Monday, March 15, 2010

Pengalaman mengajar kita....

Pengalaman merupakan "guru" yang paling baik jika kita ingin memgambil iktibar darinya. Sehubungan itu belajarlah daripada orang yang berpengalaman dalam mengamalkan ilmunya. Sekurang-kurangnya orang yang berpengalaman boleh menurunkan "sinopsis" pengalamannya kepada kita. Bayangkan pengalaman puluhan tahun boleh disinopsiskan kepada beberapa minit sahaja. Walaupun tidak sama dari sudut masa, "sinopsis" tadi kita boleh gunakan sebagai "peta" untuk memandu kita ke jalan yang lurus dengan lebih bergaya.
*Streamyx masih lagi "kong"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.