Sunday, March 31, 2013

Tukang sembelih


Kalau berkawan dengan tukang sembelih haiwan, dapatlah kita merasa  makan daging lembu dan kambing. Tapi kalau berkawan dengan tukang sembelih yang tak sembelih lembu tapi sembelih orang luka bekas pisaunya berparut sampai bila-bila. Tukang sembelih lembu pakai pisau tajam, tapi tukang sembelih orang pakai air liur sahaja.  Sekali sembelih dapat tiga empat ribu, tak payah berkas pakai tali, tak payah tiga empat orang pegang. Tepuk-tepuk sahaja, mangsa dah dapat di tawan, lepas tu peluk-peluk untuk balut luka dan rasa khuatir mangsa. Alahai sahabat....

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.