sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, June 30, 2011

Kepada Tuhan berserah diri

Juallah dirimu sepenuhnya kepada Tuhanmu

Monday, June 27, 2011

Malas....

Mood malas, nak update blog dengan keris-keris masih tak sepenuhnya. Seronok membaca. Buka blog sana, buka blog sini. Buka buku sana, buka buku sini. Insyaallah keadaan akan pulih seperti sediakala.

Saturday, June 25, 2011

Satu

Hanya satu, bukan dua dan bukan tiga. Satukan semuanya untuk menilik yang satu. Jangan terpedaya kerana nama, sifat dan perangai, ia hanya lukisan untuk menyatakan keindahan yang maha Pencipta.

Thursday, June 23, 2011

Dalam hati ada penyakit

Sebelah tangan memegang pisau dan sebelah lagi memegang pembalut luka. Setelah kita guris hati sahabat-sahabat dan kawan-kawan, kita katakan itu semua untuk kebaikan. Tidak ada niat pun untuk menyakiti sesiapa. Kemudian kita berikan pembalut luka kepada mereka yang kita hiris dan lukakan tadi.

Wednesday, June 22, 2011

Kenal mengenal

Tidak layak bagi sang hamba untuk menatap wajah Tuannya. Hanya Tuan yang layak menatap wajah Tuan.

Tuesday, June 21, 2011

Rahsia

Jika ia rahsia, biarlah ia kekal sebagai rahsia. Jika rahsia itu pernah diperlihatkan kepada kita anggaplah ia sebagai rezeki dan anugerah yang patut disyukuri. Jangan pula kita berasa sudah naik darjat, hebat, sudah sampai dan kembang hidung. Ramai lagi orang terdahulu dah melaluinya, tapi rahsia tetap rahsia

Fosil nibong tempahan sahabat dah siap

Monday, June 20, 2011

Kenal tapi miskin

Ramai orang yang mengaku kenal dengan " big bos". Sayangnya takat kenal sahaja tanpa "buat kerja" tak menjanjikan apa-apa. Ilmu mengenal hanya duduk dalam bab 1 sahaja iaitu perkara pertama rukun Islam (syahadah). Yang lain kena buat, untuk membezakan Islam dan kafir ialah solat. Untuk belajar ikhlas dengan manusia dan Tuhan pula ialah puasa.

Dua jenis mangsa

Pertama spesies katak lembik. Apabila kena sepak, ia megah dan semakin mengelembung kerana sangkanya ia disayangi. Satu spesies lagi seperti kekura yang dibuang ke air, dicampak dengan geram tapi tukang campak terlupa bahawa air ialah idaman hati kura-kura.

Keris Debek Antik RM700.00 ( antik) SOLD


Panjang keseluruhan 12.5 inci
Bilah 9 inci
Hulu sampir kemuning
Batang sarung sena

Sunday, June 19, 2011

Dari bersimpuh baik merempuh

Dalam kehidupan ramai yang selesa untuk untuk mengikut arus walaupun hujung jatuhnya ialah air terjun yang belum pasti selamat. Bagi anak jantan yang bermaruah, lihatlah jauh di sebalik tabir. jangan sesekali menjadi dayus membenarkan kemungkaran dan salah urus menjadi sesuatu yang rela ditelan. Dari bersimpuh selesa mengunyah sireh biarku rebah kerana merempuh.

Bahagia..

Menang tak semestinya bahagia. Kadang-kala pada zahirnya kita menang, tapi pada pandangan manusia lain kita kalah teruk. Menang yang sebenar ialah apabila kita berada berjaya menpertahankan maruah diri daripada dicerobohi.

Friday, June 17, 2011

Pendokok tali RM150/pcs ( 2 dah sold out)


Buka +- 3.5 cm
Dalam +-2.5 cm

Jiwa nan kacau

Jiwa akan jadi kacau kalau kita isikan dengan dunia. Bila memikirkan dunia banyak perkara terpaksa diambil kira... pangkat, musuh, strategi, bodek, fitnah, ambik peluang, potong trip, dan seribu macam lagi. Fikirkan akhirat... hanya perlu ingat dan serah pada Allah.

Thursday, June 16, 2011

Sakit

Sakitnya jiwa seseorang jika hidupnya tidak tenang. Semakin ia ingin mencari kemenangan dan kemegahan ke atas manusia semakin jiwanya tidak tenang. Amarahnya membuak-buak. Berpada-padalah menghadapi hidup ini. Ingatlah tuhan itu maha adil dan maha mengetahuii.

Wednesday, June 15, 2011

Pendokok Tali RM150 termasuk pos dalam semenanjung ( SOLD) tq


Bahan tembaga celup emas
Saiz buka 3.5 cm
dalam -+ 2.5 cm

Melela Tulang bulat Lok 5 RM1500.00 (baru) SOLD

SOLD RM1400.00



Panjang keseluruhan 21 inci
Bilah 14.2 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Tuesday, June 14, 2011

Kedai dah dibuka semula

Assalamualaikum pada semua. Setelah beberapa minggu tutup kedai, Insyaallah esok 15hb Jun 2011 ambo akan mula berniaga semula. Minta maaf banyak-banyak pada sahabat-sahabat yang membuat panggilan telefon, email, sms dan kunjungan ke rumah semasa saya tiada dirumah bermula 1 jun hingga 11 jun baru-baru ini.