sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Friday, June 28, 2013

Untuk perhatian sahabat . Lok 3 sembilan inci


Add caption


Add caption

Thursday, June 27, 2013

Sombong...

Perangai manusia pelbagai jenis. Ia menunjukkan kekayaan Allah s.w.t. Ada yang jenis kaya... sombong, ada yang berilmu... sombong, ada yang miskin tapi lagi sombong. Namun ada juga yang bodoh sombong. Redhalah atas pekerjaan Tuhan.

Anak Alang antik RM500 (sold)

Add caption

bilah antik, hulu baru, pendokok antik, sarung sampir antik.
Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 7.3 inci

Wednesday, June 26, 2013

Bonus...

Alhamdulillah, rezeki dari Allah untuk hambanya tidak pernah putus-putus. Walaupun tidak kaya, tapi cukup. Setiap hari diberinya bonus hasil perniagaan online, walaupun tak banyak, cukuplah untuk isi minyak dan dan buat belanja kawan-kawan sarapan pagi. Maaf dipinta pada pelanggan yang tak sempat saya layan semasa saya tutup kedai. Janganlah marah, bukan tak nak layan. Keadaan tak sesuai untuk berniaga semasa di Tanah Suci. Bukan sombong atau berlagak, kalau saya salah saya mohon maaf banyak-banyak.

Pedang Melayu 21.5 inci RM370.00 termasuk pos dlm semenanjung ( SOLD)


Hulu kayu star
Sarung halban
penyangga tembaga

Tuesday, June 25, 2013

Untuk perhatian sahabat ( SOLD )

Add caption


Terimalah seadanya....

Pengalaman mendewasakan kita. Terimalah seadanya sesuatu kejadian atau peristiwa. Hidup mesti diteruskan. Allah itu Maha adil dan Maha Bijaksana. Berlapang dada dan sibuk dengan "diri" adalah lebih baik daripada memikirkan urusan orang lain. Kurangkan aktiviti "menyelak kain orang", lebihkan aktiviti "memberus" kain sendiri.

Sunday, June 23, 2013

Memahami karya sendiri

Jangan sesekali hanya pandai meniru-niru sahaja. Setiap karya yang kita hasilkan mestilah dengan kefahaman, takut nanti tak pasal-pasal kita bersekongkol dalam menghasilkan rupabentuk patung sembahan sesetengah kaum. Memartabatkan seni budaya bangsa tidak salah, yang salahnya kita memartabatkan warisan pemujaan terhadapa patung dan lembaga yang jika salah faham boleh memesongkan aqidah.

Buat kerja kita.

Setelah kita menetapkan haluan hidup kita, maka layarilah hidup ini dengan penuh sabar. tidak dinamakan hidup tanpa ujian dan dugaan. Namun adalah sia-sia ujian dan dugaan yang kita lalui jika matlamat kita terpesong jauh dari aqidah yang sohih. Betul atau salah cara hidup kita, masa tetap berjalan. Titik noktah semakin hampir. Beruntunglah sahabat-sahabat yang memilih jalan agama sebagai perjalanan hidup.

Lok 7 berpamor RM900 (SOLD)

Add caption


Add caption

Add caption
Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sarung kemuning
Batang sarung halban
Bilah berpamor besi sebatang

Keris Selit Berpamor RM600.00 ( SOLD) hg

Add caption

Hulu/sampir kemuning
Batang sarung kayu halban
Pendokok tali ( tembaga celup perak)
Panjang keseluruhan 10inci
Add caption

Panjang bilah 7 inci
Berpamor
Ketandaan pusaran di pangkal bilah.

Wednesday, June 19, 2013

KERIS

Telah banyak membunuh...
persahabatan, setiakawan, maruah
Aqidah muslim banyak yang telah kau rodok
Tembus, melekat dan tersiat
Semua bukan salah mu,

Wahai besi tempa
yang diberi nama
diberi pangkat
diberi darjat

Serakah nafsu insan
Mengundang tipu daya syaitan

Mahukah ku khabarkan,
Antara rezeki dan keris tiada kaitan
antara jodoh dan perlindungan, semua kuasa tuhan.



Tuesday, June 18, 2013

Tapis menapis

Tidak semua yang kita pernah belajar suatu waktu dulu itu betul dan perlu diwariskan pada generasi terkemudian. Rujuklah guru-guru agama yang berkelayakan untuk menyemak apa yang kita pelajari dan apa yang kita amal serta yakini. Tidak semestinya ilmu yang "menjadi" itu betul pada landasan syariat Islam. Tapis tapislah.

Melihat ia naik dan turun

Jadilah pemerhati yang setia.  Tanpa ulasan dan tanpa prasangka. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah urusan Allah agar kita berfikir dan merenung akan kebesaranNya. Ketika naik jangan angkuh, ketika jatuh jangan mengeluh. Berjalanlah dengan pegangan  " Faham setinggi-tingginya, perlakuan serendah-rendahnya".

Pedang Melayu RM370.00 sebilah


Monday, June 17, 2013

Melihat ia naik dan turun

Jadilah pemerhati yang setia.  Tanpa ulasan dan tanpa prasangka. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah urusan Allah agar kita berfikir dan merenung akan kebesaranNya. Ketika naik jangan angkuh, ketika jatuh jangan mengeluh. Berjalanlah dengan pegangan  " Faham setinggi-tingginya, perlakuan serendah-rendahnya".

Tanya ?

Seringkali saya  bertanya kepada anak-anak buah dan sahabat yang cenderung serta minat dalam dunia senjata Melayu. Apa sebenarnya yang anda cari dalam dunia senjata Melayu ini? Kalau ada yang anda cari di manakah titik noktahnya? Apa manafaat yang telah anda dapat sepanjang berkecimpung dalam bidang ini?


Keliru..

Soalan-soalan biasa apabila membicarakan keris.

1. Besi apa
2. Asli atau tidak
3. Ada isi atau tidak


Jawapannya akan menentukan harga sebilah keris, jawapannya boleh jadi berubah-ubah, direka-reka. Jarang sekali jawapannya tidak tahu atau tidak pasti. 





Kedai dah buka..

Alhamdulillah. Saya sudah mula berurusniaga seperti biasa. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sabar menunggu.