sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Tuesday, October 30, 2012

Allah itu Maha Pemurah..

Guru-guru ilmu tauhid selalu berpesan, jangan risau, jangan bimbang dan jangan ragu.... rezeki, ajal maut telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bulatkan tekad, teruskan beramal, jalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sebaiknya nescaya rezeki akan datang mencari kamu. Siapkanlah lorong-lorongnya, nescaya mulut kamu dengan sendiri akan berkata  "Allahuakbar Walillahilhamd"

Teruskan perjalanan...

Terlalu ghairah untuk bercakap dan bercakap selalunya akan menyulitkan diri sendiri. Bila dah syok bercakap terutamanya tentang kelebihan dan kehebatan maka seringkali kita akan bercakap lebih-lebih untuk menyedapkan cerita, walhal kita hanyalah tong dram sahaja. Akhirnya tak ada apa yang dapat, yang kita dapat ialah aib, musuh dan dosa. Jadi kalau banyak ilmu mengajarlah, bukan dengan buka sembang dalam fb atau blog. Kalau tak pandai, belajarlah.. cari guru , bukannya  menuntut dengan CDguru, atau secara online. Hak orang jangan diambil kesukaan orang jangan diganggu. Teruskan misi kita walaupun ramai yang dah menggelupur di awal perjalanan. Ilmu ialah apa yang kita rasa dan dapat di sepanjang perjalanan bukan apa yang kita  khayalkan tanpa memulakan perjalanan.

Sunday, October 21, 2012

Untuk perhatian anak gayong ump ( SOLD)


Bahaya...

Keris memang bahaya. Jarang orang mati kerana keris pada zaman ini. Tapi ramai orang bergaduh dan bermasam muka kerana sebilah keris. Macam-macam hal boleh terjadi kerana keris, sampai putus silaturrahim pun ada kerana keris. Bagi kita insan yang hina daif lagi fakir, cukuplah dengan apa yang ada, pandai tidak, bijak pun tidak, kudrat yang ada kita manafaatkan untuk mencari rezeki yang halal di bumi Alah yang makmur ini.

Saturday, October 20, 2012

GOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Lawi ayam RM150.00 ( SOLD) tq





















Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 3 inci
Hulu/sarung kemuning
penyangga tembaga
sampir dan hujung sarung kemuning hitam

Sudah terbalik...

Badik Tanah Kor retak seribu RM250.00 SOLD tq

Add caption



Add caption
Panjang keseluruhan 8 inci
bilah 5 inci

Selit Lok 3 pamor perut ular RM550.00 SOLD

Add caption
Add caption



Add caption
Add caption



Add caption
Add caption



Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 8 inci
Ulu /sampir kemuning
Batang sarung halban plot
Ketandaan pusaran dipangkal, lam alif kilas
Pamor perut ular

Friday, October 19, 2012

Ujian

Ujian datang dari Allah. Hanya mereka yan berjiwa besar sahaja mampu menghadapinya. Allah menguji hambanya untuk mengangkat darjatnya. Selamat berjuang sahabatku. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Allah

Berserah dan berharaplah kepada Allah. Ujian yang terbesar ialah diri sendiri, semoga Allah memudahkankan segala urusan. Setiap pelajaran mesti ada peperiksaan, jangan takut untuk masuk dewan peperiksaan. Ia bakal memberikan kita sekeping pengiktirafan.

Thursday, October 18, 2012

Tinggi yang amat...

Cakap sikit, ceritanya ialah kerja-kerja wali Allah mengurus dan mentadbir alam. Tinggi sangat tu dik, urus dulu diri sendiri. Biarlah mereka dengan kerja mereka, sibukkan diri dengan belajar..bukan sibuk  bersyarah pada orang. Kitakan baru belajar, belum sampai masa untuk mengajar. Setiap pelajaran ada peperiksaan. Bukannya belajar tanpa "sudian".

Kasihan kat diri sendiri

Umur sudah lanjut, gigi sudah longgar, badan pula selalu sakit-sakit. Dunia dikejar, akhirat diabai. Musuh dicari, kawan-kawan pula semua lari. Ini semua bukan salah ibu mengandung, tetapi salah kerana tak sedar diri.

