Apabila kita diam dan menjadi pemerhati, banyak benda yang melucukan dapat kita kesan. Pertama kita lihat pelbagai gelagat dan cara orang bercakap. Kedua kita dapat dengar macam-macam perkara yang kadangkala sedikit pun tidak berguna, tetapi dibincangkan sehingga sanggup menyingsing lengan. Setiap kejadian yang berlaku di hadapan kita tentu ada hikmahnya. Sejurang-kurangnya untuk kita berfikir tentang kebesaran Allah dan berusaha untuk membaiki akhlak kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.