sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, September 19, 2021

Lama tak menulis

 Assalamualaikum semua.... cuba renung-renungkan. Kekalutan dan kesibukan kita di mana sudahnya

Tuesday, February 09, 2021

Assalamulaikum....Norma baru

Jangan jadikan norma baru ini medan untuk merungut, medan untuk merengek-rengek dan juga medan untuk kita mengkritik semua perkara. Bagi yang ada di dadanya ilmu tauhid inilah masa untuk kita mendekatkan diri dengan Allah s.w,t

Monday, December 30, 2019

2020

Dua puluh dua puluh hanya angka yang jika tak diisi dia tetap kosongg

Wednesday, September 18, 2019

Lama tak buka blog

alahai blog ku sayang

Friday, November 16, 2018

Bila politik jadi landasan para barua

Menyesal tiada gunanya. Bila hak2 ketuanan Melayu semakin terhakis, maka meraung dan menangislah bangsaku. Mereka yang bersekongkol mula menelan lidah masing-masing, malu

Tuesday, October 02, 2018

Berguru

Solat adalah tiang agama. Persoalannya adakah kita sudah mendirikan solat? Bagaimana nak mendirikan solat jika kita tidak ada pembimbing. Jadi carilah guru yang dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita tentang solat secara terperinci. Jangan main hentan sahaja "asal solat jadi la". Jangan sampai solat 5 waktu kita sehari semalam sia-sia. Selamat mencari guru dan selamat mendirikan solat dengan sempurna sahabat semua.

Sunday, May 20, 2018

Lena

Pesan orang-orang tua dahulu yang arifbillah....jangan sesekali kita lena dalam pelukan musuh Islam walaup berbantal dan bertilamkan emas permata

Saturday, March 03, 2018

Siapa kita?

Siapa kita untuk berasa jengkel pada kelemahan insan lain. Dapat hidup di atas muka bumi ini pun dengan ehsan Allah s.w.t. Belajar mengenal diri bukan untuk menghukum orang lain tapi belajar untuk memperbaiki diri sendiri, terutama hati.

Thursday, February 15, 2018

Bahasa senjata

Gembira hati bila kita menerima senjata dari guru dalam keadaan penuh kepercayaan. Guru2 silat yang arif mempunyai kod-kod bahsa senjata yang tersendiri dan hanya difahami oleh mereka2 yang menuntut.

Saturday, January 13, 2018

Untung dan rugi

Dek mengejar untung secupak kita rugi bergantang-gantang di akhirat. Jadi manafaatkan wang ringgit kita untuk mengecapi nikmat sesudah mati. Cuba hitung berapa peratus kita gunakan wang kita untuk saham akhirat..... sedekah.

Sunday, November 05, 2017

Rezeki

Murah rezeki itu terbahagi dua.. Pertama rezeki yang halal dan kedua rezeki yang haram. Buatlah pilihan bijak

Jalan mengenal

Iman itu percaya. Jika tidak percaya mana mungkin kita dapat membuka pintu hati untuk menerima perkara2 yang tidak masuk aqal. Cuma iman sahaja yang dapat membenarkanya.

Tak mampu menahan

Dalam dunia hobi senjata sebahagian kolektor mempunyai minat yang mendalam untuk mendapatkan koeksi yang "rare". Seringkali kerana kegahirahan mereka lupa mereka sudah terjebak dalam lorong-lorong hitam pasaran senjata. Jangan digadaikan prinsip-prinsip kebenaran dan agama demi memiliki besi buruk yang tentunya kita akan dihitung diakhirat kelak

Thursday, November 02, 2017

Jalan mengenal

Mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah akan jaan mengenal maka mereka dahagakan pencerahan dan pengisian ilmu. Retorik dan ceita-cerita sembang kedai kopi tak akan mampu memberi mereka kepuasan. Tiada siapa mampu menahan rezeki mereka. Membujur lalu melintang patah

Kaedah Menuntut ilmu

Jangan ada dengki sesama kita, hasad dalam dada itulah yang menyebabkan perjalanan terbantut. jika digali dalam martabat nafsu, selagi kita asyik menghitung kejayaan orang lain dengan hati yang hitam kita masih lagi berada di bawah iaitu Ammarah.

