada masa rehat untuk politik. akhirnya ramai warga sebangsa kita murtad begitu sahaja. Dalam situasi ini pun kita umat Islam masih nak berbalah dan menuding jari sesama sendiri. Apalah malangnya bangsaku ini...

Menjawab pertanyaan sahabat...

Seorang sahabat bertanya pada saya selepas solat terawih sambil makan-makan colek tentang seorang sahabat yang lain. Katanya "sahabat kita tu faham atau tidak bab kenal mengenal, bila bercakap seolah-olah sudah menjulang ke awan". Jawapan saya senang sahaja "wallahualam".



*Bolehkah kita mengenal hanya dengan bercakap

Zamrud untuk perhatian Hilmi


Saiz batu sekitar 5 hingga 6 ct

Udah siap...


Cincin kahwin tempahan sahabat.

Sembang dengan sahabat...

Katanya zaman pencarian amat memeritkan. Dijadikan kuli dan abdi oleh guru. Namun kini semuanya menjadi satu nostalgia yang tidak boleh dijual beli. Dicelah-celah susahpayah terselit butiran permata untuk dikutip. Yang bijak dan kritis dapat, yang ikut-ikutan dapat juga tapi dapat letih dan takut pada makhluk cuma.

Tuesday, August 16, 2011

Lebih elok...

Helo, helo... jumpa di masjid dengar ustaz ngajar. Tuntutlah ilmu semasa ada kesempatan walau di mana. Kadang-kadang kita asyik mengkaji sejarah keris dan sejarah Melayu hingga lupa untuk mengkaji sejarah "diri".

Sunday, August 14, 2011

Keris Tempahan Sahabat - Tatahan bunga Melayu tebuk tembus



Sesekali bergegar juga dibuatnya..

Manusia jika tidak diuji umpama logam yang tidak digosok, kusam dan malap. Apabila diuji dan diberi cubaan maka ia akan menguatkan kembali apa yang dah ada di dada. Pokok pangkalnya selalulah merenung ke dalam diri, bukan mengintai iri di dada orang. Perjalanan indah kehidupan ini akan berterusan jika kita redha atas suka dan duka, waima malapetaka sekalipun. Selamat meneruskan perjalanan.

Meneruskan rentak.....

Dalam perjalanan... banyak rentak yang telah kita buat.. laju, perlahan, berhenti rehat, jalan lagi dan sesekali terhencut-hencut. Walau apa pun rentaknya kita mesti teruskan perjalanan ini kerana ia sudah menjadi kewajiban kita. Teruskan kekal memandang ke hadapan walaupun kaki kita telah calar balar, luka hatta patah sekalipun. Keasyikan memandang ke hadapan akan membantu kita melupakan kecederaan yang bakal menjadi sejarah manis apabila sampai di destinasi.

Keris Antik RM1500.00 (antik sepenuhnya) SOLD

Panjang keseluruhan 18.5 inci
Bila 14.4 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Bugis Sepukal Antik RM2000.00 ( SOLD)




Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 12 inci
(Antik sepenuhnya)

Saturday, August 13, 2011

Jangan tinggi-tingi nak , nanti jatuh

Dalam dunia moden hari ni manusia pelbagai ragam. Pengalaman berguru memberi saya peluang membandingkan pelbagai karenah mereka yang dianugerahkan sekelumit ilmu Allah Taala. Ada guru-guru yang semakin banyak ilmu dan tinggi darjatnya semakin merendah diri dan semakin tunduk tawaduk. Ada juga yang dadanya mula membusung, tarafnya dalam kalangan manusia mula mengalahkan raja dan dewa zaman purba. Sesetengan mereka mula hidup dalam ilusi ciptaan sendiri malah dipaksakan kepada pengikut-pengikut yang buta akalnya. Bermohonlah kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus.

