sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Saturday, September 29, 2012

Thursday, September 27, 2012

Lawi ayam RM150.00 ( SOLD)

Add caption

bilah 4 inci.
hulu/sarung kemuning
penyangga tembaga

Berpada-pada...

Keghairahan kita dalam satu-satu bidang perlu diseimbangkan. Seimbangkan aktiviti hobi kita dengan aktiviti mencari jalan pulang untuk mengadap Ilahi. Ingatlah batu, kayu, besi, kain tidak akan membantu kita melainkan pegangan yang sohih dan iktiqad yang jazam. Selamat berbudaya.

Ayam jantan

Lumrah ayam jantan, ayam betina yang bertelor dia yang riuh sekampung. Bila dah menetas dia pula yang sibuk kais mengais.

Wednesday, September 26, 2012

Saras Selit berpamor RM600 (SOLD)





















Panjang keseluruhan 13 inci
Panjng bilah 9 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung Sena











Monday, September 24, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Menuntut dan ujian..

Ujian adalah untuk  manusia, sama ada suka atau tidak. Ramai yang ghairah apabila mula  belajar/menadah/mendengar/menuntut, tapi seringkali mereka terlupa apa yang dipelajari apabila diuji. Mereka melolong, meraung dan kecewa apabila diuji oleh pemilik segala Ilmu. Di mana letaknya ilmu Ketuhanan yang kita pelajari sewaktu kita diuji. Ujian mereka yang berlandasan adalah lebih baik daripada mereka yang tiada tujuan. Mengadulah pada Allah yang Maha Mendengar. 

Monday, September 17, 2012

Dapat

Apa yang kita cari, itu yang kita dapat. Kita cari keris, dapat keris. Kita cari batu , dapat batu. Kita cari untung, dapat untung. Semuanya terpulang pada kita. Tergolek depan mata, kita kuis-kuis ke tepi. Sudah terlanggar bahu, kita jeling marah. Namun kalau kita mencari pemilik segala hati insyaAllah akan dibukakan hati kita. Sama-samalah kita berusaha dan berikhtiar mencari redhanya.

Wednesday, September 12, 2012

Hampir siap - perhatian untuk sahabat di Perlis

Add caption

Hulu tanduk kerbau + gading
Sarung kayu haban plot
Bilah bertulang

Sunday, September 09, 2012

Nak ke mana?

Ke mana kita nak membawa diri? Dari satu kelompok ke satu kelompok kita berpindah...apa yang kita cari. Ingin menambah ilmu atau ingin menyebarkan ilmu atau sekadar ikut-ikutan. Seringkali kita terlalu memikirkan untuk menyelamatkan kelompok besar, sedangkan diri kita sendiri masih terumbang-ambing  dan terkapai-kapai kelemasan dengan masalah diri sendiri.  Belajarlah dulu bab taharah dan fardhu ain, belajar dulu....jangan asyik bercerita retorik zaman silam. Ciptalah kegemilangan masa kini.

Friday, September 07, 2012

Cari kayu

Cari kayu, cari kayu, cari kayu, cari kayu,cari kayu, cari kayu, cari kayu, cari kayu

Antara hamba dan kuli

Aku hamba
Tapi,
Bukan kuli
Bukan juga untuk dibuli
Aku hamba Tuhan,
tapi aku Tuan
memerintah alam kecil 
aku hamba Aku




Perihal diri

Menari-nari anak tenggiri
Dikail orang disenja hari
Diri terperi senang dibari (cerita)
Diri tajalli zahir berdiri



Untuk perhatian Sdr.Mim - hampir siap

Hulu tanduk, sampir tanduk, sarung kemuning emas campur hujung tanduk rusa

Sudah siap - Awan Kilat

Ulu  gading, sarung tanduk

Monday, September 03, 2012

Makbul...

Jangan kita pandang hina pada hamba Allah yang merempat dan kurang siuman. Mungkin mereka ada kelebihan yang diberikan oleh Allah. Berbuat baik dan berbaik sangkalah pada mereka. Bantulah sekadar yang patut walaupun mereka bukan darah daging kita. Semoga mereka mendoakan kesejahteraan kita. InsyaAllah.

Jangan membazir....

Reja-reja bahan berwarna putih lebihan kerja tukang ambo manafaatkan untuk pengorek telinga besi ini. Tak tahulah ia bakal menjadi kesayangan siapa.

Offer RM180 sepasang. ( stok sepasang sahaja ) termasuk pos (SOLD)

Add caption
Add caption



Add caption

Sunday, September 02, 2012

Tak berubah...

Bukan senang untuk berubah. Apabila perbuatan sudah menjadi tabiat maka ke mana-mana pergi pun akan terbawa-bawa. Kalau baik alhamduillah, kalau buruk masyaAllah. Perbetulkan diri sendiri sebelum menilai dan memperbetulkan orang lain. Lebih baik semak akaun maybank/cimb/BIMB/RHB/PB dan lain-lain bank daripada sibuk menyemak/menyelak peribadi orang lain untuk mencari aib.

Saturday, September 01, 2012

Berpaut pada yang satu

Bila bertemu dengan sahabat-sahabat yang ikhlas pegangannya pada Allah, tak banyak yang boleh dibicarakan. Tuhan itu Satu.