sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Sunday, July 31, 2011

Berkunjung ke Mersing


Setelah bertahun-tahun berurus niaga melalui telefon dan sms. Akhirnya saya berkesempatan berkunjung ke bengkel Tukang Zu purba di Mersing

Friday, July 29, 2011

Makan angin

Alhamdulillah, sebelum Ramadhan tiba ambo dan keluarga ambik kesempatan untuk bercuti di Pulau Tioman. Maaf pada sahabat yang bertandang ke rumah kerana pitu pagar berkunci. Kepada sahabat yang order barang, insyaallah ahad akan saya poskan. Begitu juga yang menempah bilah, ahad akan saya uruskan. Terima kasih atas kepercayaan sahabat semua.

Wednesday, July 27, 2011

Murah hati...

Ada sahabat suka beri makan pada manusia, itu biasa. Ramai orang yang suka hati bila melihat rakan-rakan dan sahabatnya kekenyangan. Namun ada sahabat yang lebih hebat, bukan setakat menjamu kawan dan sahabat tetapi kucing-kucing tak bertuan pun dibelai dan dijamu dengan friskies dan susu. Ironinya ada juga insan yang tak senang duduk bila melihat orang yang murah hati dan dermawan. Allah Maha Kaya dan Maha Adil

Janji...

Janji adalah kontrak yang perlu dipatuhi. Jika selalu tak ditepati ia bukan lagi janji. Janji lisan tanpa dokumen dan saksi, hanya hati dan kejujuran sandaran kepercayaan diri. Jangan biarkan kepercayaan dan rasa hormat orang mula lari kerana janji.

Tugas..

Bila dah habis.... kita kena balik. Masalahnya jalan balik kita masih kelabu dan berjerebu.

Tuesday, July 26, 2011

Offer anak Alang Antik RM500.00 (SOLD) Arf

Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 11.5 inci
Sarung kemuning

Keris Antik RM750.00 (OFFER 500.00 ) SOLD - sh jhr

Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9.9 inci
Hulu sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok tembaga antik


OFFER RM500.00

Badik besi sebatang RM250.00 ( OFFER 200.00 ) SOLD





Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 8 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang sarung sena

SOLD

Monday, July 25, 2011

Biarkan hati berkata-kata...

Kata-katanya selalu benar, kecuali bila akal masuk campur. Lintasan pertama selalunya tepat, tapi bila akal sudah mula masuk dan memberi hujah, kebenaran sudah menjadi kabur. Walau apapun latihan yang berasaskan bimbingan selalunya membuahkan hasil

Badik berpamor (b) RM200 OFFER 170.00 ( ON HOLD ) NIK




















OFFER RM170.00
Panjang keseluruhan 6.7 inci
Panjang bilah 4.5 inci
ulu/sampir kemuning
batang sarung jati

Penyokong

Penyokong tak faham, tapi apa idola buat mereka sokong. Betul ke tak betul semua bersorak. Buat kerja tanpa ilmu tapi berlebih-lebih mengundang aib pada diri sendiri.

Sunday, July 24, 2011

Tiada dalam buku....

Rahsia biasanya tidak ditulis, ditakuti tidak menjadi rahsia lagi. Kalau ditulispun dalam bait-bait isyarat dan kod. Banyak rahsia disimpan oleh guru-guru di dalam dada, penyampaianya juga bersanad dan bertapis. Intan berlian bukanlah permainan budak.

Saturday, July 23, 2011

Kunjungan dari dua menara gading

Maaf sahabat-sahabat yang singgah, kebetulan pula bekalan elektrik terputus. Harap tidak serik untuk singgah lagi.

Golok Sarawak RM110.00 termasuk pos dlm semenanjung










Golok kerja
Panjang keseluruhan 22 inci
Bilah 14 inci
Besi chainsaw
Kayu biasa

Murahnya...

Permata yang berharga jarang ditemui di tepian jalan. Jarang sekali mutiara ditemui di air cetek. Intan dan berlian pula jarang dilombong ditepi sawah. Pelik juga sesekali memikirkan bila orang menjaja emas dalam bakul di tepi jalan seperti menjual "etak".

Rezeki masing-masing

Membandingkan perjalanan diri sendiri dan perjalanan sahabat-sahabat dalam menelusuri jalan kembali untuk mati, rasanya habuan yang ditentukan Allah adalah berbeza-beza mengikut rezeki masing-masing. Ada yang susah dapat, tapi bila dapat ia segunung intan. Ada yang senang dapat, tapi akhirnya bertaburan di jalanan kerana tiada lagi rahsia dipendam. Hanya redha dan syukur dan menyerikan jalan pulang.

