sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, August 31, 2009

Tempahan Siap minggu ini

Keris A - Tokchu 13 inci
Keris B - Melela lok 7 ( Milik Sdr. Mw)
Keris C - Melela lok 9 (19.75 inci)
Keris D - Melela lok 3 , 11 inci ( Milik Sdr Yus)
Keris E - Sepukal ganja Iras 7 inci ( milik GB )


Apabila rahsia Silat Melayu difilemkan

Dokumentari Silat Gayong yang disiarkan di National Geografic Channel amat mengujakan, namun saya terasa berada di persimpangan, kerana rahsia permainan Cindai Goyong sudah tidak menjadi rahsia lagi walaupun masih ramai anak-anak gayong di tanah air tercinta ini tidak pernah mempelajarinya. Walau apa pun tahniah kepada semua pihak yang telah mengangkat martabat seni beladiri bangsa kesatu tahap yang membanggakan.
*zattttttttttt

Menjadikan serangan bertubi lebih laju

Peranan latihan, kefahaman dan tunjukajar guru akan banyak membantu. Antara teorinya ialah sebelum serangan pertama dilancar kita sudah berfikir untuk serangan yang ketiga. Begitu juga, sebaik serangan kedua dlancar ia sudah bersedia untuk serangan keempat.

Blog sahabat ambo

Pada penghujung 2006 seorang sahabat telah memperkenalkan saya pada dunia blog. Kemudian awal tahun 2007 kami berkursus dengan kadar bayaran pada penceramah RM3000.00 sehari. Inilah blog sifu yang menjadikan saya seorang blogger http://cikgusenismbd.blogspot.com/.

Keris Kelantan

Perniagaan keris di Kelantan boleh dibahagikan kepada 2 secara umum. Kategori pertama ialah kategori urusniaga barang antik dan kategori kedua ialah penghasilan keris-keris baru oleh gabungan tukang-tukang. Bayangkan apa yang akan berlaku suatu masa nanti jika berlaku lompang selama 5 tahun dalam penghasilan keris-keris berkualiti seperti hari ini sedangkan umat Melayu semakin ramai yang meminati keris.

Pandai Saras RM2200.00
















Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 14 inci
Sampir ketengga
Batang serunai sena







Sunday, August 30, 2009

Kenapa?

Kenapa sesuatu itu berlaku di hadapan kita, apa kaitannya dengan diri kita. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Tetapi kenapa melibatkan kita? Siapa pula kita untuk menolak dan mampukah kita menolak. Fikir-fikirkan.

Menconggak-conggak

Seringkali timbul perasaan was-was bila kita terkenangkan persoalan ekonomi, atau dengan kata lain wang ringgit. Kita kekadang risau, cukup atau tak cukup, dapat atau tidak. Sudah menjadi adat kerana kita ini manusia. Sebaiknya berlapang dada dan bersifat "cool" kerana kita hanya berusaha, Tuhan jugalah yang menjayakannya.

Saturday, August 29, 2009

Karisma (3)

Tenang. Antara karektor yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah sikap tenang dan tidak gopoh. Faktor ini penting kerana kaedah penyelesaian masalah dalam masyarakat memerlukan pertimbangan yang rapi, cermat dan tidak tergesa-gesa. Cara bercakap yang tenang tapi tegas akan menjadikan seseorang pemimpin lebih disenangi dan digeruni.
*tidak semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin masyarakat

Alfatihah

Takziah kepada keluarga En.Suhaimi, Setiausaha PSSGM Terengganu kerana kematian isterinya semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Arwah selamat disemadikan di Kg Cempaka Kota Bharu. Alfatihah.

Friday, August 28, 2009

Menebar

Barang siapa menebar angin,
Kelak dia pasti menuai badai

Berhati-hati...

Jika kita mengurut sesorang, berhati-hatilah semasa mengurut pada bahagian perut. Urutlah dengan mengelus-mengelus dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri perut. Elakan mengurut dari bahagian dada ke ari-ari atau sebaliknya. Cuba kita x ray dan lihat kedudukan urat perut, bukankah ia melintang dari kanan ke kiri. Cuba elak daripada menggunakan siku atau tapak kaki pada bahagian perut kerana ia boleh mendatangkan kecederaan pada organ dalaman kita.

Tapak dalam silat...

Terdapat pelbagai jenis tapak dalam silat. Ia diberikan pelbagai nama dan gelaran. Walau apapun, tapak merupakan asas dalam persilatan. Tapak yang baik ialah tapak yang hidup dan memudahkan pergerakan. Jika sesusatu tapak nampak cantik tapi dalam tempur ia mati. Maka sesuatu perlu dilakukan segera agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Kutuk-mengutuk

Dalam masyarakat kita hari ini, setiap fenomena, situasi dan kegawatan yang berlaku telah ditetapkan oleh minda siapa yang bersalah. Tak kira apa pun yang berlaku. Fenemena ini akan menjadikan fikiran kita jumud dan taksub. Lebih baik kita bersikap dengar dulu, kemudian timbang-timbangkan.

Berorganisasi....

