sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Wednesday, March 31, 2010

Mengimbau Kenangan Lalu




KURSUS INTENSIF GAYONG

TEMPAT : SM BACHOK 1978

Tuesday, March 30, 2010

Pisau Melapah RM150.00 termasuk pos SOLD OUT







Perut jari....

Perut jari merupakan bahagian yang perlu diberi perhatian jika kita ingin laju dalam pergerakan. Ini kerana keseluruhan berat badan kita akan berada diperut jari semasa kita bergerak, terserahlah kepada kita untuk mengalihkan yang kanan atau yang kiri.

Lebih senang membeli....

Dalam permainan/pertarungan, adalah lebih mudah kita membeli daripada menjual. Untungnya kita membeli kerana kita sudah dapat mengagak apakah buah yang dijual. Manakala bagi yang menjual pula ia belum tahu dengan matawang apa buahnya akan dibayar. Yang paling baik usahlah berjual beli penumbuk dalam kehidupan seharian.
*streamyx masih problem, tak dapat upload foto

Monday, March 29, 2010

damai....

Semakin kita matang sebenarnya semakin banyak tenaga kita diperlukan, ini kerana kita semakin mahir dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Nampaknya apabila semakin kita mahir semakin kita tiada masa untuk diri sendiri. Walau apapun jangan kita korbankan damai untuk diri sendiri. Carilah damai dalam penghidupan

Sunday, March 28, 2010

Cincin perak Kuku Suasa Permata Delima saiz 18 RM1600.00 (SOLD)



Milik Cikgu Warid




Milik Cikgu Nazri




Cincin Emas permata Delima saiz 12 (sudah dimiliki)




Cincin Perak Paruh Menilin saiz 18 ( SOLD OUT )




Kekangan...

Menilai kembali komen-komen sahabat berkaitan "kewangan", sebenarnya kekangan itulah ujian bagi kita. Kita sebenarnya risau kerana perkiraan logik kita tentang "cukup" dan tak "cukup". Pada hemat saya, inilah satu peringkat yang memerlukan tunjuk ajar atau dorongan agar halangan yang kecil itu boleh ditempuhi dengan "iman".
*line streamyx problem lagi....

Friday, March 26, 2010

Bila dah jatuh tersungkur

Masa tulah kita nak mengenang zaman hebat kita
Masa tulah kita mula nak cari sahabat-sahabat kita
Masa tulah kawan-kawan menghilangkan diri
Masa tulah kita tahu terlalu banyak kerja bodoh yang kita dah lakukan
Masa tulah kita mula ingat tuhan
Masa tulah kita tahu makna perkataan HINA, FAKIR DAN LEMAH.

Kursus Intensif Gayong Maahad Muhammadi (L)





Tempat : Sri Nipah Resort Bachok

Thursday, March 25, 2010

Bilah melela 17 inci tempahan sahabat (AZ)




Selesaikan dulu fardhu ain.....

Belajarlah perkara-perkara asas dalam agama terlebih dahulu sebelum melangkau ke alam tinggi. Mulakan dengan "awwaluddin makrifatullah ..." . Mulakan dengan belajar syahadah, dalami ilmu tauhid di dalamnya. Biarkan kefahaman yang memantulkan kita untuk mengucap " Ashaduanllailahaillallah, Waashaduanna Muhammadarrasulullah.

*bila dah akhil baligh, jangan lagi jadi tiung emas

Wednesday, March 24, 2010

Memilih....

Sesuatu hasil seni yabg baik dan berkualiti tinggi akan tetap dinilai baik sama ada baru atau antik. Antik sahaja tidak menjanjikan kualiti begitu juga yang baru. Tetapi jika produk baru yang berkualiti, sampai bila-bila pun akan dikatakan berkuaiti.

Menyumbang...

Hulurkan apa yang terdaya kepada yang kurang upaya walaupun mereka tidak meminta. Ada peminta sedekah yang tebalkan muka meminta-minta, ada fakir yang tetap teguh lisannya memuji Allah walaupun perutnya sedang bergelora. Seringkali kita memilih note RM yang paling kecil, atau syiling yang memberatkan poket untuk kita campakkan kepada yang meminta. Apa rasanya di hati... berbekas atau seperti membuang kutu yang tak perlu.

Mampukah kita bertahan...

Semakin hari generasi muda kita semakin goyah, akhlak parah, aqidah rosak, maksiat mengambil tempat. Akar budaya, jiwa perwira langsung tiada. Hiburan adalah raja generasi manja. Bapak berjambul anak bertocang. Lambat laun anak haram bakal menjadi imam.