Saturday, October 21, 2017

Jazakalllah

Tidak akan jatuh martabat atau hilang hebat jiak kita mengucapkan perkataan terima kasih

Sunday, August 20, 2017

Perjalanan ini

Satu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas oleh mereka yang ingin mencari jalan pulang dengan ilmu mengenal diri.
Soalan 1 : Di manakah sepatutnya kita bermula dalam perjalanan ilmu mengenal diri?
Soalan 2 : Apakah tujuan kita ingin mengenal diri ?


Jawablah dengan hati yang ikhlas, setakat mana kita sudah memulakan perjalanan dan setakat mana kita mula mengenal.

Allahuakbar

Thursday, May 11, 2017

Rasa rugi...

Bukan rugi kerana tak sempat belajar ilmu silat, bukan kerana tak sempat menuntut ilmu besi, bukan keran tak sempat belajar ilmu bomoh, bukan keran tak sempat belajar ilmu mengukir.... tapi tak sempat nak tilik menilik diri sendiri

Rahsia perjalanan

Tidak semua rahsia pengalaman dan perjalanan kita dalam mencari hakikat diri boleh dikongsikan bersama teman-teman dan rakan taulan. Ada yang terlalu peribadi dan khusus untuk diri kita sahaja. Jika dikongsikan ia bukan rahsia lagi dan mungkin bakal menimbulkan fitnah.

Pedang Melayu RM450.00 termasuk pos laju dalam Semenanjung


panjang keseluruhan 28 inci
Panjang mata 21.5 inci
Kemasan tembaga kuning

Monday, April 03, 2017

Badik Pupuk

Badik pupuk ialah antara badik Kelantan yang terkenal. Besi pupuk merujuk kepada besi baja yang ditambah pada bahagian belakang badik. Biasanya besi baja itu kan menjalani proses peretakan melalui teknik bakar dan patahkan. Badik pupuk yang pecah pada bahagian belakangnya dikenali sebagai "gat". Bagi mereka yang menyukai mistik mereka beranggapan ia sebagai tanda menhalang kemaraan musuh . Namun realiti tidak akan diatasi oleh fantasi. Jika kita memahami proses pembuatan dan faham akan sifat besi maka mistik itu akan berlalu begitu sahaja. Ini kerana manusia lebih mistik dari besi batu dan kayu.

Thursday, March 02, 2017

Apa yang terkorban dalam hobi kita?

Kerana fanatik dengan hobi kita korbankan banyak perkara yang berkaitan dengan amalan baik dalam agama seperti sedekah, kenduri, membantu anak-anak yatim. Kita juga mengabaikan ibadat-ibadat lain kita seperti ziarah dan umrah ke Tanah suci sebagai tanda cinta kita kepada Rasulullah. Apakah hobi yang kita taksub ini dapat menolong kita pada saat sakratul maut dan menepis azab kubur.

Tuesday, December 27, 2016

Keris

Ibarat seorang manusia... Ada isi dan ada kulit. Ada tubuh dan ada pakaian. ada kepala dan ada kaki. Nampak cantik jika ada kesimbangan. Nampak hebat jika dibuat dengan bahan-bahan berkualiti dan mendapat sentuhan tukang yang faham. Namun.... adakah pemilik dan pencinta keris faham, kualiti diri lebih penting daripada kualiti keris. Kualiti isi sepatutnya setanding dengan kualiti kulit.

Thursday, October 20, 2016

Teliti

Jangan mudah percaya, siasat dulu sebarang berita. Lihat dulu si pembawa berita. Jika mereka jelas orang-orang yang fasik. Abaikan sahaja.

Cukuplah

Cukuplah apa yang ada.

