sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Tuesday, February 03, 2015

Cara kalu nak bersilat....

Bila dah masuk taraf jurulatih atau gurulatih ilmu kena mantap dan diperhalusi. Cara mengajar juga kena belajar. Namun hari ini saya nak kongsikan satu ilmu yang perlu ada pada guru-guru yang hebat ketika nak berguru dengan guru-guru tua yang lagi hebat ilmu silatnya. Pertama kena ambik kira kebajikan guru-guru tua. Jika nak bermalam di rumah guru tua kita kena "bayar". Guru tua kita kebanyakan kerja kampung dan bukan orang kaya. Bila kita berkunjung ke rumah mereka kita bermalam sampai dua atau tiga hari. Guru tua dah tinggalkan kerja dia semata-mta nak mengajar kita yang datang dari jauh. Katalah kita datang 4 orang. Kalau kita sewa hotel berapa kita kena bayar untuk 2 malam. Istimewa lagi isteri guru jadi tukang masak pada kita. Kemudian kita dapat ilmu kelas A dari guru . Belajar sampai lewat pagi. Selfie lagi. Persoalannya berapa banyak "bayaran" kita pada guru tadi. RM50, RM100, RM150, RM200, RM300 atau RM500. Kalau kita bayar RM500 atau RM600 adakah terlalu banyak kita rasa? Fikirlah wahai guru silat gayong yang handal-handal lagi perkasa. Dengan ilmu dari dada gurulah kita menjadi guru.

No comments: