sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Tuesday, February 26, 2013

Merasa "hidup"....

Berapa kali dalam sehari kita ingat bahawa kita ini "hidup". Berapa kali dalam sehari kita berhenti seketika untuk menikmati "hidup" kita.  Kita berasa nikmat apabila menyedut asap rokok tapi kita tidak pernah bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menikmati "hidup".

Bertambah dan berkurang

Ilmu besi, batu dan kayu semakin bertambah. sudah kenal segala jenis keris, sudah kenal segala pomor, sudah kenal setiap urat kayu, sudah kenal semua air tangan tukang. Nampaknya ilmu "abang" semakin bertambah. Tapi bolehkah pengetahuan kita mendekatkan diri kita pada Tuhan. Risau juga kalau-kalau dalam keghairahan kita "memburu" ,  hati kita tertutup oleh batu, kayu dan besi.

Sunday, February 24, 2013

Masa yang berputar....

Semasa budak tak pernah ku fikirkan sakit pening, letih dan jemu. Apa yang ku tahu apa yang aku hendak mesti dapat, mengulang rumah guru tak kira waktu. Menghabiskan beras di rumah guru memang kerja aku. Tidur rehat guru selalu ku ganggu demi mengorek ilmu. Namun semua itu sudah berlalu. Memori indah masa lalu pengubat rindu dalam meneruskan perjalanan mengadap Pemilik
Segala Ilmu.

Buat kerja kita.....

Teruskan dengan kerja kita. Banyak lagi kerja yang tak terbuat. Usah la kita "kerja" menyibuk dengan kerja orang lain. Masing-masing ada tugas. Baiki diri sendiri dulu, menuntutlah jalan untuk kembali walaupun ia menuntut banyak pengorbanan. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita.

Saturday, February 23, 2013

Keris bugisl Antik RM1550.00 SOLD






















Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Pendokok perak
Set santik keseluruhan

Badik RM550.00 SOLD


Add caption

Keris Gelanggang berpamor RM370.00 termasuk pos dlm semenanjung ( SOLD)

Add caption

Keris gelanggang berpamor
Hulu/sampir kemuning
batang sarung halban
Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 10 inci

Lawi ayam RM150.00 (SOLD)

hulu kemuning
batang sarung halban
penyangga tembaa

Keris selit berpamor RM550.00 ( SOLD )

Add caption
 Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 7 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Pendokok perak

Keris Selit Berpamor Lok 5 RM450.00 termasuk pos dlm Semenanjung (SOLD)




Panjang kesluruhan 14 inci
Bilah 9 inci
Sampir jati/batang sena/hulu macan hutan
pendokok perak

Saturday, February 16, 2013

Lihat sahaja....

Tak terdaya ambo nak kata apa. Tak akan terkejar oleh manusia  jika yang  dikejar adalah kehebatan dan "power" yang ada pada kayu, batu dan besi. Bereskan dulu bab taharah, bereskan bersuci kencing berak kita. Itu lebih afdal daripada kita berhabis duit mengaji kehebatan kayu tanpa mengkaji kehebatan ciptaan Allah yang bernama manusia.

Friday, February 15, 2013

Kedekut...

Kedekut untuk diri sendiri adalah paling sadis. Kita sibuk untuk bacakan alfatihah, yasin dan sebagainya untuk orang lain. Tapi bila nak bersedekah atau menderma kita pilih duit yang paling kecik untuk  untuk di dimasukkan dalam tabung. Ingat sedekah tu untuk siapa? Sebenarnya kita menabung untuk tabung akhirat kita, bukannya tabung masjid atau tabung anak yatim. Bayangkan untuk diri sendiri pun kita berkira, kalau untuk orang lain, nampak beriya-iya benar untuk membantu kalau untuk diri sendiri "kedekut".