Melela Kusriwa Lok 9 Tulang Bulat RM1700.00 SOLD OUT (nizam)
















Melela tulang bulat lok 9 (baru)
Pendokok antik
Sampir/ulu/tapak kemuning
gelang kemuning hitam
Panjang bilah 15.5 in
Panjang keseluruhan 21 in

Tuesday, March 23, 2010

Zamrud Design Bangkok RM1500.00 saiz 20







Lumpuhnya sebuah kerajaan

Dahulu kala kerajaan Patani amat kuat dan digeruni, peperangan selama 300 tahun antara Siam dan Patani membuktikan kekuatan Kerajaan Melayu ini. Mereka memiliki teknologi persenjataan yang hebat, bayangkan peluru "bedil besar" mereka mampu menjangkau 23 batu. Akibat sifat rakus pemerintahnya kini Melayu Patani tidak mampu mempertahankan wilayahnya daripada ditindas. Moralnya, keselamatan negara mesti nombor wahid, jika tidak kita akan hilang segalanya. Awasi pengkhianat dari luar dan dalam agar kedaulatan kekal di tangan.

Ilmu yang tumpah

Kekadang aura yang ada pada seorang guru tak dapat disembunyikan, pengetahuan/ilmu yang mereka miliki mencari murid. Bagi murid yang bernasib baik, mereka mendapat klu tanpa pemberitahuan lisan oleh guru.

Monday, March 22, 2010

Makluman kepada teman-teman

Saya akan menghentikan buat sementara waktu pengambilan tempahan senjata-senjata. Ini untuk memberi ruang kepada tukang menyiapkan tempahan-tempahan lepas yang sudah banyak tertunggak. Sebarang kesulitan amat di kesali.

Keris Antik RM1800.00



Panjang keseluruhan 20 in
Bilah 19.5 inci
Hulu/sampit/tapak kemuning
Pendokok antik
Hulu 30% ukir.



Sunday, March 21, 2010

Sampir Tempahan Sahabat dah siap


Berapa banyak tabungan kita...

Berapa banyak yang kita tabungkan untuk akhirat setiap bulan... . Cuba kita bandingkan dengan apa yang kita simpan untuk membangunkan dunia kita. Seimbang atau senget sebelah. Wang ringgit yang yang kita sedekahkan itulah bakal menjadi aset kita di akhirat, yang lain akan kita tinggalkan untuk dihabiskan oleh orang lain bila kita dah "K.O". Sedikit atau banyak yang kita laburkan untuk akhirat ia akan kekal di situ dan tak dapat kita korek balik. Selamat menguruskan wang kita.

Saturday, March 20, 2010

Cakap bedegar-degar...

Ramai yang suka cakap berdegar-degar terutamanya bila dah "naik syeikh". Kadang-kadang sampai lupa kanan dan kiri. Selalunya bila kita suka cakap berdegar-degar akan ada yang lekat dicelah gelegar.

Hulu jawa demam SOLD OUT


Kayu teras kemuning hitam
Sesuai untuk bilah 10" hingga 12 inci.
Stok satu sahaja

Bila dah tak larat..

Bila usia makin meningkat, sedaya upaya kita cuba mengelakkan urusan-urusan yang boleh memeningkan kepala dan menyenakkan otak. Hendak berurusan pun kena memilih dan bertapis-tapis. Almaklumlah, lebih baik tak berurusan daripada berurusan yang menjurus kepada masalah-masalah yang boleh dijangka. Sehubungan itu carilah kawan yang boleh menenangkan hati kita, ruang yang boleh melegakan otak, peluang yang boleh membantu penghidupan.

Hulu kemuning hitam tempahan sahabt ( A..H)


Hulu Jawa Demam dan pipit teleng.
Sesuai untuk bilah sekitar 10" hingga 12 inci.

Jangan hanya cakap jer....

Ramai orang berasa seronok bila bercakap tentang tasauf, tapi ramai juga yang tidak berasa seronok. Paling menyeronokkan bila kita berada dalam cerita tersebut. Paling tidak seronok kalau kita hanya menjadi tukang cerita menceritakan pula kisah tukang cerita dan cerita orang lain. Ilmu tasauf bukan ilmu untuk dicakap-cakapkan, tetapi untuk diamal-amalkan. Lebih seronok jika kita berzikir sambil melihat orang bercerita kisah cerita orang.

Bila lagi nak mulakan langkah pertama itu....

Inilah soalan yang sering saya terima semasa mula-mula mencari dahulu. Ibarat orang yang membeli peralatan letrik yang baru, bayangkan jika kita turut membeli bersama peralatan kita beberapa buah buku panduan untuk menggunakannya. Sayangnya buku-buku panduan itu pula terlalu tebal dan ayatnya pula terlalu susah untuk difahami. Malangnya pula jika kita sudah ketagih untuk membaca buku panduan tadi dan terlupa untuk menghidupkan suiz peralatan yang kita beli. Ahirnya kita akan jadi pakar mengenai peralatan elektrik tadi tanpa pernah menggunakannya.

Friday, March 19, 2010

Tempahan Sahabat dah siap - Pulau Labuan




Melatih si anak..