Keris dan akidah

Hobi mengumpul keris kadang-kadang boleh menimbulkan masalah pada diri. Mata kadang-kadang tak boleh lelap kerana teringin memliki keris-keris tertentu. Ini bukan kerana mistik keris, tetapi kerana nafsu ingin memliki yang tidak terkawal. Dalam masa yang sama juga berhati-hatilah dengan cerita-cerita mistik sesebilah keris, bukan cerita itu salah. Tapi cerita itu jika tak ditapis dan dimurnikan boleh menyeret mereka yang tidak mantap aqidah menjadi sesat.

Friday, August 12, 2011

Terlebih songel...

Kadang-kadang kita berasakan kitalah juara dalam segala bidang. Akhirnya kerana terlebih songel kita kantoi dek karenah sendiri. Ingatan untuk diri sendiri agar berpada-pada dalam semua hal, kesayangan orang jangan diambil, kebencian orang jangan dibuat.

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 08, 2011

Ambil iktibar

Setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan Tuhan. Di sebalik setiap kejadian pula terpancar kebesaran Allah untuk kita tilik dan merenung. Tidak ada daya dan upaya melainkan kebesaran Allah Taala semata-mata.

Andai kita mampu...

Andai kita mampu mengubah dunia, semua perkara baik akan kita cuba dapat. Kita nak lahir dalam keturunan bangsawan, kita nak jadi jutawan, kita nak jadi orang budiman, kita nak jadi ilmuan. Kita juga nak mengenal Tuhan. Tapi apakan daya kita hanyalah wayang kulit yang ada dalangnya. Kalau kita diukir sebagai Pak Dogol, maka dogollah kita. Kalau diukir sebagai Rawana, botalah kita. Kalau diukir sebagai Rama, rajalah kita. Kalaulah kita mampu... isk.. isk.

Sunday, August 07, 2011

Jangan marah..

P Ramlee kata jangan marah , nanti kena jual. Sahabat saya Pak Li kata, jangan marah nanti barang tak siap. Kesimpulannya marah mengundang banyak musibah. Lebih baik kita perhatikan sahaja sambil senyum dengan feel manusia, kerana ia memberikan gambaran yang pelbagai bagi kita.

Pendokok perak buatan tangan - RM350.00

















diameter muka 3.0 cm
bahan perak
buatan tangan sepenuhnya

Wednesday, August 03, 2011

Jalan masing-masing

Jalan banyak bersirat-sirat. Tak tau mana satu nak dilalui kerana kita sendiri tiada ilmu. Kalau nak ikutkan hati , mahu yang dekat, mudah dan selamat. Namun kita tidak tahu rezeki seseorang. Ada yang bertemu jalan pulang dengan linangan air mata keperitan. Namun ada jua yang berputar-putar di "round about" sehingga kepenatan. Semoga ada petunjuk sepanjang perjalanan kembali ini.

Tuesday, August 02, 2011

Ke mana hala tuju..

Banyak ragam peminat keris, mereka ada kecenderungan tersendiri. Ada yang minat terhadap seni yang melampau, ada pula yang cenderung pada mistik yang melampau. Walhasilnya semua keris akan kita tinggalkan. Yang kita bawa ialah kepercayaan dan amalan sahaja. Lantaran itu perbetulkan kefahaman agar kita bebas daripada unsur khurafat dan syirik. Syaitan dan iblis akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia tak kira sama ada menggunakan keris, kayu, batu atau apa-apa sahaja, hatta pada kereta proton sagapun boleh berkhadam.

Debek duplicate - RM570.00 (SOLD)




Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8 inci
Hulu sampir kemuning
Batang sarung sena

Monday, August 01, 2011

Mencari batu....


Blue sapphire 2.6 ct untuk sahabat

Design Garam Sebuku - Tempahan sahabat


Blue sapphire asli.

Nostalgia ramadhan

Ramadhan datang lagi, moga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Nampaknya bila setan dan ditambat terserlahlah jiwa yang kacau. Harap tahun ni tak kacau lagi.

Puyan jelepek....

Bulan posa ini ramai yang kelihatan jelepek, tapi ada juga yang terlebih jelepek. Minta-minta janganlah ada lagi yang tertangkap kerana makan dikhalayak. Jangan pula kita bangga dengan kejahilan dan maksiat yang kita lakukan.