sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Thursday, April 28, 2011

Cuti 3 hari

Ambo cuti 3 hari mulai esok.

Lading untuk peratian NAZA









Panjang bilah termasuk hulu 18 inci
Bilah sahaja 12.5 inci

Wednesday, April 27, 2011

Tempahan khas sahabat

Sebatikan...

Ketika kita mula-mula kenal stering agak susah juga, semua kena fikir. Stering, minyak, brek, clutch. Tapi bila dah sebati tak ada lagi untuk difikirkan, bak kata orang niat dan buat itu serentak. Begitu juga dengan "zikir". Biarlah turun naik nafas kita berzikir pada PemilikNYA.

Tuesday, April 26, 2011

Bangsal wayang kulit

Berdiri teguh empat tiang, tambah satu tiang sri di tengah-tengah bangsal, dalang pula diikat pinggangnya pada tiang sri agar tidak terlepas dari pegangan permainan. Indahnya kiasan permainan wayang kulit Melayu.

Indahnya hidup

Diwarnai dengan pelbagai warna, putih hitam, hijau dan biru. Diadun pula dengan pelbagai rasa, manis, masam, pahit kelat dan masin. Bila pahit barulah kita tahu berharganya rasa manis. Bila kita jumpa hitamnya aqidah barulah kita tahu betapa indahnya putih nurani tauhid.

Sampir tempahan sahabat




Monday, April 25, 2011

Cenderamata VIP


RM1600 sebilah termasuk casing. ( tak termasuk pos )

Serahkan padaNya

Ibarat menakung air dengan pasir. Tutup sana sini bocor, tutup sini sana bocor. Usahlah kita berikhtiar untuk menyekat rezeki sesama manusia, tidak ada faedahnya. Hanya merosak diri sendiri, takdir Allah tidak akan berubah kerana busuk hati kita terhadap sesama manusia.

Alhamdulillah.. komputer dah ok vs Offer besar-besaran

Alhamdullah laptop buruk saya dah ok semula. Walaupun buruk dan sering meragam jasanya amat banyak kepada saya. Ada juga saranan sahabat-sahabat supaya dibuang ke laut je. Tapi saranan itu terlalu zalim bagi "orang tua" . Insyaallah saya akan buat offer besar-besaran pada awal bulan bermula pada 3 haribulan sebagai menghargai sokongan sahabat-sahabat semua kepada saya.

Sunday, April 24, 2011

Badik Antik RM750.00 ( SOLD )



Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 10 inci
Temim perak
Pakaian kemuning

Saturday, April 23, 2011

Mohon maaf

Komputer buruk saya meragam lagi. Insyaallah ahad baru repair. bersiaran melalui hp sahaja.

Thursday, April 21, 2011

Badik bugis RM550.00 ( ON HOLD )




Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 8 inci

Power...

Politik itu kuasa. Jangan berasakan hanya kita yang berkuasa. Berkuasa merancang atas segala perkara. Kena ingat juga Allah yang Maha berkuasa. Hari ini kita berdegar-degar mencabar " akulah yang hebat.." namun kita kadang-kadang terlupa bahawa manusia itu sifatnya hina, lemah,daif dan miskin. Jadi apalah yang ada pada secuit kuasa itu. Berpada-padalah.

Rezeki Allah di mana-mana

Susah senang kehidupan adalah takdir dariNya. Namun manusia dianugerahkan dengan perasaan. Kadang-kadang timbul perasaan sedih bila mengingatkan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan. Semoga kita pegang kembali "taliNya" dan membiarlah semua itu berlalu sebagai rencah kehidupan yang tidak akan menimbulkan bekas pada pegangan kita. Allahuakbar.

Wednesday, April 20, 2011

Istimewa untuk sahabat di Kuantan

Cincin sahabat dah siap

Untuk perhatian sahabat RM450 (tak termasuk pos)


Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 9 inci
Sarung / hulu kayu kemuning + serian
Besi L6

Tuesday, April 19, 2011

Coteng Antik RM1950.00

Monday, April 18, 2011

Pandang memandang

Bukan boleh diucap sembarangan, jika disebut tanpa "kecap" ia cuma angan-angan. Bukan ilham atau sekadar sembang-sembang, ia mesti jelas terpampang. Sekali seumur hidup pun kalau dapat, patut bagi makan 40 orang tanda syukur kepada Tuhan.

Sunday, April 17, 2011

Memberi salam...

Pesan seorang bos pada ucapan persaraannya untuk kita kongsi bersama jika ada manafaatnya; Apabila kita ingin menyampaikan ucapan atau diberi peluang untuk bercakap, sebaiknya kita dahulukan dengan ucapan salam sebelum menyebut nama-nama dif dan pembesar.

Saturday, April 16, 2011

Angkat dan jatuh.....