Dari zaman persekolahan lagi saya bersama kawan-kawan telah mengemudi Gayong Bachok dan bersama-sama menjadi pemain dalam Gayong sehingga hari ini. Bermula dengan Gayong Malaysia, Gayong Pusaka dan akhirnya bersama Gayong Warisan. Gayong Bachok yang mula bertapak sekitar tahun 70 an telah melalui beberapa fasa tertentu. Kami golongan senior yang menjadi pemainnya lebih arif dan faham karenah poitik dalam persatuan. Sehubungan itu suara-suara sumbang generasi baru yang berbicara tentang sejarah gayong Kelantan menggelikan hati kami watak-watak dalam ceritanya. Kekadang watak-watak antogonis dan pratagonis yang disembang-sembang, dikutuk-kutuk tak pernah pun mereka kenal wajahnya.

Thursday, August 27, 2009

Duit Raya untuk Tukang-Tukang

Alhamdulillah tempahan keris datang mencurah-mencurah hinggakan tukang tak menang tangan. Tempahan untuk sampir keris juga menyebabkan tukang sampir terpaksa kerja lebih masa. Untuk tempahan cincin saya berhentikan dulu buat sementara waktu dan akan di terima semula seminggu lepas raya. Bukan apa, takut tak sempat siap kerana Q yang teruk untuk persiapan raya di bengkel tukang, walau bagaimanapun balutan perak bagi sampir keris masih diterima kerana tidak ada keperluan mendesak untuk pakai pada hari raya.

* tukang perlu lebih komited

Jambia Istimewa RM2500.00

Jambi istimewa. Diperbuat daripada tambaga disepuh emas. Menggunakan kaedah ukiran "karut" pada sampir.



Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 7 inci

Sekadar berkongsi cerita

Dua bulan lepas saya sempat bersembang dengan seorang senior salam bidang perkerisan Kelantan sambil minum kopi di Bandar Kota Bharu. Beliau teah terlibat dalam dunia perkerisan sejak tahun tujuh puluhan lagi. Beliau sempat mengutarakan beberapa pandangan yang diwarisi dari orang tuanya untuk saya kongsi bersama, antaranya ialah supaya menyimpan sekurang-kurangnya sebilah keris Pandai Saras di dalam rumah. Katanya keris pandai saras mempunyai rahsia kehebatannya yang tersendiri. Wallahualam, saya pun masih tercari-cari apakah rahsia yang dikatakannya.
* carilah rahsia diri terperi agar hidup bertambah seri

AR- Jan 01 Keris pandai saras Tua RM1200




Pandai Saras Tua
Panjang keseluruhan 20 inci
Panjang bilah 16.5
Hulu dan sampir kemuning
Batang serunai sena

Wednesday, August 26, 2009

Kalau tak dipecahkan ruyung....

...manakan dapat sagunya. Gerakkan tulang empat kerat kita untuk mendapatkan rezeki Allah s.w.t. Hatta seorang wali pun kurma tidak akan melayang masuk ke mulut . Sudah menjadi sunnatullah untuk kita bekerja dan mencari rezeki yang halal. Halangan dalam pekerjaan adalah lumrah kehidupan, buatlah tugas yang telah di amanahkan pada diri kita dengan sebaiknya. Rezeki Allah melimpah ruah untuk hamba-hambaNya.

Seronokknya...

Janganlah seronok sangat apabila kita "menganjing-anjingkan" orang lain. Ada ubi ada batas, ada hari Tuhan yang balas.

Tuesday, August 25, 2009

Isu tarian pendet....

Cuba sahabat-sahabat search dalam google atau yahoo apa yang sebenarnya berlaku. Bangsat sangatkah negara kita sampai dihina sedemikian.

* hidup Kelantan

Apa kata..

Apa kata jika tuhan memanggil kita pulang mengadapnya dalam waktu terdekat. Bagaimana jalan pulang kita, cukupkah bekal yang akan kita bawa pulang untuk mengadapNya.

*ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat pengunjung blog

Kurang berjualan

Dalam ramadhan ini saya kurang memasukkan produk jualan dalam blog. Bukan tak ada barang untuk dijual tapi saya lebih senang menulis artikel-artikel pendek kerana idea datang mencurah-curah akibat banyak rehat. Tempahan cincin-cincin baru juga dibekukan seketika kerana tukang sibuk dengan barang kemas wanita untuk dipakai pada hari raya. Utamakan perbelanjaan untuk persiapan anak-anak beraya. Produk senjata boleh beli lepas raya dan waktu-waktu lain. Pengumpulan keris bukan keperluan mendesak untuk tuan-tuan.

Dorongan dalam kehidupan...

Dalam kehidupan ada pendorong, dalam perniagaan pun ada pendorongnya. Pendorong ni dalam bahasa mudah kita sebut "motivasi". Hati kita akan lebih tenang jika pendorong atau pemangkin yang kita gunakan adalah elemen yang positif seperti nasihat, bina semangat, kursus perniagaan dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Manakala elemen negatif yang sepatutnya kita hindari daripada menjadi pemangkin kebangkitan kita ialah unsur dengki. khianat, iri dan juga permusuhan.
*amat singkat hidup ini untuk sibuk menguruskan musuh

Seronoknya berkawan...