Teras gemungga batu RM130.00 ( SOLD)


Thursday, February 14, 2013

Badik tempahan khas sahabat

Add caption

Hulu kemuning hitam
Sampir kemuning emas
temim tembaga
batang sarung damar minyak

RM350.00 saiz 19 ( SOLD)


Badik pamor bulu rusa RM300 ( SOLD)

Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 6 inci
Hulu/sampir/buntut kemuning
Batang sarung sena

Keris Gelanggang berpamor RM370.00 termasuk pos ( SOLD)

Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban plot

Saras RM1220 termasuk pos dalam semenanjung


 Bilah antik
Sarung /hulu/pendokok baru
Panjang keseluruhan 19 in
Bilah 13.5 inci


Badik lurah berangkut sarung kemuning hitam RM550.00


Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 7 inci tak termasuk puting

Wednesday, February 13, 2013

Pesan dia pada aku

Semua ini hanya mainan. Kayu, batu, besi hanya mainan. Hanya mainan penyeri kehidupan. Kadang-kadang kau dapat main sorok-sorok dengannya, kadang-kadang kau dapat seronok-seronok dengannya. Jangan kau angkat dan letak di atas atau dalam kepala, nanti ia akan jadi beban. Jangan sesekali kau mengambil batu, besi atau kayu sebagai barang sembahan.  Jangan sesekali batu , kayu besi mengambil tempat Tuhan di hati mu.

Besi itu.....alahai

Bila bermain keris....ada yang mencari tarikh untuk mendapatkan nilai sejarah, antik. Semakin tua dan lama maka semakin tinggi nilainya. Ada juga yang mengintai khadam di dalamnya untuk mendapatkan mistik, ada orang tua, ada panglima, ada yang jubah putih dan ada jubah hitam. Semakin hebat khadam maka lebih senang menjualnya. Ada jua yang menjual cerita, tukang raja, tukang istana, tukang bohong dan segalanya. Namun sering saya tanyakan apa yang sebenarnya kita cari?

Jangan keliru

Ingatan kepada sahabat-sahabat agar faham dengan jelas halatuju hidup kita. Dalam keghairahan kita melayan hobi jangan sesekali kita tergelincir. Tergelincir simen yang basah cuma boleh memecahkan kepala, tapi tergelincir aqidah dan pegangan boleh membawa ke neraka. Begitu juga dengan keutamaan, cuba kita renungkan dalam-dalam, di manakah Tuhan dalam hobi kita?

Alhamdulillah..

Setelah beberapa hari tidak aktif berblog saya kini kembali. Sebenarnya saya keluar makan angin bersama keluarga ke Johor Bharu, Singapura dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah semua selamat dan menyeronokkan. Terima kasih semua.

Thursday, February 07, 2013

Bila sampai masanya...

Bila sampai masanya, ia tak dapat disekat-sekat. Begitulahkehendak Tuhan. Usah risau dan usah kelam kabut. Kalau bukan hak kita, segigih manapun kita mencarinya tak mungkin kau dapat. Namun usaha dan ikhtiar jangan kau buang.

Tuesday, February 05, 2013

Kisah Budok Awe

Pening nanar sorang sorang
Pagi petang siang malam
Ikut orang kata dia turut belako

Kesian budok awe
tak tahu mano nak pegang
hulu hilir semua kelam
mana lagi nak tuju
laut darat semua kata tak tahu

Sobar budak awe
Tarik nafas dalam-dalam
renung ke dalam biar jiloh
ook senafas terok sampai rapat
cari sampai dapat

carilah budok awe...........

Monday, February 04, 2013

Alang RM500.00 termasuk pos dalam semenanjung ( SOLD)

Add caption
Add caption


Bilah antik
cicak baru
ulu sampir baru

Panjan keseluruhan 24inci
Bilah 13 inci
besi nyaring

Sunday, February 03, 2013

Keris Gelanggang berpamor RM370.00 termasuk pos dlm Semenanjung ( SOLD)

panjang keseluruhan 13 in
bilah 10 inci

hulu/sampir kemuning kuning
batang sarung halban