Pipit sama pipit

Jangan pula pipit nak jadi enggang.

Monday, September 05, 2016

Pragmatik

Pragmatik ni ibarat pok ko angguk. Dia berubah kalar sokmo-sokmo. Bagi ambo pulak dan kita kata kambing tetap kambing walaupun terbang.

Sunday, September 04, 2016

Redha

Jalan terus, kau cuma makan nasi dalam satu pinggan je sekali makan. Usah dirisau akan rezeki orang. Ingat rezeki kau hanyalah yang dah masuk kemulut dan kau telan serta hadam, rezeki kau juga ialah pakaian yang membalut tubuhmu pada waktu ini. Yang lain redha sahaja atas ketentuan Allah.

Sahabat sejati

Tidak ramai yang mampu menjadi sahabat sejati sepanjang perjalanan hidup kita. Kita mungkin mempunyai ramai kawan dalam sekerja, ramai rakan persatuan, rakan-rakan kedai kopi, kawan-kawan sehobi, kawan-kawan dalam perniagaan. Namun untuk mendapatkan sahabat sejati boleh dikira dengan jari.

Sunday, August 07, 2016

Hulu Tajong Kenaung


Hulu

Friday, August 05, 2016

Proses pertama

Proses pertama sebelum keris ditempa ialah memilih dan mengumpul besi. Proses ini juga bergantung kepada pemahaman dan kemapuan untuk mendapatkan jenis-jenis besi tertentu. Pada asasnya terdapat dua jenis besi yang digunakan. Ia itu bahan baja dan besi-besi lain sebagai pamur atau bukan pamur. Baja diselit pada bahagian tengah bakalan. Manakala bahan pamur pula bergantung kepada warna-warna besi yang dilipat berulangkali.

Di sinilah bermulanya penerapan ilmu tukang dan penempah. Jenis besi, jenis pamor, bentuk keris, saiz keris dan petua-petua diterapkan pada peringkat bakalan lagi....

bersambung.....

Monday, August 01, 2016

Sudut pandang

     Membicarakan sebilah keris biasanya akan menimbulkan sudut pandangan yang berbeza mengikut individu yang menilainya. Pandangan itu berbeza berdasarkan ilmu, kepentingan dan tujuan seseorang ke atas sesebilah keris.

Bermulanya keris ialah apabila ada keinginan daripada pandai keris atau penempah. Bagi pandai keris serta peserta hiliran dalam industri keris ( jika boleh dikatakan industri) kerja pembuatan keris dan aksesorinnya adalah untuk mempastikan dapur berasap serta kelangsungan hidup keluarga berterusan.

Pagi penempah pula ada yang meminati keris untuk koleksi seni mereka. Golongan pengumpul biasanya ialah golongan berada yang berkemampuan. Semakin "berada" semakin tinggi citarasa seni mereka.  Keris-keris berkualiti zaman dahulu banyak berada ditangan kolektor-kolekter tersohor. Ini kerana bukan kecik anak pengorbanan kewangan untuk memiliki keris-keris berkualiti dalam jumlah yang banyak.

...... bersambung

Saturday, July 30, 2016

Rugi

Perjalanan beribu batu tak bermakna apa-apa jika tidak ada di dalamnya nasihat pesan memesan kearah jalan pulang mengadap Ilahi

Anak alang setapak kaki antik RM900.00 ( SOLD )

Add caption


Add caption
Add caption

 Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 10 inci
Hulu, sampir dan batang sarung kemuning
Pendokok tembaga



Pandai Yahya Antik RM1000.00 termasuk pos.



Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 15 inci

Monday, July 25, 2016

Jangan lemas atas darat

Ramai lemas atas darat. Mulut meracau-racau seolah-olah sudah dzuk dan sampai makam wali. Mereka yang sedang berenang tak ada masa untuk bercakap.