Alangkah senangnya dalam hati bila rakan-rakan yang melibatkan diri dalam bisnes perkerisan di Kelantan boleh duduk semeja dan berbincang tentang industri kecil ini. Tiada iri dan tiada dengki. Berbincang tentang masa depan industri kadang-kadang menjadikan kami teruja dan kadang-kadang menjadikan kami risau . Walau apapun cabaran mendatang, pusaka warisan bangsa ini tetap akan dipertahankan. InsyaAllah blog Cikgu Nasir akan tetap memasarkan hasil kerja tangan tukang-tukang Kelantan. Tukang-tukang muda akan dibantu dan didorong agar pendokong seni warisan nenek moyang ini tidak dikategorikan sebagai "saudagar senja"

Karisma (2)

Antara ciri karisma yang penting juga ialah saiz. Bentuk badan juga memberi impak besar dalam memilih pemimpin. Biasanya pemimpin mempunyai badan yang tegap dan tinggi. Bukan tidak ada yang berbadan rendah, tetapi rata-rata mempunyai saiz yang agak tinggi. Walau bagaimanapun tidak semua teori karisma barat ini betul. Sekadar berkongsi sedikit pegetahuan dalam bidang sains politik.

Monday, August 24, 2009

Alfatihah

Innalillahhiwainna ilaihirrajiuun. Takziah kepada Dr. Fawaz kerana Ibunda yang tercinta telah kembali kerahmatullah tengahari semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat . Al fatihah.

Karisma

Karisma merupakan satu elemen penting yang mesti ada pada seseorang pemimpin. Antara ciri-ciri karisma ialah :
-Kebolehan berpidato/berucap.
Tidak semua orang memiliki kemahiran bercakap dalam ertikata dapat menarik perhatian pendengar dan mempercayai apa yang dicakapkan. Kebolehan ini adalah anugerah, selebihnya boleh dilatih agar lebih mantap. Sehubungan itu lahirnya seorang pemimpin agong ialah apabila pidatonya dapat menggerakkan massa.
* jangan disalahguna anugerah Allah

Cakap bohong..

Kadang-kadang untuk menyedapkan cerita kita mereka-reka cerita. Tak ada untungnya, kerana cerita yang kita reka itu entah benar atau tidak. Kerana semakin kita suka memburukkan orang semakin buruk diri kita. Hidup ini hanya seketika. Sekali hidup buktikanlah.

Menabur benih....

Perhubungan kita sesama insan ibarat menabur benih. Perbuatan yang baik dalam perhubungan ibarat menanam bunga dan pohon-pohon rendang yang berbuah, manakala perbuatan buruk dalam perhubungan ibarat menabur benih pohon-pohon berduri dan beracun. Lama kelamaan benih-benih yang ditabur akan tumbuh dan membesar, kalau bunga dan pohon rendang alangkah baiknya. Seandainya pohon-pohon beracun dan berduri yang tumbuh bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi sebenarnya akan menyusahkan diri sendiri.

Helah bela diri 2...

Kadang-kadang ada orang sedang mengata kita tetapi tidak jelas, kita faham bahawa orang sedang mengata kita. Maka cepat-cepat kita pun duduk sekali dengan orang mengata kita dan turut mengata-ngata, seolah-olah apa yang dikata itu tidak kena pada kita. Ini adalah satu lagi kaedah helah bela diri yang boleh merosakan diri sendiri. Hasilnya kita tak akan berubah kerana kita rasa kita tak salah dan terselamat. Bijak..bijak.

Tempahan Sahabat


Terlebih rehat....

Maaf pada sahabat-sahabat, kadang-kadang lambat balas sms, email dan juga telefon. Ramadhan ini saya terlebih rehat terutamanya kerana cuti sekolah dan cuti juga mengajar silat. Jadi banyak masa dihabiskan dengan rehat sahaja. Melepas gian kerana kerana sebelum ini selalu sibuk.

Sunday, August 23, 2009

" Jangan fikir jarum kita sahaja.."

"Jangan fikir jarum kita sahaja yang tajam, jarum orang apa kurangnya". Itulah antara ungkapan-ungkapan yang sering saya dengar dari mulut orang tua ketika bermain sepak raga bulat semasa remaja di kampung. Dalam aspek persilatan ia memberi kita satu ingatan agar tidak terlalu taksub,fanatik dengan apa yang kita pelajari sehingga meremehkan, memandang rendah pada silat-silat lain. Ini kerana silat bukan sejenis perlawanan dalam bentuk teori atau falsafah atau lawan bercakap. Kehebatan sesuatu silat akan terserlah dalam perlawanan fizikal. Walau bagaimanapun kehebatan sesuatu silibus persilatan belum tentu menjamin kemenangan dalam sesuatu pertempuran kerana pelbagai faktor lain mesti mengiringinya.

