Sunday, March 31, 2013
Tukang sembelih
Datang dan pergi..
Sudah lumrah , tiap yang hidup akan mati. Yang datang akan pergi, namun biarlah pergi kita berisi. Mati kita ditangisi dan dirindui, bukan di maki caci.
Thursday, March 28, 2013
Sunday, March 24, 2013
Kata mengata...
Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya bangsaku semakin kalut dengan fahaman masing-masing. Engkau kata aku, aku kata engkau. Aku korek rahsia engkau, engkau korek rahsia aku. Alahai Tanah Melayu yang bertuah.....apa nak jadi wahai bangsa ku Melayu.
Friday, March 22, 2013
Berserahkah kita?
Cakap senang, tapi kita selalu risau takut dan tidak percaya atas takdir ke atas kita. Yakin itu bukan dimulut tapi dihati. Tuhan tidak pernah mengecewakan hambanya yang berserah.
Melela lok 5 NOT FOR SALE
Monday, March 18, 2013
Membeku....
Alahai, dah banyak hari tak update blog. Bukan tak berniaga... niaga tetap niaga. Alhamdulillah, update atau tak update blog sama sahaja, rezeki kita dah ditetapkan oleh s.w.t. Semoga hati ini tidak goyah atas Takdirnya.
Wednesday, March 13, 2013
Saturday, March 09, 2013
Jangan jadikan matlamat
Minat dan hobi dalam dunia senjata Melayu jangan dijadikan matlamat nombor satu dalam hidup. Berfikirlah dengan waras dan aqal yang jernih.
Thursday, March 07, 2013
Mengadu..
Tahap pertama kau mengadu dan merayu pada manusia, tahap kedua kau merayu dan mengadu pada tuhanmu, tahap ke tiga kau tak mengadu lagi, kau redha dan akur atas takdir tuhan atas dirimu. Bersyukurlah kerana kau diberi peluang untuk hidup dan meneruskan kehidupan.