Pada tiap-tiap hari jumaat kita sebagai bapa bahagi-bahagikanlah wang pada anak-anak lelaki kita. Suruhlah mereka masukkan dalam tabung masjid semasa solat jumaat nanti. Tanamkan perasaan sayangkan agama pada anak-anak kita dengan cara menderma dan bersedekah di jalan Allah. Kalau tidak kita yang mendidik, siapa lagi yang nak mendidik anak-anak kita.

Apa perasaan kita....

Sejak dari kita sudah mula mengingati ,dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua, apa perasaan kita. Adakah berbeza atau sama sahaja. Tanya diri , jawablah sendiri.....

Untuk Kolektor pendokok






Pendokok emas RM3600.00



****************************************************************************************************
Sepuh merah
Berat emas 12.20 gm
Sesuai untuk bilah keris selit sekitar 8 hingga 10 inci
Kerja tangan sepenuhnya.

Pendokok perak antik celup emas RM250.00 ( ON HOLD) ashaari sg



Sesuai untuk hulu keris sekitar 12 inci.

bisnes online...

Walau apa jenis perniagaan yang kita ceburi sentiasa ada cabarannya. Dalam dunia "CIKGU NASIR blogspot" cabarannya ialah untuk menyiapkan barangan yang ditempah oleh pelanggan. Saya menyusun jari sepuluh pada sahabat-sahabat kerana seringkali gagal memenuhi hajat tempahan dari sudut masa, ini kerana kesesakan di tempat tukang. Bukan senang nak senang.

Thursday, March 18, 2010

Mengira-ngira...

Kadang-kadang kita mengira-ngira berapa kita ada, jika kiraannya sedikit maka hati kita mula bercabang... cukupkah atau tak cukup. Itulah manusia yang tidak pernah yakin dan puas atas apa kurnian tuhannya. Kalau dah ada banyak.. banyak lagi yang kit nak. Kalau bab beramal..... entahlah.

Pelbagai helah..

Terdapat bermacam-macam helah untuk merosakkan aqidah umat Islam, sama ada melalui gerakan licik penganut agama lain ataupun godaan syaitan yang bermacam rupa. Bagi peminat senjata Melayu mereka kadang-kadang terleka dengan dunia mistik senjata Melayu. Bila sudah terlalu asyik seringkali iblis atau jin akan menyerap masuk dalam permainan kita. Kini kita sudah memandang benda baru yang "power" dan hebat. Berhati-hati, jangan sampai kita menduakan yang Maha Berkuasa.

Wednesday, March 17, 2010

Bila bermain rapat

Sebenarnya bermain rapat lebih mudah dari bertempur jauh. Pengetahuan tentang gerak dan rasa akan banyak membantu untuk memahami musuh. Banyak serangan-serangan bahaya dapat dilancarkan dengan berkesan. Jangan sesekali menjatuhkan mata pada bahagian kaki atau bahagian bawah, bahaya. Sebaliknya tumpukan perhatian pada bahagian atas dan gunakan deria rasa sepenuhnya untuk mengesan pergerakan lawan.
*cakap senang beb.. buat belum tentu jadi.

Mengenal..

Dalam hafalan sifat dua puluh semasa kanak-kanak, ada hafalan yang berbunyi ".....maka sekelian alam ini menjadi dalilnya", manakala dalam mukaddimah ilmu mengenal pula ada ungkapan " Barang siapa mengenal dirinya maka......". Dalam kontek mengenal yang lebih khusus, kita memandang ke hadapan serta menilik "di sini". Samalah seperti mata melihat bintang di langit kaki memijak rumput di bumi. Jangan sesekali meninggalkan syariat kerana terleka dengan hakikat. Biarkan hakikat dan syariat berjalan seiringan agar aman di sisi insan, sejahtera di sisi Tuhan.

Hanya seketika...

Setelah sebulan streamyx saya "problem" dengan kegigihan sahabat-sahabat dari TM ia dapat diselesaikan. Malangnya ia hanya dapat bertahan 2 hari sahaja, malam tadi ia buat hal lagi. Inilah kekangan teknologi. Sekali lagi saya terpaksa bergantung harap pada Celcom Broadband untuk online. Ibarat kata orang-orang tua, tiada rotan akar pun berguna.
*Kita merancang Tuhan yang tentukan.

Lempeng Terengganu Antik RM 1200.00 ( ON HOLD) bjd



Panjangkeseluruhan 16 inci

Bilah 1o inci

Hulu/sampir/tapak kemuning

batang serunai sena

Ganja iras







Saras pusaran sampir kusriwa antik RM1850.00 ( ON HOLD) az kl



******************************************************************************************************************************
Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 14 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Tuesday, March 16, 2010

Selit antik Lok 17 Ganja Iras RM1600.00


Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8 inci
Hulu ukir (tak pasti)
Sampir kemuning
Batang serunai sena




Paruh Menilin ikat tangkai kendi RM200.00 saiz 19 SOLD OUT (skf)




Badik Pamor Miang Perak (baru) RM550.00 termasuk pos dlm semenanjung ( SLAD OUT) aZ
















Panjang keseluruhan 8 in
Panjang bilah 5.5 in
Ulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena