Tuesday, October 30, 2012

Teruskan perjalanan...

Terlalu ghairah untuk bercakap dan bercakap selalunya akan menyulitkan diri sendiri. Bila dah syok bercakap terutamanya tentang kelebihan dan kehebatan maka seringkali kita akan bercakap lebih-lebih untuk menyedapkan cerita, walhal kita hanyalah tong dram sahaja. Akhirnya tak ada apa yang dapat, yang kita dapat ialah aib, musuh dan dosa. Jadi kalau banyak ilmu mengajarlah, bukan dengan buka sembang dalam fb atau blog. Kalau tak pandai, belajarlah.. cari guru , bukannya  menuntut dengan CDguru, atau secara online. Hak orang jangan diambil kesukaan orang jangan diganggu. Teruskan misi kita walaupun ramai yang dah menggelupur di awal perjalanan. Ilmu ialah apa yang kita rasa dan dapat di sepanjang perjalanan bukan apa yang kita  khayalkan tanpa memulakan perjalanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.