Friday, July 22, 2011

Anak Alang Antik RM650.00 ( SOLD )

Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 10.8 inci
Hulu kayu ( tak pasti)
Sampir kemuning batu
Batang sena

Ok

Nampaknya streamyx ambo dah pulih, lega rasanya. InsyaAllah ambo akan bersiaran seperti biasa.

Melela Lok 3 RM1350.00 (SOLD) azl




Panjang keseluruhan 17.5 inci
Panjang bilah 13 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Thursday, July 21, 2011

Mohon Maaf

Maaf kepada sahabat-sahabat kerana tidak dapat bersiaran seperti biasa. Sebenarnya streamyx saya sudah seminggu rosak dan masih belum dibaiki lagi. Pada masa yang sama juga Jabatan Pelajaran Kelantan telah menganjurkan Kejuaraan Silat Olahraga Peringkat peringkat sekolah-sekolah yang bermula daripada 17 jun hingga 20 jun. InsyaAllah jika tiada aral hari ini juruteknik telekom akan membuat pembaikian.

Saturday, July 16, 2011

PAMERAN & PERTANDINGAN KERIS DI KB

TEMPAT : PERKARANGAN STADIUM SULTAN MUHMMAD KE IV KB
ANJURAN : PERSATUAN SENI PURBA DAN KRAFTANGAN KELANTAN
TARIKH : 16 JULAI 2011

Nada..

Dalam sastera pelajar diajar untuk mengklasifikasikan nada sesebuah karya. Senang cerita sesebuah cerita/karya menampilkan halatuju masing-masing. Misalnya nada patriotisme, malankolik, protes dan lain-lain lagi.

Thursday, July 14, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Firus untuk sahabat

Tajong Tempahan Sahabat

Jangan kau biarkan kuda itu

Bila dah sampai ke destinasi, jangan pula kau biarkan kuda itu. Ingatlah jasa-jasanya ketika ia menjadi tunggangan suatu waktu dulu.

Kembali kepadanya.. Alfatihah


Semalam, rakan sekerja di SMK Putra kemalangan bersama 4 orang anaknya. Cikgu Junaidah telah kembali ke ramatullah.. Tiga lagi anak beliau masih lagi dirawat di hospital.

http://www.hmetro.com.my/articles/Matitersepitdepan4anak/Article

Baru siap - Dah dimiliki

Sunday, July 10, 2011

Ghairah.....

Ditenung-tenung dan ditilik-tilik, jelas kelihatan tak perlu bersuluh. Terlalu ghairah dalam sesuatu perkara boleh merosakkan diri sendiri. Simpanlah apa yang patut disimpan. Bukalah pada yang berhak dan layak. Pada generasi yang kurang ajar, biarkan mereka teraba-raba dan syok sendiri. Tutup kemas-kemas pintu ilmu untuk mereka.

Jauhnya mencari...

Seorang saudara muslim dari Sepanyol sanggup terbang beribu batu untuk mencari rahsia diri dan ilmu persilatan di alam Melayu. Bila Allah bukakan pintu hatinya, yang gelap menjadi terang, yang jauh menjadi dekat, yang susah menjadi senang. InsyaAllah.

Pedang Melayu RM350.00

Panjang keseluruhan 27 inci
Bilah 20 inci
Hulu/sampir kemuning
Sarung sena

Keris Antik RM2650.00

Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 15 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Saturday, July 09, 2011

Thursday, July 07, 2011

Teruskan perjalanan ini

Jangan berhenti. Teruskan berjalan kerana perjalananmu tiada akhirnya. Melihat gelagat insan adalah satu kelebihan jika engkau diam, senyum. Terserlah kebijaksanaan tanpa kata. Kalau terlebih pula nampaklah jahilnya.

Monday, July 04, 2011

Berlebih kurang..

Kadang-kadang kita lebih, sahabat kita kurang. Kadang-kadang kita kurang sahabat kita pula yang lebih. Jadi kalau berlebih kurang apa salahnya. Yang lebih mencukupkan yang kurang, yang kurang pula menerima tanpa prejudis. Lubang yang kecik sama-sama kita tampal, jangan pula kita korek untuk membesar-besarkannya.

Perhatikan...

Suara hatimu berkata-kata. Jangan gopoh, dengar betul-betul. Katanya "jangan mengadu pada manusia".

Sunday, July 03, 2011

Bilah-bilah tempahan sahabat

Hari-hari seronok

Hati berasa seronok. Keluarga, tempat kerja, sahabat-sahabat dan yang paling menyeronokkan apabila hati tenang dan redha atas qada dan qadarnya. Jangan sesekali memisahkan diri dariNya.

Saturday, July 02, 2011

Muqarrabiin

Tiada kawan, tiada lawan. Tiada teman tiada taulan. Yang menilik dan yang ditilik adalah satu.

Friday, July 01, 2011

Bersatu..

Bukan bersatu tetapi satu.