Wednesday, July 13, 2016

Tasauf vs ilmu hakikat

Ramai keliru. Umum menyangka mereka sudah memasuki alam menuntut ilmu hakikat sedangkan mereka hanya ditimpa oleh mimpi2 indah dan bersangka-sangka sahaja.

Serba boleh

Memang hebat umat Melayu hari ini
 Semua boleh. Mengaji boleh, bersayatah boleh, berzanji boleh, menyanyi dan buat maksiat pun boleh.

Monday, July 11, 2016

Tak solat berdosa

Ketika usia ambo masih mentah, ambo pernah diajukan satu persoalan yang memeningkan kepala. Seorang tua di kampung kata " tak solat berdosa, solat pun berdosa"... pening palo jugak ambo dok mikir pada masa tu. Jawapannya ialah kena belajar dan buat sesuatu dengan ilmu dan berguru.

Sunday, May 22, 2016

Undur

Mengaji bertahun-tahun, jelas sudah mana qadim, mana muhadas. Jelas sudah mana zahir mana batin. Mana halal mana haram. Akhir pening, balik semula masuk dalam sarang was-was . Percaya bukan-bukan padahal bukan tak ada pengalaman.

Kaedah

Guru suruh - buat



Bersungguh-sungguh

Orang tua selalu berleter, ngepek. Kalu buat kerja kena bersungguh. Kerja yang ala kadar ibarat melepaskan batuk di tangga. Tak ada bekas dan kesan apa-apa.

Friday, April 01, 2016

Bohong

Jangan jadikan amalan

Thursday, March 31, 2016

Bersilat

Akhir bersilat bukan dengan sepak terajang tetapi dengan Kalimah Tauhid . La ila haillallahu Muhammadarrasulullah. Sehebat dan setangkas mana pun langkah semasa berpencak jika tewas di akhir kalam tidak berguna.

Wednesday, March 30, 2016

Merenung Kebesaran Allah

Melihat kebesaran Allah melalui alam. Alam terbahagi dua untuk direnung. Ada alam besar dan ada alam kecil. Kedua-duanya memberi manafaat jika dilihat dengan mata fikir dan akal yang jernih. Namun tiada kesudahannya jika tidak dilihat dan direnung alam kecil iaiitu hakikat diri insan itu sendiri. Ini kerana manusia ialah sebaik-baik kejadian.

Tuesday, March 29, 2016

Alang Patani Antik RM1000.00 termasuk pos laju dalam semenanjung (SOLD)

Add caption
Add caption


















Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok tembaga
antik keseluruhan

Saturday, March 26, 2016

Sunday, March 20, 2016

Rindu

Berkongsi pandangan anak buah.  .......Katanya rindu pada tuhan....apa yang kau rindukan kalau fardhu ain pun tak kau selesaikan. Kau brcakap pasal rindu tuhan ketika kau masih bergelumang dalam hadas kecil dan hadas besar.

Saturday, March 19, 2016

Lawi Ayam - Rahsia bangsa Melayu

Di manakah kehebatan permainan senjata lawi ayam atau dikenali juga sebagai kerambit. Lawi ayam (kerambit) adalah senjata sulit atau rahsia orang Melayu.Pada zaman dahulu amat sukar untuk melihat permainan kerambit diajar secara terbuka. Ini kerana untuk menjaga kerahsiaan permainannya. Ia tidak ditonjolkan atau diselit dipinggang seperti keris dan badik. Bentuknya yang kecil dan biasanya bewarna gelap kerana ia lebih senang disembunyikan berbanding warna-warna yang terang. Bentuk lawi ayam yang melengkung dan tersembunyi dalam penumbuk amat merbahaya kerana kehadiranya sukar dikesan. Serangan kerambit biasanya berlaku dalam keadaan kalut dan tidak terduga. Ini kerana ia adalah senjata yang sebati dengan penumbuk. Cuma ia menyerang dengan cara yang tersendiri. Dalam perlawanan sebenar tidak perlu memusing-musing kerambit bagi menonjolkan kehebatan. Ini kerana ia sudah menjadi senjata yang tidak rahsia lagi.

