Thursday, June 17, 2010

Nasihat Tukang Tua

Beberapa hari lepas saya sempat berbual dari hati ke hati dengan Pak Mod, seorang tukang tua yang disegani. Antara isi perbualan yang sempat saya kutip untuk dikongsi bersama ialah:

1. Bakat dan kebolehan seseorang adalah anugerah Allah s.w.t . Gerak rasa dan naluri untuk menghasilkan sesuatu karya telah ada dalam diri.

2. Kehidupan kita adalah ketentuannya. Redhalah atas apa suratanNya. Qada adalah ketetapan, Qadar pula adalah tingkat-tingkat kehidupan yang kita lalui mengikut kadar/darjahnya.

3. Dengki khianat akan merosakkan diri sendiri. Sifat buruk ibarat memasukkan racun ke dalam badan, orang yang didengki tak rosak, diri sendiri yang rosak.

*Untuk perhatian: Pak Mod mula-mula bertukang sebaik sahaja boleh mengangkat tukul. Ketika jepun tiba di Kota Bharu Pak Mod dah bertukang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.