sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Friday, June 05, 2015

IBARAT


Ibarat

Kau mencari perumpamaan diri
Melayu ku bijak berkias
Telah lama Melayu kiaskan
Hulu bilah sarung kasut

Bilah sembunyi di dalam sarung
Ruh sembunyi di dalam jasad
Dua bersatu menjadi satu
Itulah ibarat di dalam aku

Tak akan cantiknya sarung
Tak akan cantiknya bilah
Kalau asing terpisah-pisah
Jasad dan jiwa bertukar resah

Bersatu bilah dengan sarungnya
Keliru pula tanpa ulunya
Ibarat insan tanpa tauhidnya
Pegang kejap menunjuk arah