Orang-orang Melayu terdahulu juga jarang melakukan persembahan atau demonstrasi di tempat kahwin atau keramaian bagi permainana lawi ayam. Ini kerana permainan lawi ayam bukan jenis senjata yang terhunus untuk dipertontonkan. Apatah lagi sifatnya yang tidak langsung menyerlah. Adalah tidak logik apabila seorang penyerang tangan kosong terus melancarkan serangan tangan dan kaki tatkala melihat lawannya bersenjatakan kerambit.

Bahagian tajam pada mata kerambit yang disepuh sekadar satu inci sudah cukup untuk merobek dan melukai kulit musuh. Lawi ayam tidak perlu setajam pisau sembelih atau pisau lapah. Ini kerana senjata orang Melayu ialah senjata yang kejam. Ia memberi kesakitan dan bisa kerana seretan hujung kerambit yang tidak terlalu tajam. Jika terlalu tajam musuh tidak sedar ia telah terluka akibat hirisan senjata dan akan terus melawan. Sebaliknya bila ia sedar ia telah cedera kemungkinan untuk menamatkan serangan atau melawan adalah lebih tinggi. Generasi lama silat sentiasa memegang teguh rahsia permainan lawi ayam / kerambit kerana menganggap ia adalah rahsia Melayu. Zaman sudah berubah, lawi ayam / kerambit kini sudah menjadi senjata popular bukan sahaja bagi bangsa Melayu dan Nusantara tetapi sudah menjadi kelengkapan wajib bagi tentera USA, Australia dan Israel. Ironinya bangsa Melayu masih lagi fobia dan tergagau-gagau dan berpolemik apakah beza antara kerambit dan lawi ayam.


Friday, March 18, 2016

Lawi ayam Rm120 termasuk pos laju dalam Semenanjung ( SOLD)

Add caption

Panjang kesluruhan 7 inci
Bilah 3 inci
Hulu kemuning
Sarung sena

Lawi Ayam RM150.00 termasuk pos dalam semenanjung


Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 3 inci
Hulu sarung kemuning
Tmim tanduk

Parang Lading RM300 termasuk pos laju dalam semenanjung


Panjang kesluruhan 19 inci
Panjang bilah mata 13 inci
Hulu sena ( cat hitam)
Sarung kayu sentang.
Temim tembaga

Monday, March 07, 2016

Amalkan

Ilmu untuk diamalkan, bukan sekadar untuk disembang-sembangkan. Belajar dan menuntut ilmu untuk baiki diri sendiri bukan untuk sibuk nak membaiki orang lain. Ilmu bukan sekadar dijadikan zikir yamg diulang-ulang menyebutnya tetapi biarlah menjadi diri.

Sunday, March 06, 2016

Bercakap

Jangan kita mulakan perjalanan mengenal diri kita dengan banyak menghentam orang lain. Tumpukan perhatian untuk membaiki diri sendiri dengan penuh azam dan istiqomah. Bukan dengan rasa dendam, marah dan tidak puas hati.

Tajam

Bercakap bab tajam. Ramai bila berasakan pisau parang mereka tajam, mula menakir dan menebas. Perlu diingat pisau lapah bukan untuk tetak batu atau kayu. Kayu tak terjejas pisau pulu yang rongak ropong.

Saturday, March 05, 2016

Masa untuk bersendirian

Pentingkan diri sendiri. Potong mana yang patut. Kerat mana yang perlu.

Hipokrit

Ramai yang hipokrit. Ibarat menanam tebu di tepi bibir. Dengan diri sendiri pun kita berbohong, apatah lagi dengan orang lain

Monday, February 22, 2016

Mengajar

Mengajarlah jika pandai...belajarlah jika ingin pandai. Mengajar jangan pandai-pandai.  Ada cara ada pandainya.

Sunday, February 21, 2016

Balik Asal

Balik asal tatkala mula.

Friday, February 19, 2016

Demi masa

Banyak masa yang disia-siakan kerana mengadap teknologi masa kini.

Thursday, February 18, 2016

Tanah Melayu

Jangan sesekali dilepaskan tanah keramat ini kepada kafir

Wednesday, February 17, 2016

Mencari sibuk

Sering tertanya-tanya. Berapa banyak lagi kesibukan yang akan aku kumpulkan.

Saturday, February 06, 2016

Bijok

Tinggalkan sekejap cerdik dan pandai demo bila memasuki jalan menuntut. Kalu dah cerdik apa lagi yang nak dituntut.

Kaedah

Cukuplah ambik rasa
Jangan ambik selesa
Menuntutlah dengan rela
Bukan kerana dipaksa

Wednesday, January 20, 2016

Syariat dan hakikat

Allah dan Muhammad
Musa dan Khaidir
Roh dan jasad
Zahir dan batin
Nyawa dan badan
Hidup dan mati

Indahnya

Bila dibukakan rahsia itu pada mu, maka gengamlah dengan erat. Simpan kemas-kemas kerana ia adalah amanah.

Sunday, January 17, 2016

Susah mahu cakap

Susah mahu cakap semua perkara, kerana kita bukan arif dan pakar dalam semua perkara. Cakap bila perlu sahaja. Diam lebih baik.

Friday, January 15, 2016

Jarak

Jarak

Tidak pernah memisahkan
Tidak pernah menyusahkan
Tidak pernah yang menyakitkan
Tidak pernah mendustakan
Tidak pernah mungkir

Hati dan nafsu penentu

Keliru

Mencari jalan pulang banyak yang tersasar. Ada yang masuk lubuk tapi senyum kerana terjumpa banyak ikan yang baik-baik. Ada yang jatuh longkang tapi tertawa kerana jumpa air yang mengalir. Ada yang masuk semak tapi gembira keran jumpa banyak pucuk muda.

Tuesday, December 22, 2015

Alang RM1600.00 SOLD. tq

Add caption
Add caption




Add caption
Add caption























Panjang keseluruhan 27 inci
Panjang bilah 17.8 inci
Ulu/sampir kemuning
batang sarung sena
tapak kemuning hitam
pendokok tembaga

Bila berlaku musibah

Bila keadaan memerlukan sokongan, maka pakat lari lepas diri belako. Hak tu kata tak kenal, hak tu kata salah salah, hak ni kata tak betul. Tak dak sapa nak musibah sampai melibatkan kematian dalam persembahan silat anak-anak gayong. Tak kiralah gayong mano sekalipun. Hari-hari ada orang mati kemalangan jalanraya. Hari-hari ada orang mati kena bunuh, kes mati kena keris ni rasanya inilah yang pertama.Tapi gegernya satu dunia. Hak tak pernah bersilat pun turut sibuk. Hak taj tahu mana keris mana pisau mana golok pun sibuk, Selama ni tak pernah pun turun padang ber[anas berhujan untuk mengajar silat. La ni semua pandai nak ngaja, cara tu la , cara ni la. Berapa kali yang banyak cakap tu turun melihat latihan anak-anak di tengah padang. Sapa yang pernah tanya berapa banyak duit poket jurulatih yang dihabiskan untuk mengajar silat.

Thursday, December 10, 2015

Adab

Masa akan mendewasakan seseorang dan mematangkannya. Namun jika kita tidak beradab masa akan menjadikan kita manusia yang matang dengan penuh sifat kurang ajar dan biadap. Merendah diri dan menghormati orang yang lebih tua juga adab. Wang dan harta benda belum tentu dapat membeli ilmu dan rasa hormat.