Tidak perlu kita bersusah payah untuk mengangkat atau menaikkan martabat seseorang. Itu bukan kerja kita. Kerja kita ialah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah pada kita. Semakin tinggi kita angkat semakin senang pula ia dijatuhkan ibarat kita hantar bola tanggung, ramai orang yang terliur untuk buat "smash".

Sundang Melayu Lok 5 berpamor dan melela lok 5 ( baru) SOLD

Main baling-baling...

Seronoknya kalau balingan kita tepat menuju pada lawan atau sasaran terutama musuh-musuh kita. Tapi peliknya kalau sesekali kita terkena balingan musuh mengapa kita meraung pada dunia mengatakan kita teraniaya. Dalam dunia sebenar ia dipanggil politik, atau dalam kata lain politik cari makan.

Biar masyarakat yang menghakimi

Dunia ini banyak ragamnya. Masyarakat hari ini tidaklah sejahat dan sebodoh yang kita sangkakan. Jangan kita perlekehkan pandagan umum kerana ingin menaikkan tocang kita. Lantaran itu lebih baik berusaha membaiki akhlak dan budi pekerti sendiri daripada cuba membaiki persepsi masyarakat .

Friday, April 15, 2011

Untuk Perhatian sahabat yang bertanya ( ON HOLD)


Lebar tengah 5.5 inci
Panjang dari ujung kehujung 8.5 inci

Badik baru siap : RM250 pcs termasuk pos dlm semenanjung



ulu dan sarung kemuning

Saras lok 5 berpamor RM700 (baru) SOLD

Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 10.5 inci
Sampir/hulu kemuning
batang sarung sena

Thursday, April 14, 2011

Layan...

Melayan orang yang tak waras akan menjadikan kita pun tak waras sama. Antara ciri-ciri orang yang tak waras ialah apabila berkali-kali melakukan kesalahan dan kebodohan yang sama. Dalam ertikata lain tidak serik-serik melakukan kerja-kerja bodoh. Apabila kita suka mencari dan menyebarkan aib orang, suatu hari nanti tuhan akan membuka aib kita pada umum. Carilah ilmu yang menjadikan kita disenangi dalam masyarakat, bukannya musuh masyarakat.

Ingat...

Jangan lalai, jangan lupa. Ingat pada Tuhan sentiasa. Itulah ajaran guru-guru dan agama kita. Ingat ada beberapa fasa. Fasa pertama zikir lisan, kedua dengan hati. Bila dah sebati barulah kita berzikir dengan turun naik nafas sahaja. Kalau tak reti kena mengaji. Bercakap bukan beerti lengkap. Bila cakap jangan pula duduk di atas, biar rendah tapi dalam hati iqtikad kejap dan mantap.

Jalan balik....

Mau tak mahu kita semua mesti balik. Walaupun kita buta , bisu, pekak dan capik. Jadi carilah jalan kembali, kerana kita bukan nak hidup seribu tahun lagi. Kesibukan dunia memang tidak pernah habis atau tamat. Semakin kita berumur semakin kita sibuk kerana kita semakin matang dalam dunia pekerjaan. Peruntukkan sedikit masa untuk diri sendiri. Elakkan jalan berduri, jalan yang lurus terselit dalam diri terperi.

Wednesday, April 13, 2011

Mendengar, mengaji , berguru dan menuntut

Datang bawa telinga, syok dengar, balik. Datang bawa buku, catat, tanda, balik. Datang, minta jadi murid, di ajar, dididik dan diasuh. Datang menutut hak murid dari seorang guru dan ditukarkan dengan hak seorang guru atas muridnya. Tapi lagi seronok kalau tak mendengar, tak belajar, tak mengkaji dan tak menuntut, sebab kita seronok duduk dalam angan-angan dan khayalan sendiri. Maka jadilah "serba tahu".

Tuesday, April 12, 2011

Pendapat dan pendapatan

Kadang-kadang kita minta pendapat sahabat apabila berurusan dalam soal jual beli senjata warisan. Sebaikknya minta atau tanya pendapat sebelum membeli. Apabila urusan jual beli dah selesai, akad sudah dilafazkan, seeloknya simpan dalam almari sahaja barangan yang kita beli. Pokok pangkalnya jujur  adalah kunci dalam berjual beli

Monday, April 11, 2011

Saturday, April 09, 2011

Berhati-hati bila bercakap...

Kalau kita suka pandang rendah pada orang dan suka melabelkan orang macam-macam, nanti semua perkara itu akan kembali pada diri kita. Orang yang kita labelkan tak rugi apa-apa, yang rugi diri kita sendiri. Apa yang kita kata pada orang akhirnya terpelangkung kepala sendiri. Jadi lebih baik kita sibuk dengan urusan kita. Janganla sibuk dengan urusan orang yang tak pernahpun berurusan dengan kita.

Angkat ekor....

Sebenarnya menjadi seorang yang pendiam ada baiknya. Bukannya diam terus, tapi diam dalam percakapan-percakapan yang tidak berfaedah. Janganlah kita suka "angkat ekor" terlalu tinggi, nanti keluar pula benda-benda yang tak berapa wangi. Kerana inginkan populariti janganlah kita cakap bohong, mereka-reka cerita dan menjual cerita. Kehidupan ini hanya sementara, carilah ilmu yang bermanafaat sebagai bekalan untuk balik bukan berterusan menjual cerita bohong untuk menebalkan poket.

Friday, April 08, 2011

jangan...

  1. Jangan kita beramal kerana dunia. Bebaskan diri kita sepenuhnya dari perbuatan yang menyalahi ajaran agama. Tidak perlulah kita hadiahkan amalan kita pada besi, batu dan kayu. beramallah kerana Allah. Hadiahkanlah amalan kita pada kedua-dua orang tua kita dan kaum muslimin muslimat, bukan pada keris dan badik atau pedang.

Pisau Lapah L6 - RM190.00 ( SOLD) Shah

Panjang keseluruhan 10.5 inci
Mata 6 inci
Besi L6
Pakaian kemuning gred A



Pedang Melayu RM350.00 SOLD


Panjang keseluruhan 27 inci
Panjang bilah 20.2 inci

Merenung bintang di langit

Bila merenung bintang di langit jangan sampai lupa rumput di kaki. Sesekali pandang-pandanglah dan ingatlah perihal rumput. Lumrah dalam berkawan, jangan kita berkawan kerana pangkat, kedudukan dan harta. berkawanlah kerana mereka adalah insan yang baik, dan boleh ingat mengingatkan tentang perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.

Thursday, April 07, 2011

Alhamdulillah .. Komputer dah ok.

Merosakkan diri sendiri...

Biasanya kejatuhan sesebuah organisasi atau individu berpunca dari dalam. Jika organisasi, mungkin kerana salah urus, atau kerana pertelagahan sesama sendiri. Jika individu pula, ia berpuca kerana perangai atau pun sikap buruk diri sendiri. Jangan salahkan orang lain, cermin diri atau muhasabah untuk mengkaji kenapa kita semakin dipencilkan oleh komuniti. Tidak lain dan tidak bukan kerana perangai kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

Tuesday, April 05, 2011

KOMPUTER MERAGAM - maaf

Rahsia....

Rahsia dalam pertukangan senjata Melayu terlalu banyak. Atas sebab-sebab tertentu maka banyak perkara perlu menjadi rahsia. Penemuan-penemuan hasil kerja lapangan biasanya menjadi rahsia peribadi tukang. Kadang-kadang ambo dan tukang hanya mampu tersenyum melihat gelagat dan perbicaraan tentang pertukangan senjata Melayu masa kini. Saya lebih senang dengar, lihat dan diam . Hantam sajalah labu.

Tasbih teras kemuning hitam RM150.00/pcs


Tasbih 99 biji

Monday, April 04, 2011

Saras baru berpamor RM750.00 SOLD

Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 13 inci
Hulu /sampir kemuning
Batang sarung sena
Pamor berbeza antara dua permukaan bilah




Sunday, April 03, 2011

Meja Umbi Tembesu ..

Laras Bahasa

Memilih laras bahasa yang sesuai dengan keadaan atau tempat merupaskan asas dalam berbahasa. Kegagalan untuk menyesuaikan laras bahasa menjadikan gaya berbahasa seseorang itu kelihatan asing dan janggal daripada kumpulan perbincangan.

Saturday, April 02, 2011

Akhlak

Sekolah tinggi pun tak guna kalau tak berakhlak . Orang menilai kita daripada perangai yang kita zahirkan. Bila mulut kita selalu penuh dengan cemuhan dan celaan pada sesama manusia maka manusia semakin menjauh daripada kita. Seni dalam berkawan dan bermasyarakat jarang diajar di sekolah.

Keris Selit RM250.00 - harga terjun dari bangunan SOLD

Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 7.7 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sena

TAWARAN HARGA UNTUK MINGGU INI SAHAJA

Friday, April 01, 2011

Binasa syahadah..

Antara 4 perkara yang membinasakan syahadah yang terdapat dalam kitab perukunan ialah :
Mengeji atau mencela orang yang berbuat kebaikan.

Kaedah guru tua...

Dalam pengajian sesekali guru tua tak mahu melayan anak muridnya. Ini memberikan peluang untuk anak muridnya menilai diri. Apa yang telah aku lakukan, apa salah aku.. Persoalan-persoalan ini wajar timbul untuk seseorang menilai semula perjalanan hidup sehariannya. Seseorang itu dikira belajar apabila ia berubah ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya