sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Sunday, November 27, 2011

kabel kena curi

Maaf pada sahabat pengunjung blog, saya dah hampir seminggu tak dapat online kerana kabel telefon telah dicuri. Bila keaddan pulih saya akan online seperti biasa. Terima kasih semua.

Friday, November 25, 2011

Jangan kalut

Dalam ghairah mencari rezeki, adab dan sopan dengan masyarakat mesti diambil kira. Jangan keterlaluan hingga menimbulkan rasa benci masyarkat. Kalau kita menjaja atau berjualan, jangan diganggu orang bersembang, jangan dipaksa orang yang tak mahu, jangan diganggu orang yang sedang makan.

Tuesday, November 22, 2011

Merdeka....

Insan yang bermaruah ialah insan yang betul-betul merdeka. Keputusannya tidak dipengaruhi oleh lalat dan langau.

Jangan diikut...nanti

Kalau kita ikut bertengkar dengan orang bodoh kita jadi bodoh, kalau kita bergaduh dengan orang gila kita pun gila. Apa nak dikesahkan orang bodoh, itu kerja mereka.. biarkan. Apa nak dikesahkan orang gila... itu memang perangai mereka, kalau tidak mereka tidak gila... biarkan. Ramai lagi orang yang cerdik, ramai lagi orang yang waras dan ramai lagi orang yang boleh dibuat sahabat hidup di muka bumi Allah ini.

Monday, November 21, 2011

Keris antik RM1900.00 (ON SOLD)

Panjang keseluruhan 15 in
Bilah 9.4 inci
Kayu tak pasti.
Tatahan perak

Badik retak tanah kor Rm230.00 ( sold )




Panjag keseluruhanan 7 inci
Panjang bilah 4.25 inci
Sarung kemuning kuning

Kuasa

Politik ialah kuasa. Kenapa orang inginkan kuasa, terutamanya kuasa dalam politik. Kuasa membolehkan sesorang untuk menguasai sumber, dalam kata lain menguasai kekayaan. Realiti hari ini kuasa boleh dibeli dengan pelbagai cara sama ada dengan wang, cerita-cerita retorik dan juga manipulasi. Ironinya, bila kuasa politik sudah di tangan ia akan digunakan pula untuk menguasai ekonomi, akhirnya kuasa politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan lagi.

Tunduk.....

Berjalan pandang ke depan, pandang-pandang ke kaki. Sekali-sekali dongak ke langit. Jangan asyik dongak dan membusungkan dada. Bahaya banyak yang ada di kaki, nanti tersadung...parah.

Sunday, November 20, 2011

Mengembara....

Kisah anak muda yang ingin mengembara mencari dirinya yang hilang. Azamnya terlalu kuat, pelbagai dugaan hidup telah ditempuhinya. Namun fahaman makin kacau, kusut tak terlerai malah semakin berserabut. Akhirnya baru ia sedar, cari di dalam bukan di luar. Lihat di bawah, mungkin gajah besar terpijak di bawah telapak kaki ketika kita sedang meninjau kuman di seberang laut. Namun pengembaraan itulah ilmu .

Saturday, November 19, 2011

Dengarkan..

Perhatikan bicara hati kita. Perhaluskan ia. Perhatikan. Perhaluskan.

Thursday, November 17, 2011

Cara makan

Pisang sebiji... Makan sambil berlari, makan sambil berjalan dan makan sambilduduk bersantai. Kalau dah faham, carilah keselesaan.

Tuesday, November 15, 2011

Jangan ditangisi...

Jalan sulit dan penuh duri yang pernah dilalui suatu waktu dulu usah ditangisi lagi. Ia kini menjadi kitab sejarah untuk pedoman perjalanan mencari jalan pulang.

Melela Antik RM4800.00 ( on hold )


Panjang keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 11.5 inci
Hulu sampir kemuning
Batang sarung sena plot
Sarung hasil kerjatangan arwah Man Samurai

Monday, November 14, 2011

Zamrud alahaizamrud




Sunday, November 13, 2011

Penuh misteri

Kadang-kala kita mengadap guru, tapi guru diam dan tidak berkata-kata. Mengapa? Sebab guru sebena guru adalah Tuhan. Gurumu manusia yang tidak ada apa-apa, cuma manusia biasa yang hina daif, fakir dan lemah. Renung, tilik dan zikir.

Kosong

Maaf kepada sahabat-sahabat yang setia melayari blog saya setiap hari kerana saya kurang aktif berblog dalam seminggu dua ini. Faktor utama ialah tiada idea untuk menulis dan ditambah dengan kesibukan kerja hakiki. InsyaAllah jika ada rezeki saya akan aktif seperti biasa.

Monday, November 07, 2011

Sudah dimiliki - insyaAllah esok pos

Jong keluar masuk anjing masih lagi bercawat ekor

Pepatah Melayu yang amat sesuai untuk direnungkan. Maksudnya, walaupun kegiatan perdagangan dan perniagaan sudah mula berkembang atau pun dalam kata lain keadaan sudah banyak berubah tetapi anjing masih jua begitu, tidak berubah langsung. Masih lagi bercawat ekor.

Tokcu baru RM900.00

Panjang keseluruhan 18 inci
Panjang bilah 14.2 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Badik Kecik Sarung Tanduk RM250.00 SOLD

Panjang keseluruhan 6 inci
Panjang bilah 4 inci
Hulu/sampir tan duk kerbau
buntut tanduk kerbau balar

Thursday, November 03, 2011

Jangan begitu....

Tujuan kita belajar,mengkaji dan menuntut adalah untuk membaiki diri dan menyucikan nafsu. Ironinya apabila sudah ada sedikit ilmu dan diberi oleh Allah untuk mengecap pengalaman-pengalaman rohani kita sudah mula dikuasai oleh ego sombong dan riak. Bila jalan dada membusung, bila cakap semua tahu. Akhir pencarian dalam perjalanan ini ialah kosong, hina, daif, fakir , lemah.

Wednesday, November 02, 2011

Jangan kilas siku

Dalam budaya Melayu Kelantan aktiviti sembelihan binatang korban merupakan aktiviti ibadah yang penuh dengan semangat gotong royong dan kerjasama. Bagi mereka yang sihat aktiviti melapah dan memotong daging adalah aktiviti mesti bagi lelaki. Jangan pula ada yang tak bawa pisau ketika orang lain sibuk melapah. Kita pula hanya tunggu daging siap, kalau tak boleh melapah tolong pegang kaki pun cukuplah.. Jangan kilas siku aje

Berkorban

Banyak pengorbanan yang telah kita lakukan, berkorban untuk negara, berkorban untuk bangsa , berkorban untuk kerjaya dan bla bla bla bla. Cuba kita hitung pula berapa nilai pengorbanan untuk diri sendiri dalam mencari jalan pulang. Demi hobi kita sanggup menjelajah keseluruh nusantara, mencari , mengumpul dan juga membeli. Namun untuk "mati" kita tidak pernah peduli, apakah nanti jalannya kita temui atau sekadar mencipta syok sendiri.

Tuesday, November 01, 2011

Tak perlu dikejar-kejar

Cakap senang, tapi untuk sentiaa berada dalam keadaan "cool" sepanjang masa amat sulit. Apatah lagi jika poket mula kosong. Sebenarnya persekitaran akan mempengaruhi ketenangan seseorang. Jadi bentuk dan pupuklah persekitaran agar ia kondusif untuk diri kita.

Karya Bangsa untuk dinikmati

Ukiran bunga Melayu tebuk tembus