Tuesday, December 08, 2015

Lawi Ayam RM160.00 termasuk pos laju ( SOLD)

Add caption
Lawi ayam
Pakaian kemuning kuning keseluruhan

Friday, November 06, 2015

Badik Kelantan RM1700.00


Panjang keseluruhan 10 inci
bilah 6.8 inci
Bilah berpamor

Sunday, October 18, 2015

Ngerti

Faham itu lebih baik dari mengikut-ngikut. Apabila berhadapan dengan sesuatu isi buat kajian, jangan cepat melatah. Lihat dari sudut pandang yang luas. Dan jangan pula duk menyibuk dalam kain orang.

Saturday, October 17, 2015

Gelecoj

Gelecoh kaki buleh urut buleh bubuh ubat. Gelecoh aqidah payoh nak wat kiro.

Wednesday, October 14, 2015

Cakap banyak

Perjalanan rohani itu bukan dengan banyak nya bercakap.

Monday, October 12, 2015

Hobi

Dalam keghairahan kita berhobi seringkali kita terlupa ada lagi perkara-perkara yang lebih penting telah kita abaikan. Kita sanggup menjejeki pusaka lama hingga ke ceruk kampung. Namun untuk menjejaki ilmu fardhu ain jauh sekali.

Wednesday, October 07, 2015

RM170.00 termasuk pos laju



Sesuai untuk bilah 12 hingga 13 inci
Kayu kemuning

Coteng RM250.00 ( SOLD)

 Untuk bilah 11 hingga 13 inci
Kayu kemuning
Add caption


Tuesday, October 06, 2015

Berapa darjah kamu percaya?

Percaya adalah istilah lain bagi iman. Rukun iman ada 6. Antaranya percaya kepada qada dan qadar. Mana tahap redha kita pada qada dan qadar Allah. Yakin, ainul yakin atau haqqul yakin. Sebut dan tulis memang mudah. Tapi cuba lihat cara kita menterjemahkan dalam kehidupan.

Monday, October 05, 2015

Ilmu dalam buku

Ilmu dan amal tak boleh berpisah. Ia berjalan serentak beiringan. Seperti niat dan perbuatan. Seperti nafi dan isbat. Jadilah hakim untuk diri sendiri dan buka menghakimi kerja buat orang lain

Tuesday, September 29, 2015

Hulu Jawa Demam RM170.00 SOLD

Add caption

 Kayu kemuning
Sesuai untuk bilah 13 inci

Pilihlah

Ghairah amat saudaraku bila diajak bersilat. Bergetar tubuh badan oleh gelegak jiwa pendekar. Tahniah. Namun apabila diajak jumpa ustaz atau menxari guru untuk memahami ilmu tauhid dan fardu ain terus lembik lututnya dan kurang bermaya. Alahai sahabat dan anak-anak.

Gawat

Musim gawat politik dan ekonomi. Kita semua terkesan. Lagi parah gawat aqidah. Saling salah menyalah dan tuduh menuduh. Mudah cerita nilai diri sendiri, belajar, menuntut untuk cari jalan balik. Kubur masing-masing. Jaga anak bini dan keluarga kita.

Badik Kelantan (b) RM190.00 termasuk pos ( SOLD )


Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah 4.7 inci
Ulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Badik Kelantan RM190.00 termasuk pos


Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 3.8 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Sunday, September 27, 2015

Jangan gopoh

Lihat, perhati, baca, fikir, renung, renung lagi. Dari satu lapis ke lapis lain. Jangan mudah buat andaian.

Badik Antik RM700 ( Arwah Pok Soh Sedor )



 Panjang keseluruhan 9 inci
Panjang bilah 6 inci
Ada tanda pada hulu



Beko antik RM1300.00 LOCK .adly

Add caption

Panjang keseluruhan 10.5 inci
Panjang bilah tak termasuk hulu 6.7 inci
Sampir kemuning, batang sarung sena

Saturday, September 05, 2015

Rezeki masing-masing

Usah kau risau akan nasib si anu si anu.. biarkan mereka tentukan nasib mereka sendiri. Cuma kau perlu nilaikan diri sendiri.

Thursday, August 27, 2015

Tokchu (2) RM900 SOLD (fiz)

Add caption

Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 11.2 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena