Tuesday, February 07, 2012

Tiada apa-apa

Teringat kata-kata seorang guru tua apabila ditanya perihal anak-anak muridnya. Jawapannya mudah sahaja, "dia tu tak ada apa-apa", tanyalah berapa kali pun  jawapannya tetap sama "dia tak ada apa-apa". Selepas berbelas-belas tahun barulah saya faham, apa yang dikatakan guru itu memang betul dan tepat kaedahnya, manusia memang tidak punya apa-apa. Hina daif, fakir dan lemah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.