Sunday, October 30, 2011

Lok 7

Lahirmu ibarat keris
Lok 7 sepuh separuh
Besi asal kimpal berpintal
Besi baru baja di tengah
Puting pulas cucuk di hujung
Gagak lapar terbang rendah

Pesan ayah,
Bila dewasa tempakan sebilah
Lok 17 temani aman
Lok 13 penunjuk jalan
Lok 3 kejap pegangan
Lok 1 hakikat insan
hakikat diri rahsia besi

3 comments:

  1. Lurah satu pintal sebati
    Lok empat dibawa bertongkat
    Lok tujuh kembara bertingkat
    Lok tiga belas menyemak cermat
    Maka berbilanglah berapa sahaja
    Kejat bertapak inshaallah selamat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.