sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, November 04, 2009

Alhamdulillah - Terima kasih semua

Terima kasih kepada pengunjung blog "Cikgu Nasir" kerana masih sudi mengunjunginya walaupun jarang-jarang update. InsyaAllah saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci pada 11 Nov 2009 dari KLIA. Jika panjang umur dan murah rezeki saya akan kembali ke tanahair pada hujung Disember 2009.
Jazakallah.

Monday, November 02, 2009

Jangan cakap dulu...

Jangan mudah buat ulasan dan andaian melulu, biarkan JAIS buat kerja mereka. Jangan pulak kita membuat tuduhan melulu pada mereka, mereka juga ada ilmu, ada pertimbangan. Bila semua perkara dilihat dari sudut politik, amat sukar bagi mereka untuk menjalankan tugas. Jangan pula ada tangan-tangan ghaib yang nak campur tangan. Sister In Islam pula yang nak menyibuk. Saya mengucapkan syabas kepada JAIS kerana mereka telah menjalankan amanah yang dipikulkan Allah di bahu mereka, sebelum buat tohmahan , siasat dulu dan tanya masyarakat sekitar Taman Ukay apa sebenarnya yang berlaku selama ini. Kenapa surau kosong, sedangkan banglo penuh. Itulah nasib penjawat awam di Malaysia, ditekan kiri dan kanan. Kenapa mereka tidak pernah dibela, kenapa SIS dan Marina Mahathir campurtangan. Ini bukan persoalan politik, ini persoalan pegangan dan iktiqad sahabat-sahabat semua. Berhati-hati.

Sunday, November 01, 2009

Cakap berkias

Cakap berkias seringkali digunakan oleh guru-guru tasauf, ini kerana tahap pemahaman pendengar adalah berbeza-beza. Jadi apa yang dikiaskan akan difahami mengikut kadar masing-masing. Ibarat kata, sekali tembak semua kena.