Tuesday, October 16, 2012

Bahagia....

Jangan tak bahagia kerana melihat orang lain bahagia. Bahagia kerana kita berpada-pada dan redha atas takdir Allah.

Monday, October 15, 2012

Badik lurah Kemuning Hitam RM650.00 RM550 SOLD.00

Add caption

Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 7 inci
Sarung design butir, kayu kemuning hitam


OFFER RM550.00

SOLD 

OFFER RM600 SOLD. (zmd) TQ

 Panjang keseluruhan 26 inci
Hulu + bilah 23 inci
Bilah 19.5 inci
hulu/sampir
batang sarung sena
pamor lilit ubi
Add caption



OFFER  RM600

Keris lok 3 (b) RM600 OFFER RM500.00 ( SOLD) Zl msg

Add caption
Add caption



Add caption

Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 9.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung kemuning hitam




OFFER   RM500.00

Sunday, October 14, 2012

Keris Melela Selit - OFFER RM450.00 SOLD . tq

Add caption
Add caption
SOLD














Panjang keseluruhan 13 inci
Panjang bilah 9.5 inci

OFFER RM450.00

Saturday, October 13, 2012

Tajong antik Hulu kenaung RM5500.00

Add caption
Bilah Charita 17 inci




Panjang keseluruhan 22inci




Gelabah..

Kenapa gelabah? Sebab kita buat salah. Tapi yang lebih teruk ialah tidak pernah berasa bersalah atas kesalahan yang  jelas dan diketahui. Belajarlah meminta maaf  pada manusia.

Tidak semudah itu....

Inginkan mutiara indah di dasar lautan yang dalam. Jika berpeluk tubuh, jangan harap ia akan berada dalam tangan kita. Kadangkala ia sudah berada di tangan orang-orang yang "arifbillah". Tidak perlu lagi kita menyelam ke dasar lautan yang dalam, namun tahap kesabaran, kerajinan dan pengorbanan kita terlalu kecil untuk ditukarkan dengan mutiara putih nan indah. Mulut berkata mahu, semahu-mahunya , tapi berbuatan melambangkan tidak. 

*menuntutlah cara menuntut

Guna..

Masa hidup kita terlalu singkat, seringkali kita bazirkannya dengan aktiviti yang belum tentu berfaedah untuk "mati" kita.  Berpesatuan bagus, berkelab bagus... bersendirian juga bagus. Namun setakat mana bagus aktiviti kita bergantung kepada pengisiannya. Jangan pula aktiviti persatuan, pertubuhan, kelab yang kita bina atau cipta tidak memberi ruang untuk "tauhid", sebaliknya lebih pada berseronok-seronok, mencari kemegahan, mengumpat dan hasad dengki pada insan lain. Carilah aktiviti yang boeh mengelakkan bertambahnya dosa dan bertambahnya ilmu apabila bersamanya.

Friday, October 12, 2012

Hulu tanduk, sarung kulit RM150.00


panjang mata 2.5 inci

Hampir siap...utk perhatian sahabat


Pendokok perak bunga tebuk RM350.00


Buka 3.5 cm
Stok 2 biji

Wednesday, October 10, 2012

Lok 3 batang sarek RM600.00 ( SOLD) zhl

Add caption
Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 1o inci

Hulu/sampir kemuning kuning
Batang sarung kemuning hitam

Tuesday, October 09, 2012

Jangan dik..

Jangan kita sesekali membeli keris atau senjata kerana beranggapan ia boleh murahkan rezeki. Jangan juga sekai-kali jadikan senjata-senjata keci sebagai azimat. Berhati-hatilah dalam menguruskan hobi kita. Siap urus, silap berurusan , kita boleh tergelincir ke lurah yang dalam iaitu syirik pada Tuhan.

Beko Patani Antik RM6500.00 ( SOLD) tq

Add caption
Add caption
Add caption


 


Add caption
Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 12,2 inci
Kategori antik