Guru-guru ilmu tauhid selalu berpesan, jangan risau, jangan bimbang dan jangan ragu.... rezeki, ajal maut telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bulatkan tekad, teruskan beramal, jalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sebaiknya nescaya rezeki akan datang mencari kamu. Siapkanlah lorong-lorongnya, nescaya mulut kamu dengan sendiri akan berkata "Allahuakbar Walillahilhamd"
Tuesday, October 30, 2012
Teruskan perjalanan...
Terlalu ghairah untuk bercakap dan bercakap selalunya akan menyulitkan diri sendiri. Bila dah syok bercakap terutamanya tentang kelebihan dan kehebatan maka seringkali kita akan bercakap lebih-lebih untuk menyedapkan cerita, walhal kita hanyalah tong dram sahaja. Akhirnya tak ada apa yang dapat, yang kita dapat ialah aib, musuh dan dosa. Jadi kalau banyak ilmu mengajarlah, bukan dengan buka sembang dalam fb atau blog. Kalau tak pandai, belajarlah.. cari guru , bukannya menuntut dengan CDguru, atau secara online. Hak orang jangan diambil kesukaan orang jangan diganggu. Teruskan misi kita walaupun ramai yang dah menggelupur di awal perjalanan. Ilmu ialah apa yang kita rasa dan dapat di sepanjang perjalanan bukan apa yang kita khayalkan tanpa memulakan perjalanan.
Sunday, October 21, 2012
Bahaya...
Keris memang bahaya. Jarang orang mati kerana keris pada zaman ini. Tapi ramai orang bergaduh dan bermasam muka kerana sebilah keris. Macam-macam hal boleh terjadi kerana keris, sampai putus silaturrahim pun ada kerana keris. Bagi kita insan yang hina daif lagi fakir, cukuplah dengan apa yang ada, pandai tidak, bijak pun tidak, kudrat yang ada kita manafaatkan untuk mencari rezeki yang halal di bumi Alah yang makmur ini.
Saturday, October 20, 2012
Lawi ayam RM150.00 ( SOLD) tq
Selit Lok 3 pamor perut ular RM550.00 SOLD
Friday, October 19, 2012
Ujian
Ujian datang dari Allah. Hanya mereka yan berjiwa besar sahaja mampu menghadapinya. Allah menguji hambanya untuk mengangkat darjatnya. Selamat berjuang sahabatku. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Allah
Berserah dan berharaplah kepada Allah. Ujian yang terbesar ialah diri sendiri, semoga Allah memudahkankan segala urusan. Setiap pelajaran mesti ada peperiksaan, jangan takut untuk masuk dewan peperiksaan. Ia bakal memberikan kita sekeping pengiktirafan.
Thursday, October 18, 2012
Tinggi yang amat...
Cakap sikit, ceritanya ialah kerja-kerja wali Allah mengurus dan mentadbir alam. Tinggi sangat tu dik, urus dulu diri sendiri. Biarlah mereka dengan kerja mereka, sibukkan diri dengan belajar..bukan sibuk bersyarah pada orang. Kitakan baru belajar, belum sampai masa untuk mengajar. Setiap pelajaran ada peperiksaan. Bukannya belajar tanpa "sudian".
Kasihan kat diri sendiri
Umur sudah lanjut, gigi sudah longgar, badan pula selalu sakit-sakit. Dunia dikejar, akhirat diabai. Musuh dicari, kawan-kawan pula semua lari. Ini semua bukan salah ibu mengandung, tetapi salah kerana tak sedar diri.
Tuesday, October 16, 2012
Bahagia....
Jangan tak bahagia kerana melihat orang lain bahagia. Bahagia kerana kita berpada-pada dan redha atas takdir Allah.
Monday, October 15, 2012
Badik lurah Kemuning Hitam RM650.00 RM550 SOLD.00
OFFER RM600 SOLD. (zmd) TQ
Keris lok 3 (b) RM600 OFFER RM500.00 ( SOLD) Zl msg
Sunday, October 14, 2012
Saturday, October 13, 2012
Gelabah..
Kenapa gelabah? Sebab kita buat salah. Tapi yang lebih teruk ialah tidak pernah berasa bersalah atas kesalahan yang jelas dan diketahui. Belajarlah meminta maaf pada manusia.
Tidak semudah itu....
Inginkan mutiara indah di dasar lautan yang dalam. Jika berpeluk tubuh, jangan harap ia akan berada dalam tangan kita. Kadangkala ia sudah berada di tangan orang-orang yang "arifbillah". Tidak perlu lagi kita menyelam ke dasar lautan yang dalam, namun tahap kesabaran, kerajinan dan pengorbanan kita terlalu kecil untuk ditukarkan dengan mutiara putih nan indah. Mulut berkata mahu, semahu-mahunya , tapi berbuatan melambangkan tidak.
*menuntutlah cara menuntut
Guna..
Masa hidup kita terlalu singkat, seringkali kita bazirkannya dengan aktiviti yang belum tentu berfaedah untuk "mati" kita. Berpesatuan bagus, berkelab bagus... bersendirian juga bagus. Namun setakat mana bagus aktiviti kita bergantung kepada pengisiannya. Jangan pula aktiviti persatuan, pertubuhan, kelab yang kita bina atau cipta tidak memberi ruang untuk "tauhid", sebaliknya lebih pada berseronok-seronok, mencari kemegahan, mengumpat dan hasad dengki pada insan lain. Carilah aktiviti yang boeh mengelakkan bertambahnya dosa dan bertambahnya ilmu apabila bersamanya.
Friday, October 12, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Lok 3 batang sarek RM600.00 ( SOLD) zhl
Tuesday, October 09, 2012
Jangan dik..
Jangan kita sesekali membeli keris atau senjata kerana beranggapan ia boleh murahkan rezeki. Jangan juga sekai-kali jadikan senjata-senjata keci sebagai azimat. Berhati-hatilah dalam menguruskan hobi kita. Siap urus, silap berurusan , kita boleh tergelincir ke lurah yang dalam iaitu syirik pada Tuhan.