sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, February 13, 2010

Cerita orang..

Apabila kita banyak membaca kisah-kisah sufi kita sebenarnya sedang mengumpul kisah-kisah orang. Bersembang sedikit kita kemukan cerita yang kita baca tadi sebagai penguat hujah, kemudian hati kita kembang kerana terasa diri kita lebih hebat dari lawan cakap kita tadi. Inilah fenomena anak-anak yang baru merangkak dan bertatih, maklumlah belum ada cerita pengalaman mengembara dan memandu sendiri. Kurangkan bercerita, banyakkan membaca lukisan hati sendiri.

9 comments:

anafakir said...

Dalam kita bercerita pasal kembang hati kerana terasa hebat bila dapat berhujah,kemudian kita mengesyorkan agar anak-anak baru merangkak dan bertatih perlu memandu dan mengembara dengan lukiasan hati sendiri..apakah tersirat makna bahawa kita ini sudah hebat?Jujurkah kita dengan ulasan kita?.Tuan juga masih bercerita pasal kisah orang sebenarnya...mereka bertatih, mereka merangkak, sebenarnya kita juga dahulu seperti mereka.Biarlah mereka melalui asas itu sebelum mereka mampu berlari dan memecut.Ilmu dapat ditimba memalu membaca, asalkan kisah orang itu memberi manfaat dan membawa diri untuk hampir kepada pencipta-Nya, tiada salahnya 'kanak-kanak' itu bermula dengan cara demikian.Jangan bandingkan dengan diri kita, melainkan ada sedikit bangga diri untuk 'diceritakan' tentang hebatnya kita...Wasaalam.

Mohd Nasir said...

maaflah ana fakir, saya ada klien untuk dibimbing agar tidak suka bercakap banyak. Assalamulaikum

terangwulan said...

pelan2 kayuh ma.... ahaks

anafakir said...

semua org yang kita temui sebenarnya boleh menjadi 'guru' kepada kita kerana kerenah mereka membuatkan kita kenal akan hakikat diri kita...itu lebih mulia daripada kita secara halus cuba membentuk mereka.Terimalah hakikat bahawa apa yang diucapkan oleh seseorgn dgn izin Allah jua..kalau salah, mereka bersalah dgn pencipta-Nya, kalau benar itu juga urusan mereka.Kita berdoa semoga mereka diberi taufik dan hidayah oleh-Nya..boleh membimbing tetapi jangan bina hijab antaranya dgn Allah..

Mohd Nasir said...

maaflah ana fakir, nampaknya saudara semakin geram dengan saya. isk isk isk.

anafakir said...

tidak begitu tuan.saya berlapang dada untuk sama-sama mengingati diri saya dan semua sahabat yang lain..saya pun fakir ilmu,cuma berkongsi mana yang termampu..tidak geram dgn sesiapa.Musuh utama kita adalah diri kita.

syahir said...

Teruskan ber'cerita' cikgu, rugilah kami yg hendak mendengar dan belajar. Harap tuan anafakir faham dan kesiankan kami2 yg nak 'tahu' ini.

Saya akui artikel2 cikgu nasir byk yg ber'tempias' kpd diri ini, tp saya baca dan fahami dari sudut yg positif. Org tua2 kata setinggi mana kita 'terbang', dahi tetap kena 'letak' di tanah yg kotor.

ambil yg jernih dan ketepikan yg keruh. pelan2 kayuh... ;)

AmBo said...

ambo stuju dgn tuan syahir..

Hua Hua Hua said...

Sedak kato kokre teh..bo be la duk masuk blog ore nyor...tok soh duk nyepa blog ore....blog demo ado key...blog demo pom duk kecek hal 'ore' jgk...tilik diri dulu sebelum tilik ore...'kawe' ni tok suruh pom demo masuk blog dio...g jauh2 pom tok lare...'kawe' ni oyak ko anok2 buah dio..ko anok murid dio..kalu demo sero ado hok tok keno...tel dio..jupola..kecek 4 mato..duk main kuk online tok 'debe' be..main jauh2...

tak dop kijoe do'oh ko masuk blog ore nok komen..
tue blog tok suruh komen..

g la main jauh2...