Musim berubah

Pernah satu waktu dahulu ramai yang memandang sinis pembuatan dan penjualan keris-keris baru. Pandangan-pandangan sebegitu ada benarnya, tapi dari sudut pengumpulan barang antik sahaja. Bagi peminat senjata warisan yang mengumpul dan menilai dari sudut seni, pembuatan senjata baru masih ada tempatnya yang tersendiri. Bagi mereka yang memusuhi senjata baru feomena sehari dua ini tidak meyebelahi mereka kerana permintaan terhadap senjata baru mengatasi permintaan senjata antik. Bagi peniaga pula walau apa pun angin perubahan meraka sepatutnya hanya menjadi perantara untuk menyampaikan kehendak dua pihak, penjual dan pengguna.

Dapatkah ramadhan kali ini mengubah perangai kita..

Saban tahun sebaik ramadhan hampir tiba semangat kita berkobar-kobar untuk menyambutnya, bila ia tiba kita ucapkan selamat menyambut ramadhan pada sahabat-sahabat kita. Apabila kita dah bersama ramadhan kita beramal sebulan bersamanya. Persoalannya apakah kita akan berubah apabila menyambut syawal nanti dan bulan-bulan seteusnya. Apakah ego,sombong,iri,hasad dan pelbagai lagi sifat buruk dalam diri akan berubah atau berkurang. Sama-samalah kita nantikan perubahannya....

Saturday, August 22, 2009

Siapalah kita...

Kadang-kadang kita terlalu bijak hingga celupar mempertikaikan ulamak-ulamak muktabar. Pandangan mereka kita sangkal dengan teori Master, dan Phd yang kita ada. Bukan tak boleh berijtihad dan berteori, tapi siapa kita untuk merungkai dan merombak pegangan masyarakat yang sudah berabad-abad. Jangan dipecahbelahkan lagi masyarakat yang telah sedia parah berpecah ini.

Tujuan belajar

Semakin banyak kita belajar sepatutya semakin kita berilmu dan semakin banyak beramal dengan ilmu yang dipelajari. Ironinya semakin banyak ilmu semakin bongkak, angkuh dan semakin jauh dengan Tuhan. Persoalannya apakah bermanafaat apa yang kita pelajari jika ia semakin menjauhkan diri kita Tuhan

Tabiat buruk semasa bercakap

Antara tabiat buruk yang tidak disenangi oleh lawan cakap kita ialah mencuit atau menyentuh dengan tangan. Ramai di kalangan kita tanpa sedar gemar mencuit rakan perbualannya untuk menarik perhatian atau supaya mendengar apa yang bakal diterangkan olehnya. Soalan saya, selesakah kita jika sering dicuit.

* cuit peribadi lebih parah

Helah bela diri

Dalam pengajian ilmu psikologi terdapat satu istilah iaitu "helah bela diri". Helah bela diri ialah satu kaedah yang digunakan oleh mereka yang membenarkan kesalahan yang mereka lakukan dengan melakukan perkara lain atau menyabitkan kesalahan pada pihak lain. Golongan ini biasanya menghadapi masalah "rendah diri" yang teruk. Antara kaedah yang sering digunakan ialah mengulang-ulangi kenyataan tentang sesuatu untuk memenangkan diri sendiri. Penonjolan diri yang keterlaluan juga boleh dilihat sabagai salah satu ciri-cirinya. Ini dilakukan untuk menutup kelemahan diri. Sehubungan itu berpada-padalah dalam semua perkara.

Koreksi diri

Muhasabah diri atau dalam kata lain kita "koreksi diri" kita. Melihat ke dalam dan menilai menggunakan kacamata yang adil dan saksama. Apa yang di luar kita jadikan panduan sama ada teladan atau sempadan. Tilik dan baikilah diri kita. Gunakan segala ilmu yang kita pelajari untuk menilai kerjabuat kita, perlakuan,perhubungan dan juga tingkat nafsu kita.
* Mengenal diri mengenal Allah

Friday, August 21, 2009

Bukan semua perkara .....

Jarang manusia pakar dalam semua perkara. Ini kerana batasan kemampuan diri manusia sendiri. Sehubungan itu bukan semua perkara boleh kita sembangkan pada khalayak. Jika kita sedang berjalan, pengalaman-pengalaman peribadi kita jangan kita sembangkan di tepi-tepi jalan tanpa tapisan. Ia akan mengundang fitnah dan keraguan. Ingatlah pengalaman dalam perjalanan hanyalah satu permainan dan tidak dikira sebagai amalan.

Simpanlah..

Kepada penuntut ilmu, walau segunung ilmu di dada, walau beribu anugerah kepandaian di tangan, simpanlah. Tunduklah, usah kau uar-uarkan pada dunia. Sentiasa berpegang pada sifat insan hina,dhoif, fakir,lemah. Yang hebat orang, yang lemah kita, yang bijak orang, yang bodoh kita. Apabila bersembang, banyakkan mendengar agar terbuka kebenaran. Jangan kita banyak cakap, kerana banyak lagi yang tak lengkap. Biasanya yang banyak cakap mudah masuk perangkap.

Dah 3 tahun...

Diam tak diam , dah 3 tahun saya bersiaran dalam blog ini. Menulis artikel, membuat jualan produk senjata warisan, permata dan menerima tempahan kawan-kawan adalah rutin harian. Perasaan yang muncul dalam hati pula pelbagai, gembira, seronok, risau dan kadangkala geram pun ada. Walau apa pun, saya banyak belajar perkara baru sepanjang bersiaran. Memahami diri sendiri, karenah pembeli, persaingan dan bayak perkara baru yang saya temui. Semua yang dilalui ini adalah asam garam kehidupan sebelum sampai masa kembali mengadap Qadhi Rabbul Jalil . Bersediakah kita...

Thursday, August 20, 2009

Apa faedahnya..

Semakin kita berumur semakin kita terasa sibuknya kehidupan. Lebih parah lagi jika kesibukan ini disulami dengan agenda yang tidak berfaedah. Kadangkala kita terpaksa memikirkan perkara-perkara remeh yang tak sepatutnya kita fikirkan, tapi itulah sifat lemah manusia. Apabila kita ada geng sorak, seringkali kita lupa apa yang kita sorakkan. Kita lupa adab dan sering kali kita jadi biadap. Jadi , carilah kawan yang sihat fizikal dan sihat mentalnya

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Teknik yang betul

Teknik pemecahan sama ada genting atau bata banyak membantu pesilat memahami ilmu fizik dalam persilatan. Kuasa tumbukan akan lebih "power" jika di tambah dengan kuasa berat badan. Begitu juga dengan target tumbukan, contohnya jika genting ada sebelas keping sasaran yang mesti ada dalam minda ialah kepingan genting yang berada paling bawah untuk dipecahkan.

Merdekakah kita...

Ucapan ini saban tahun saya hantarkan kepada seorang sahabat saya iaitu Allayarham Norhazizan Talib. Tahun ini ucapan ini saya tak tahu nak tujukan pada siapa kerana beliau telah meninggalkan kita semua. Jadi ucapan ini saya tujukan kepada semua pengunjung blog " Cikgu Nasir" untuk direnung-renungkan.

# Alfatihah

Wednesday, August 19, 2009

Mohon maaf pada sahabat-sahabat yang meminta...

Maaf dipinta kerana tidak sempat uploadkan foto keris dan permata permintaan sahabat. InsyaAllah jika ada masa terluang akan saya tunaikan.

Sekelip mata...

Tuhan boleh bolak-balikkan hati manusia sekelip masa, begitu juga dengan hidup dan mati kita. Bukan senang nak hidup. Sekali kita hidup maka buktikanlah .Berapa watak yang kita mainkan semasa hidup? Semakin banyak watak positif yang kita mainkan semakin bermakna hidup kita. Sekelip mata sahaja jika tuhan inginkan , saat itu matilah kita. Hidup biarlah berjasa.

Tuesday, August 18, 2009

Kaedah Amanah Ikhtiar

Semasa di USM dulu saya sempat belajar bagaimana satu program yang bagus untuk golongan miskin menjana pendapatan. Caranya mudah sahaja, kita usahakan apa yang kita minat dan apa yang kita mahir, dengan kata lain menjadi diri sendiri tetapi dalam skala yang lebih besar. Sehubungan itu jika kaedah ini kita amalkan, kita kan seronok dengan kerja kita di samping dapat menambah duit saku.

Monday, August 17, 2009

Indahnya ciptaan Allah (2)




**************************************************************************************Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan kemuning kategori akar,banir dan tunggul. Banyak kerja terpaksa dilakukan untuk mendapat yang terbaik. Proses menebang, mengorek,menggali, angkut keluar dari hutan dan membelah menggunakan kemahiran tukang agak memeritkan. Tapi lihatlah hasilnya. Sanggupkah kita bawa seketul seberat 40 kg keluar dari hutan sejauh 6 km. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Indahnya ciptaan Allah

Dalam kayu kemuning (banir) yang dibelah terdapat teras yang kelihatan seolah-olah pisau berhulukan kepala burung.

Renunglah ke dalam diri

Sebelum kita menegur orang lain, tegurlah diri kita sendiri. Pandanglah ke dalam diri, betulkah apa yang kita lakukan? Selesaikan tugas fardu ain kita dahulu sebelum dok sibuk-sibuk dengan fardu kifayah. Selesaikan masalah bersuci/taharah dahulu sebelum nak berjuang mengangkat senjata untuk berjihad. Bersihkan kencing berak kita terlebih dahulu sebelum menyapu sampah di laman orang.

Sampir ukir tempahan sahabat



Sunday, August 16, 2009

Menulis untuk menyakiti orang lain

Satu tabiat buruk blogger hari ini ialah suka jaga tepi kain orang. Kalau tak ada modal nak tulis, tak payahlah tulis apa-apa. Kalau lumrah bercakap, buka sahaja mulut terus menyakiti dan sentuh hak orang. Cakap topik apa sahaja, kalau tak sindir dan mengata orang tak sedap. Inilah antara karenah yang sering menimbulkan rasa tidak senang pihak lain.

Cakap berdegar-degar, tahi lekat celah gelegar

Itulah antara pepatah orang-orang tua yang kadang-kadang perlu kita renung bersama. Usahlah kita bercakap berdegar-degar dalam apa jua perkara, cukuplah dengan kadar yang sederhana dan berpada-pada. Masyarakat melihat dan menilai apa yang kita buat dan apa yang kita temberangkan. Selalu saya kata, jangan diusik hak orang jika tak mahu menanggung malu. Jaga hak kita dan buktikan kerja buat kita. Kerja buat orang lain usahlah kita dok menyibuk. Jika kita tak puas hati bolehlah bersemuka atau minta penjelasan daripada empunya diri. Kadang-kadang apabila kita dijentik kita melenting, tapi salah kita mengetuk kepala orang tak pernah kita nilai.
*kadang-kadang bodoh juga melayan orang bodoh

Jangan dilayan... biarkan mereka terus menyalak bukit

Jong berlabuh anjing tetap bercawat ekor.
*kalau tak makan hidu pun jadilah

Saturday, August 15, 2009

Melatih tukang-tukang muda

Industri pembuatan senjata warisan akan berkubur jika orang-orang muda tidak dberi peluang untuk mempelajari teknik pembuatannya. Perkongsian ilmu, kajian dan penggunaan alat yang sesuai amat membantu pemuda-pemuda kita untuk menghasilkan produk bermutu. Walau bagaimanapun, semangat, motivasi,modal mestilah sentiasa mengiringi kerja buat mereka. Misi seni mereka tidak boleh dipunahkan oleh retorik-retorik kosong masa lampau. Memahami kerjaya mereka sebagai insan seni dan juga kepala keluarga untuk sesuap nasi memerlukan kesabaran dan iltizam yang kuat. Tukang-tukang mempunyai senjata sulit mereka sendiri iaitu kaedah-kaedah tertentu yang jarang dikongsi dengan tukang lain.

Boleh jalan...

Nampaknya penjualan keris-keris dan senjata warisan baru masih boleh jalan, masih mendapat sambutan dan terus bertahan. Rezeki tukang besi, tukang sampir, tukang ukir, runner,peniaga telah ditentukan oleh Allah. Walaupun kami bukan yang terbaik dalam bidang ini, tapi kami telah berjaya memberi kepuasan kepada ramai peminat senjata warisan. Keris, badik, kapak, kelewang,lading,pisau melapah, lawi ayam, lembing dan pedang sentiasa menjadikan tukang tak menang tangan. Semakin lama dalam bidang ini kualiti kerja tangan tukang juga semakin bagus. InsyaAllah kerja-kerja pembuatan senjata warisan Melayu Kelantan akan terus bertahan.
*rezeki berjalan atas tangan-tangan manusia

Friday, August 14, 2009

Semarakkan dunia senjata warisan Melayu

Syukur, perkembangan positif dalam kerjaya pandai besi dan pandai kayu di Kelantan. Tempahan yang berterusan dan mencurah-curah dari seluruh negara. Saya hanyalah satu juzuk mikro dalam industri ini. Permuafakatan antara pemain-pemain dalam bidang senjata warisan akan membuahkan hasil, tetapi jika ada yang ingin mengambil jalan pintas maka seluruh industri akan rosak. Dalam bola sepak, jika ada pemain yang main kotor atau main kasar, biasanya ia akan diberi kad kunig, dan jika masih lagi degil akan diberi kad merah untuk berehat seketika. Sehubungan itu bermainlah mengikut peraturan yang sedia ada. Jangan terlalu ghairah dengan sorakan penonton hingga sanggup merusuh. Hasilnya malu sendiri.

Thursday, August 13, 2009

Keris debek Kelantan

Bagi masyarakat Kelantan, perkataan "debek" bermaksud "tiada class", tidak cantik atau "low class". Walau bagamanapun apabila perkataan debek diletak dihujung perkataan keris ia banyak menimbulkan polemik terutamanya untuk menentukan ciri-cirinya. Pelbagai pendapat mengiringi sesebilah keris apabila digelar debek, kekadang ia menjadi amat "rare" dan melambung harganya,walaupun suatu masa dahulu ia adalah keris yang dibuat secara "malas" atau tidak bersungguh-sungguh oleh tukang, atau sekadar untuk dinamakan keris. Mengikut pemerhatian saya keris debek biasanya bersaiz pendek sekitar 10 inci ke bawah, berkerawang simple dan kadang-kadang langsung tiada kerawang. Bilahnya agak tebal dan tidak begitu rata pemampatan besinya. Wallahualam.

Denak

Mengikut kamus Dewan perkataan denak bermaksud "burung atau haiwan pemikat untuk menarik burung atau haiwan lain untuk diperangkap". Dalam konteks kolektor keris dan barangan antik kadang kala perlu juga denak untuk menarik barangan ke dalam koleksi kita. Biasanya burung denak hanya memanggil spesies yang sama sahaja, dan bukan burung dari spesies lain.Tapi denak yang paling baik ialah denak yang memakai tengkolok kerana boleh menarik semua jenis burung.

Lebih banyak kita bercakap lebih nampak....

Sememangnya kita tidak pakar dalam semua perkara, jadi bila ada hal-hal yang di luar pengetahuan kita, atau hanya tahu sedikit-sedikit, janganlah kita nak jadi juara atau "tok jora". Ini kerana kadangkala menadah telinga dan bertanya dengan ikhlas adalah lebih bermanafaat demi untuk menimba ilmu. Sehubungan itu carilah kaca mata yang sesuai untuk menilai benda yang sesuai. Jangan pula pakai "spek hitam" pada waktu malam.

Wednesday, August 12, 2009

Benet US ARMY antik RM400.00



Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 6.5 inci



Tuesday, August 11, 2009

Selamatkah kita

Dalam keadaan penularan penyakit yang semakin membimbangkan, sewajarnya kita semua mengambil langah lebih berhati-hati. Walaupun ada yang mengataka ia adalah takdir, ingatlah peristiwa Saidina Umar yang tidak masuk ke Mekah kerana wabak taun sedang melanda Mekah pada masa itu.

Untuk perhatian Sahabat ( Hairul nizam)




Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 9 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang serunai sena
*bilah antik berpamor/besi putih

Berlagak terlalu pandai...

Hari ini saya bersama seorang rakan guru singgah di kedai air kelapa muda...wow enak sekali. Ketika sedang minum muncul seorang pemuda yang memakai 10 bentuk cincin dijari-jemarinya. Cakapnya berdegar-degar tentang jualan cincin-cincinnya. Dia dengan ramah kemudiannya menegur saya , katanya " cantik batu jay jay cutting yang Encik pakai". Saya menjawab "tengok dulu betul-betul, walaupun kita pandai". Beliau menjawab lagi, " memang ya pun, jay-jay cutting. Saya diam dan menghabiskan minuman serta berlalu pergi. Moralnya orang yang cakap banyak dan berdegar-degar belum tentu arif dalam bidang yang diceburinya dan lebih baik tak payah dilayan.

Al Quran Digital Almanar

Alhamdulillah, sambutan terhadap produk Quran digital di luar dugaan. Nampaknya dah ada sahabat-sahabat yang mula membuat tempahan, produk Alquran digital yang paling mendapat sambutan ialah Alquran Digital Almanar. Nampaknya saya kehabisan stok AlManar untuk penghantaran minggu ini. InsyaAllah produk akan ada dalam stok saya awal minggu depan. Terima kasih atas sokongan sahabat semua. Warranty untuk produk ialah satu tahun. http://digitalalquranenmac.blogspot.com/

Sembang-sembang dengan sahabat

Semalam saya singgah sekejap di kedai sorang sahabat, antara kata-kata hikmah yang sempat dinukilkannya kepada saya ialah :

Jika seseorang itu dikehendaki naik tidak ada seorang pun yang boleh menahannya, begitu juga jika sudah sampai masa seseorang itu jatuh tidak ada kuasa atau tangan yang mampu menahannya. Sewajarnya kita saling bantu membantu bukan saling batu membatu.

Pengkhususan kerja dalam pembuatan keris di Kelantan

Industri keris di Kelantan agak unik berbanding negeri-negeri lain. Ini kerana terdapat hubungan erat antara tukang-tukang yang mempunyai kemahiran berbeza. Dalam pembuatan keris terdapat beberapa langkah antaranya ialah menyiapkan bakalan. Kerja menyiapkan bakalan hanya boleh dilakukan oleh tukang/pandai besi menggunakan dapur dan tukul. Manakala kerja mencanai, mengikir dan melurah boleh dilakukan oleh tukang besi dan tukang-tukang lain yang tidak memerlukan kemahiran menempa besi. Begitu juga proses memasukkan cicak, ia biasanya dilakukan oleh tukang besi yang mahir agar tidak nampak lubang di antara dua besi. Begitu juga kerja menyarung keris dan membuat hulu. Kadang-kadang ia juga diasing-asingkan bergantung pada kemahiran dan pengkhsusan kerja tukang. Jadi gabungan beberapa tukang mahir diperlukan untuk sebilah keris yang cantik dari Kelantan.

Monday, August 10, 2009

Batu Mani Gajah untuk perhatian sahabat RM110.00 siap pos







Risau...

Kadang-kadang kita risau bila perancangan yang melibatkan wang nampak seolah-olah hampir gagal, sebenarnya siapa kita yang harus berfikiran begitu. Kita dah merancang, kita dah bertawakkal, tinggal lagi ada tak lorong-lorong yang kita buat untuk ia mengalir ke arah kita. Lorong -porong itu ialah perniagaan. Binalah seberapa banyak lorong.

Badik Pupuk RM400.00 (SOLD OUT)






***************************************************************************************************************************************************************************************
Badik Besi Pupuk
Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 9 inci
hulu/sampir kemuning
Batang serunai sena

Sunday, August 09, 2009

Kusriwa Bilah Charita RM1500.00 (SOLD OUT)







***************************************************************************************Keris Charita Sampir Kusriwa
Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 13.5 inci
Hulu kenaung
Sampir Kemuning
Batang serunai sena

Saturday, August 08, 2009

Keris dan teori

Dalam menilai keris terlalu banyak sudut pandang yang menjadi penilaian. Falsafah dan ciri-ciri sebilah keris pula jika dikaji jarang akan bercantum tapi bercerai kesimpulan. Pertemuan dan pertandingan kadangkala akan menimbulkan rasa tidak puashati kerana pencirian dan pemahaman yang berbeza-beza. Walau apa pun inisiatif yang diambil untuk menganjurkan pertandingan adalah disanjung tinggi.

Buat kerja kita....

Kita dizahirkan di dunia ini ada tugas masing-masing. Jadi buatlah kerja kita sebaik-baiknya. Ini kerana setiap kerja kita akan dinilai dari sudut batinnya. Ikhlas atau tidak. Kerja tetap kerja. Jadi jangan kita landaskan setiap kerja kita atas landasan dengki atau iri hati. Apa pun tak dapat, yang dapat hanyalah letih dan mambazir masa sahaja.

Design Cincin Perak Berukir - RM380.00 ( tidak termasuk permata)





Semua design ini merupakan design milik tukang perak Pak Li - dilarang sama sekali sebarang unsur ciplak atau penghasilan semula tanpa izin pemilik asal. Harga asas tempahan ialah RM380.00 +- kuantiti timbangan perak yang digunakan dan jenis berlian yang digunakan. Harga ini tidak termasuk pos.
* Klik pada foto untuk gambar yang lebih besar

Parcel akan dipos esok, insyaAllah

Esok parcel akan diposkan : (ahad)
1- Faizal
2. Izuan Izani
3. Haizul RDZ
4. Mohd Yusri
5.KhairulAdzlan
6. Cikgu Safar
7. KA - Pahang
9. P.R - KL

InsyaAllah parcel ke KL dan semenanjubg akan sampai lusa, hari isnin atau selasa, manakala sabah sarawak 4 hari bekerja. Jika ada apa-apa masalah sila hubungi saya. Terima kasih

Friday, August 07, 2009

Perhatikanlah...

Perhatikanlah gerak dan rasa yang dianugerahkan Allah pada kita. Semuanya menandakan ia adalah satu ketetapan/taqdir. Gerak yang paling akhir ialah gerak untuk kembali mengadap Tuhan yang Maha Perkasa. Apa yang kita kalut-kalutkan hari ini akan kita tinggalkan. Perhatikanlah....... dah ada ke belum?

Tempuhilah....

Dalam perjalanan ini rintangan akan selalu ada di hadapan, ibarat pelajar sekolah kita akan sentiasa diuji untuk naik ke tahap yang lebih baik. Sekali-kali jangan kita lari dari mengambil ujian, kerana pelarian kita akan menyebabkan kita sentiasa melarikan diri dalam setiap dugaan dan akan bermula dari kosong semula, lari lagi, bermula kosong lagi. Sampai bila mahu melarikan diri... tempuhilah... ia akan mematangkan seorang insan. Ujian adalah kehidupan.

Thursday, August 06, 2009

Siapa yang menduga...

Kadang kala dalam kehidupan suka duka silih berganti, kita tidak tahu bila duka akan datang dan bila cita akan menjelma. Apa pun semuanya bukan dalam lingkungan kudrat kita. Walaupun nampak sebagai kebetulan sebenarnya ia adalah ketetapan Allah kepada hambanya. Ia adalah sebagai ujian dan rahmat kepada hambaNYA yang sedang merintis jalan pulang. Redha atau tidak kita tetap akan diseret untuk pulang. Jadi lebih baik kita redha kerana perjalanan kita lebih tenang dan selamba.

Produk AlQuran Digital & Perlatan Beladiri AG- ASI sport world

Alhamdulillah, Blog Cikgu Nasir kini akan memasarkan 2 produk baru iaitu AlQuran Digital dan Uniform serta peralatan silat jenama AG-ASI Sport world. Untuk produk Al Quran Digital sahabat saya telah mendapat hak sebagai pengedar/distributor untuk Kelantan dan Terenganu. Manakala untuk uniform dan peralatan beladiri saya telah mendapat hak sebagai pengedar untuk negeri Kelantan. Kepada sahabat-sahabat yang berminat dengan produk-produk berkenaan bolehlah menghubungi saya . Terima kasih. Alhamdulillah.

GSM Mobile Quran RM490.00 + RM15.00 pos dalam Semenanjung




Milik Faizal SOLD OUT


Tempahan Sahabat Putrajaya ( SOLD OUT)


Tempahan Sahabat Dusun Muda (SOLD OUT)


Tempahan Firus ( Hamzah) SOLD OUT


Tempahan Sdr Sarman dah Siap SOLD OUT











Marjan Tempahan Sahabat dah Siap ( Sdr Hilmi) SOLD OUT






Al-Quran Digital AL-MANAR E-1000 RM1100 + RM15.00 pos dlm Semenanjung















Sila klik foto untuk maklumat lebih jelas.